Tuesday 23 October 2012

Jatuh

Aku sedang jatuh. Jatuh aku bukan jatuh yang sikit2. Tapi jatuh yang paling dalam. Ruang yang membawa aku ke sebuah kayangan. Atas dasar rasa aku sendiri, aku bina. Bukan berdua. Sendiri! Bukan berdikit2 tapi terus memuncak tinggi. Berbisik hati ke hati, ingatkan diri jangan terlalu jatuh. Takut2 sekarang rasanya kayangan esok2 terhumbannya aku ke neraka jahanam. Yang sakitnya tak terperi.
"Jangan terlalu jatuh, nanti kau sakit."
Bisik hati kepada otak. Biar otak yang menjalankan tanggungjawab apa nak dibuat. Tapi semakin aku berpesan pada diri, semakin aku terjatuh. Dalam.... Semakin dalam... Dan semakin parah.... Enak dibuai anganan sendiri. Bukan berdua. Itu yang sakit. Aku jatuh bagaikan tiada hujungnyaaa.... Ya Allah, sakitnya jatuh bila berseorang. Kenapa bukan berdua. Biar indah jalan ceritanya. Kenapa bukan berdua, indah persis drama2 cinta diluar. Dan dah kenapa aku nak persoalkan jalan cerita Tuhan? Sedangkan aku tahu, Tuhan pembikin jalan cerita yang paling baik. Dia tahu apa baik untuk aku. Kalau pada aku, lelaki ini terbaik. Dia mungkin akan berikan aku hadiah yang lebih baik. Mohon, aku kuat. Biar aku tak ditemui mati pada penamatnya. Amin..

Saturday 20 October 2012

Kes Ragut

Tolong!!! Gua kena ragut!!! Tolong!!!
Ya, gua sudah kena ragut. Tapi gua tak pulak menjerit terlolong mintak tolong. Gua siap senyum simpul, siap bagi arahan tegas lagi " dah ragut hati I, jangan buang pulak. Simpan"
Terima kasih peragut yang meragut hati gua tanpa sedar. Tanpa dirancang. Tanpa gua sangka dia yang paling gua ignore, rupanya peragut sebenar. Selepas Rabu yang mengganggu hari2 gua yang tenang ni, Gua berborak dengan Tuhan lepas solat. Gua duduk. Gua cakap dengan Tuhan, kalau lelaki ini memang tercipta untuk gua. Gua redha. Gua tak akan ambil sebarang tindakan tegas. Jejak tapak pak polisi pun gua tak akan. Gua janji.. Malah gua sediri akan paksa dia ragut hati gua lagi. Kalau perlu.

Debar Rabu

Gua sedang bergolek diatas tilam pinjam.
Kiri tak senang, kanan tak sedap.
Serba tak tenang.
Pertemuan malam itu.
Meragut tidur yang sebelumnya tenang. Kecoh!
Tak terlelap mata walaupun dah layu habis waktu tu.
Semua yang jadi malam tu, macam slideshow depan mata.
Satu2 babak malam tu beratur.
Muka dia, tangan dia, jari dia, senyum dia, bibir dia!
Arghh!!! Semuanya!!!
Gua bila tengok dia, gua rasa dalam darah gua ada satu macam kuasa buat gua.. Argh!
Siallah!
Gua tak tahu cemana nak kasi tahu lu orang apa gua rasa ni. Siallah!
Indah sangat!
Kuasa magis buat gua tunduk.
Takda ayat boleh gantikan enaknya gua rasa kuasa dalam darah gua ni.
Gua jugak dapat rasa nafas dia dengan nafas gua bagaikan sedang bersenyawa.
Gua syak gua dah jatuh hati.
Ini kali gua memang jatuh hati sebabnya lu orang bayangkan, hari rabu punya debar sampai ini hari gua rasa lagi.
Tak hilang.
Ini lelaki memang buat gua yang hilang rasa nak bercinta, rasa nak bercinta balik.
Ini lelaki, gua cakap sama lu, kalau gua dapat, gua jaga baik2. Gua janji gua akan jadi awek yang paling dia senang jaga and jangan risau, gua bukan pencurang.
Wahai encik putera, tolonglah hadapkan hati awak kat gua je. Tolonglah bernafsu dekat gua je. Tolonglah tolonglah tolonglah...

