Friday 30 March 2012

Terima kasih

Untuk orang yang ini,
Yang selalu berada disebelah saya,
Yang selalu suap saya makan,
Yang selalu marah saya,
Yang selalu gelabah,
Yang selalu buat saya gelak menangis,
Terima kasih untuk air tangan, lilin merah, dan juga bunga segar.
Terima kasih yang teramat! :)

Sama-sama

Dia kata aku berkepalakan ego,
Bila aku hamburkan segala amarah aku,
Segala ketidakpuasan hati aku.
Apa jua yang aku makan seorang,
Aku sembur semua,
Aku muntahkan segala.
Biar teresak sekarang,
Biar luntur semua makeup aku,
Hanya hari ini saja.
Bukan untuk selamanya.
Aku dah tak mahu menangis hanya dalam kelambu,
Akibat makan hati yang teramat.

Hey bangkai,
Mari kita menangis sama2.
Mari maki hamun segala.
Mari kita lawan tinju,
Mari lakukan segalanya.
Berdua.
Hey sampah,
Mari kita tersedu sedan sama2,
Mari kita bertumbuk dalam hujan,
Mari kita bersepak dalam semak,
Bukankah aku penduduk jiwa kau?
Pelengkap tulang rusuk kau?
Kita satu, kan?

Gua Ke Lu?

Separuh gua sudah lari.
Dia dah tak sudi nak lawan lagi.
Separuh gua dah mati.
Tapi gua masih harap dia hidup lagi.
Separuh gua mari sini.
Gua mahu tanya sama lu.
Apa lu tak sayang sama 4tahun kita?
Kenapa lu senang2 lepaskan gua?
Gua tak kisah sape betul sape salah.
Pada gua,
Selagi gua mampu lawan,
Gua lawan.
Gua mahu tanya sama lu,
Sape yang giveup?
Sape yang penat?
Gua ke lu?
Lu kata gua penat, gua giveup.
Hello bro,
Kalau gua penat, gua giveup,
Gua tak akan ada dengan lu sampai ini tahun.
Lu dengar sini,
Gua memang tak boleh nak bagi kemewahan, harta benda kalau tu yang lu pandang.
Tapi kalau lu cari seorang perempuan yang boleh terima busuk lu lebih dari wangi lu,
Gua mampu.

Ini janji gua, lu ingat sampai mati! 
"Carilah pasangan hidup yang boleh membahagiakan kamu. Tak comel takpe. Boleh tutup lampu."


-Ustaz Azhar Idrus

Nenda

Jasad tua yang dulunya rancak berjalan,
Kini hanya mampu berbaring.
Bibir tua yang dulunya berbicara tak henti2,
Kini hanya membisu.
Nak menggerakkan bibir pun lemah.
Tangan tua yang dulunya mahir didapur,
Kini hanya kaku.
Tangan yang ada hanya ada.
Pada hakikatnya sudah mati sebelum waktu.


Tapi..
Ada seperkara yang aku amat bangga tentang nenek.
Biar kurnia yang Tuhan berikan telah ditarik semula,
Biar semua hilang dari ingatannya,
Tetapi setianya nenek pada Pencipta Alam tak pernah pupus.
Pecah telaga mata semua pada saat melihat kesungguhan nenek sujud pada Yang Satu.


Pada saat itu, 
Baru kami2 sedar.
Betapa hinanya kami yang masih berkudrat.
Yang masih waras.
Tetapi lalai bermimpi didalam dunia sendiri.
Sibuk berdansa dilantai dunia.

Nenek, ayuh nenek!
Jangan jatuh nenek!
Bangkit nenek!
Aku rindu!

Hadiah Untuk Ibu

Dia pelengkap ibu,
Tanpa dia aku yakin ibu pasti layu,
Dia bawa pelangi dalam hidup ibu,
Setiap gelak tawa ibu pastinya datang dari dia,
Ada kala dia bawa awan hitam dalam hidup ibu,
Tapi ibu tetap melukis senyuman,
Sebab ibu yakin dia penawar ibu,
Walaupun dia yang menyebar racun parah.

Kadang ibu dan dia bagai anjing kucing,
Masalah yang lebih kecil dari hama pun bisa jadi sebesar gajah,
Muncung sedepa ibu dibuatnya.
Tapi rajuk ibu tak lama,
Sebab..
Sebab dia dah simbah ibu dengan selaut air cinta!
Jatuh bangun dia semua ibu dah lihat,
Saat dia terjatuh sampai nak bangun pun tak mahu,
Ibu dukung dia tanpa penat,
Ibu ampuh dia dengan seluruh jiwa,
Ibu julang2 dia bagaikan dia superhero.

Setiap hari yang ibu lalui,
Dalam tawa mahupun tangis,
Dalam marah mahupun rajuk,
Nama dia tetap menjadi tajuk utama ibu.

Dia hadiah yang Tuhan turunkan untuk ibu,
Dan dia Abah aku.
I love you mom & dad 

                                                                                                                       

Thursday 1 March 2012

Faham ke Tak Faham?

"Si Babi yang sedang menagih janji Pengembala bangsat."


Hinakan kita bila kita cuba menagih janji yang dulunya dah dijanjikan. Tapi tak pernah ditunaikan dia.
Kita ibarat babi yang hina menagih janji pengembala yang kononnya mulia tapi dia sebenar-benarnya sebangsat bangsat manusia!



Entah

Pada hari yang aku selalunya tak ada mood,
Pastinya akan ada sesuatu musibah yang menimpa.
Apa ini namanya firasat?
Atau hati aku terlalu sukar untuk dibohongi?

Kalau ini kelebihan yang Allah berikan,
Alhamdulillah..
Aku terima.
Mungkin Tuhan mahu aku lebih bersedia.
Agar aku tak tak longlai bila berdepan dengan realiti sekejam ini.

Kalau ini karma yang disebut-sebut,
Aku terima.
Mungkin masa aku sekarang menanggung bisa,
Yang dulunya aku dah palitkan pada orang-orang yang sayangkan aku,
Sebulat hati mereka.

Tak ada apa yang nak aku kesalkan,
Sebab...
Hidup tetap akan terus berjalan,
Masa akan terus berjalan,
Bumi akan terus berputar.
Dan aku,
Akan terus pandang ke depan.

Aku tak punya masa nak toleh kebelakang,
Percayalah,
Hidup ini terlalu singkat.

4:19am 2March Friday