Saturday 30 June 2012

Mata. Hati.

Macam mana kalau hati jadi seperti mata? Ya, bisa dibuka bisa dikatup. Bila tak mahu lihat, aku tutupkan mata. Bila aku tak mahu lihat, aku toleh kelain arah. Andai bisa saja aku jadikan hati aku serupa mata. Yang bila mana aku tak mahu rasa, aku katup hati aku serapat mungkin. Sampai anasir lain pun tak bisa mencelah. Atau mungkin bila aku tak mahu merasa apa yang dalam hati, aku tolehkan hati aku ke lain arah. Biar aku tak berdepan apa yang aku rasa. Mahu saja aku pasangkan penapis dihati aku. Biar aku tentukan apa yang bisa menembus masuk ke dalam hati, apa yang tidak. Kalau berjaya aku lakukan, pasti hati aku tak akan berderai. Bercerai. Bersepai. Disetiap kali hati rebah tersungkur, setiap kali itu aku belajar mana patut aku buka hati aku mana patut aku katup hati aku. Biar tak terpalit cela di hati aku. Makin tumbuh meliar tompok hitam parah dalam hati. Disetiapnya punya pengajaran tersendiri. Cuma aku yang ngerti. Cuma Tuhan yang Maha Memahami.

Saturday 9 June 2012

Sumpah, ini benar

Buat si tukang bacakan doa makan dan doa sebelum tidur. Sumpah ini rindu. Allah saksinya. Biar tak jelas di raut wajah. Ataupun terpacul pada bibir. Tapi ini benar. Sudah tercoret dalam hati. Dah sarat dalam jiwa. Dah membuak2 bagaikan gunung berapi yang lavanya tak sabar2 nak meletus. Tuhan saksikan, Tuhan dengar semuanya. Moga aku terus gagah berdiri meskipun jiwa aku separuhnya sudah dibawa lari..

Hmm..

"Menangis ni bukan permintaan. Dia yang beria turun. Nak halang macam mana? Dari kecil tak pernah diajar cara2 untuk halang air mata dari turun menitis menyentuh pipi lalu jatuh ke bumi."

Jamban

Kalau kita perasan, cari boyfriend ni macam jamban jugak. Perasan tak? Tak perasan? Okay takpe. Biar aku terangkan. Aku ambil contoh paling dekat, diri aku. Bila aku berak, aku suka jamban yang cangkung berbanding jamban duduk. Sebabnya, aku lebih selesa dan proses aku melancarkan bom beracun yang boleh membawa kematian senang dilancarkan. Kalau jamban duduk, dah tentu aku tak selesa dan proses pembuangan aku terbantut lalu melahirkan rasa ketidakpuasan hati. Faham tak setakat ni, apa yang cuba aku sampaikan? Tak faham? Ermmm.. Macam ni, pada aku memang jamban duduk lagi cantik dari jamban cangkung. High class. Cantik pun cantik? Lagi2 zaman sekarang, macam2 warna kita boleh pilih. Tapi tidak pada jamban cangkung. Kekal dan atau mungkin akan terus berwarna putih. *mungkin sebab aku hanya nampak jamban cangkung dekat rumah aku. Tapi kalau aku tak selesa, nak buat apa. Kan? Macam tulah jugak boyfriend. Buat apa boyfriend yang handsome, kaya raya sampai purse nak masuk poket pun tak lepas, sedangkan aku sikit pun tak selesa? Fikirkan.. "Cari kekasih persis memilih jamban. Pilihlah yang mana buat kita selesa. Bukan cerita tentang rupanya saja." -

Konon

Orang kata kalau namanya teman rapat. Pastinya sukar untuk kita genggam rahsia sendirian. Pasti kita akan kongsi2 dengan teman baik kita tu. Kan? Tapi apa yang aku nampak pada kau lain daripada apa yang aku faham tentang konsep "teman rapat/ baik" itu sendiri. Selama ni, apa saja bohong kau, apa saja kau laungkan, apa saja kau semburkan. Aku iakan. Aku anggukkan. Aku percayakan. Aku bisukan mulut semata2 nak menjaga kita. But, sorry to say. Not for today. Cukup dah kau melalak katakan yang kau tak salah. Yang kau tu mangsa. Aku dah bosan dengan alasan jelik lagi tak berasas kau tu. Aku tahu aku bodoh. Tapi takdalah sebodoh engkau. FAHAM?! ;)

Pasti


Aku pasti rindukan orang yang selalu kejut aku bangun untuk makan. Orang yang buat aku tahan mata semata2 nak share cerita dengan dia. Orang yang selalu atas katil lena mimpi saat aku bangun untuk ke kolej. Orang yang pertama aku pandang bila celik mata. Orang yang selalu buat gila dengan aku. Tidur lambat, gelak sampai pagi buta. I'll be missing you Anis Suziana. Take care :*