Saturday 13 October 2012

Dot

Apa kata.
Seluk hati.
Bersihkan daki.
Sucikan hati.
Yang serupa puki.
Pukimak!

Puih

Agak celaka sebenarnya. Bila aku tunggu, tak mai2 pun.
Aku selalu check, takdak pulak dia nak masuk.
Bila dah aku lalai, leka sat.
Haaaa, tu dia lah.
Dia mai. Dia mai.
Tiba2.
Itu pun karang tahu dari mulut orang.
Macam aku ni takdak semangat, takdak usaha nak check sendiri.
Eh! Bodohlah!
Bukan macam tu!
Masalahnya bila aku check takdak pun,
Bila aku tak check dia senyap2 masuk.
Sapa aku nak salahkan sekarang ni?
Orang atasan ke aku ni haa yang konon lalai.
Puihhhh!!!

Ini hanyalah untuk menghilang rasa marah dalam diri atas kesilapan lalu. Atas kesilapan diri sendiri yang bangang kononnya sebok dok kerja kat saloon tu sampai terlupa check email dari UITM. Sibuk melampau tapi masih ada terlalu banyak masa upload gambar di facebook, bertweet2 bodoh di maya sana. Haishhh. Aku memang marah. Marah dekat diri sendiri yang baru dapat tahu ada interview esok hari dan aku tahu dari ibu. Aku benci benda last minute sebab aku kuat gelabah and SANGAT menggelabah! Ini kali untuk result gua bukak email hari2. Tapi paling haram sebenarnya bila inbox aku penuh dari twitter. Nampak tak kat situ? Nampak tak!

Done

Okay! Done ubah suai blog aku yang sebelum ni serupa tahi. Serabut sakai. Sana sini bersepah. And now dah tersusun *for me*. Betulah cakap orang "simple is better" so yeah. Aku tunduk lalu bersetuju. Haha. Sakai much you Amirah. Kau ingat kau retis ke? Eh?! Pahal tertiba ni. Ahaha. Okay baby. Bye. Muah! Muahahah :p

Tuesday 9 October 2012

Cukup

Tak minta untuk berjanji. Cukup saja kalau kau memperlihatkan, membuktikan betapa kau akan mencintai aku sehingga roh aku terpaksa berlari keluar dari sajad kerana dipanggil Penguasa Alam.

Air Mata

"Manusia yang melahirkan air mata kita ialah manusia yang paling bertanggungjawab untuk membunuh air mata kita. Semula."

Post Tak Bertajuk #Part4 (31 Januari)

Bibir sedikit pun tidak bergerak,
Tapi hati terkumat kamit bercerita buruk busuk orang.
Mata tak henti henti2 mengata.
Bersuara benci dalam jelingan.

Post Tak Bertajuk #Part3 (2 March)

Tak guna aku hulur bunga,
Kau balas bangkai.
Tak guna aku sanjung kau melambung lambung,
Akhirnya aku terduduk.

Nak bangun pun longlai.

Post Tak Bertajuk #Part2 (5 March)

Tak malukah kamu wahai Adam?
Dimanakah kamu letakkan harga diri kamu?
Kamu merayu rayu cinta dari seorang Hawa,
Mengalahkan pengemis.
Tapi bila hati Hawa telah kamu tawan,
Ini yang kamu balas.

Berjalanlah kamu sambil bersarungkan topeng dimuka,
Biar tak terpancar kejahatanmu walaupun dari riak wajah.

Berjalanlah kamu sambil bertunduk,
Bagaikan kamu sedang berjalan dalam kebogelan.
Sama seperti mana kamu bogelkan hati kamu,
Untuk diperlihat Hawa.
Untuk dibuktikan pada Hawa betapa tulusnya kamu.

Ronyokkan saja kata2 mu ke dalam tong sampah,
Kerana bait2 yang keluar dari kerongkongmu,
Semuanya bersalut dusta.

Post Tak Bertajuk #Part1 (6 March)

Hati dah memang terkoyak,
Lagi dicarik-carik.
Apa yang tinggal?
Sisa-sisa je yang ada,
Aku kutip,
Buat bekalan semangat.

Daerah (10 March)

Dalam jiwa ada satu daerah,
Yang terbina khas untuk si pemegang jiwa.

Daerah yang dulunya berpenghuni,
Kini kosong menyepi.

Mana penduduk tetap jiwa?
Minta2 dia sihat sentiasa.

Malam manis

Untuk awak,
Terima kasih untuk malam manis.
Dan yang termahal.

Terima kasih juga untuk air tangan,
Lilin merah dan bunga segar.

Terima kasih sangat2 awak..

Ditengah laman,
Ditepi kolam,
Dibawah anjung itu,
Hanya ada kita dua,
Sama kucing comel itu.

Sangat comel malam itu..

Mohon (4 April)

Disetiap doa2 yang aku kirimkan kepada Penguasa Tertinggi,
Aku sertakan nama kau sekali,
Moga2 hati kita selama lamanya tetap begini,
Tak akan berbagi.
Insyaallah..

Jalan Hati (2 April)

Dengan berkompaskan hati,
Dipandu jiwa,
Dengan berpetakan cinta,
Yang sudah tumbuh melata,
Aku teguhkan kaki,
Membuka langkah yang baru,
Menuju ke situ.

Dimana letaknya signboard,
Bertuliskan nama aku,
Disitu aku tuju,
Dengan membawa separuh hati,
Yang tertinggal,
Untuk dijadikan satu.

Simbolik Hati (1 April)

Didalam pekat malam,
Didalam sunyi dan suram,
Disalam dingin yang menebal,
Di waktu keseorangan,
Didalam waktu paling dalam kejatuhan,

Siapa yang akan datang kerangkul aku dengan kemas,
Lalu berbisik ke aku,
"Baby dont worry. Apa pun yang jadi, B always dekat belakang Baby. Support Baby."

Aku seru kenangan itu semula,
Aku rindu..

Sunday 7 October 2012

145, lu kalah? KahKahKah!


 Kalau 145 patah perkataan aku di twitter boleh gigit, mamah, makan hati kau dengan rakus.
Sampai kau terpatah layu.
Macam mana pulak kalau aku tumpahkan segala amarah dan ketidakpuasan hati aku dekat blog?
Yang setahu aku tak punya had untuk menempatkan setiap perkataan aku.
Mungkin merah muka, telinga kau.
Sebab tahan marah.
KahKahKah :p
 
P/S: Jangan main gila dengan orang gila. Yang nampaknya memang gila.
 


Suatu Ketika


Di suatu ketika,
Dimana aku rebah tak terbangun,
Aku dipaksa diri sendiri,
Untuk kutip diri sendiri.

Usah terus biarkan diri membusuk,
Tersembam mencium bumi..

Aku angkat,
Aku junjung,
Aku dukung,
Diri aku, biar tak tercedera lagi.

Angkat,
Junjung,
Dukung,
Diri sendiri selepas kejatuhan itu tak mudah.

Tapi kita tak boleh ambil mudah!
Kita harus berubah!
FIGHTING!!!





Hujan Diluar Rumah

Kecewa..
Hampa..
Duka..

Semuanya dah aku luahkan, dalam bisu.
Diwaktu biru langit dimakan mendung ganas,
Aku berborak hati ke jiwa.
Sendirian..

Langit..
Mungkin akan ikut serta menangis..
Berteriak didalam selimut membalut jasad,
Bertemankan butiran rintik hujan diluar rumah,
Buat aku makin parah..

Silent Killer

 
  Aku akan membunuh segerombolan pembenciku dengan kebaikan, kemanisan, dan kelembutan.
Titik.
 
BACA DAN HAYATI, MY SWEETY :)

Saturday 6 October 2012

Untuk Bakal Suami

Aku selalu bayangkan betapa cerahnya dunia aku,
Walaupun langit diluar berarak melebam.
Mencalit cela diawangan menguning.

Ada kau disisi aku.
Menyambut mesra pagi aku menyelit ke dakapan manja,
Dihadiahkan kucupan hangat didahi.
Menyapa aku sambil berkata,
"Selamat pagi rusuk kiriku, I love you."


Aku

Aku bukan diutuskan Tuhan turun ke bumi,
Untuk menjadi seorang pengalah.
Selagi kaki masih mampu dihayun,
Selagi tangan belum melumpuh,
Biar hati tersoyat hebat,
Terkadang sayu menyinggah,
Atau mungkin..
Anai2 ganas menggigitt hati aku dalam kesunyian.

Dalam mahu,
Ataupun enggan.
Aku akan tetap terus berdiri.
Tak akan sekuman dugaan,
Dapat melunturkan semangat aku.
Tak akan!

Kalau Tuhan memang hidangkan segunung dugaan depan aku,
Akan aku daki sampai ke puncak.
Ini janji Tuhan kepada kita, hambanya.
Dia tidak akan menghadiahkan kita sesuatu dugaan,
Diluar ketahanan kita.

"Selagi degup jantung belum bertemu titik, selagi itu akan aku juangkan." -Mawar

Ruang Sempit

Berfikir, menulis didalam jamban lain rasanya.
Entah kenapa, didalam tempat syaitan bermesyuarat,
Jari aku rancak berjoget.
Mungkin ini saja tempat yang aku punya ruang.
Sendiri..
Dalam kesempitan ruang,
Segerombolan idea2 yang gemuk datang bertandang.
Ada seekor idea mencucuk idea dengan rakus,
Ada juga seekor idea menghentam kepala otak aku dengan idea yang luar biasa.
Terperasan aku,
Ada seekor idea yang menjahit benak aku,
Dengan sesuatu yang aku tak pernah terfikirkan.
Dihunus dengan pena,
Jemari aku.
Dan bagaikan darah,
Idea mengalir deras,
Mencomotkan helaian putih yang sebelumnya suci.

Mungkin idea yang terluah dari ruang sempit ini akan dipandang jijik. Kerana berkemungkinan besar idea2 bangang ini semua dari bisikan syaitan. Tapi, siapa peduli? Aku? Aku tak kisah. Kau? Siapa kau nak mengatakan ini bisikan dari syaitan? Apa kau nampak, macam mana gayanya syaitan berbisik? Kalau tak, baik kau kunci bibir. Dan hayatilah apa yang kau panggil IDEA DARI SYAITAN.

Oksigen Cinta

Pek dan Anu sedang berduaan diruangan apung cinta. Pek dan Anu berbaring menonton langit.
Kelipan bintang, sebulat bulan, sungguh indah malam itu. Semasa bernafas, terasa seperti menyedut oksigen yang terkandung cinta sarat. Hati Pek dan Anu menggemuk2 cintanya. Tiba2 senyap menyelit..
Selang 5minit, Pek ajukan soalan pada Anu.

Pek: Sampai bila kau akan sayangkan aku, Anu?
Anu: Sampai sana. *sambil jari menunding ke arah langit*
Pek: Hah? Sana? Langit?
Anu: Aku akan sayangkan kau sampai kelangit. Bila mana jika aku mati dahulu sebelum kau, aku akan tetap memerhatikan kau dari sana. Aku mahu perpimpingan tangan dengan kau. Menuju ke syurga. Aku akan cintakan kau, sampai syurga.

Lantas Pek terus mendakap Anu. Tiada sepatah pun ayat yang terkeluar dari mulut Pek. Pek menangis sepuas puasnya. Dalam dakapan Anu.

Anu: Pek, kau bidadari aku. Kuat impian aku, untuk berpimpin tangan denganmu, ke syurga Tuhan.

*DIAM*

Selepas beberapa minit, Pek mula menggerakkan bibir.

Pek: Aku akan menjadi permaisurimu. Bidadarimu. Aku mahu berpimpingan dengan mu. Melangkah ke syurga Tuhan. Aku sudi..

THE END

Friday 5 October 2012

Langkah

Setiap kali melangkah,
Setiap kali itu juga hati meluruh.
Dan disetiap kali melangkah,
Setiap kali itu juga aku kutip hati aku.