Tuesday 26 February 2013

Sudi?

Aku seluar dalam lusuh.
Warna dah tak ada.
Lubang sini sana.
Getah dah longgar.
Kain dah reput.



Apa masih sudi kau pakai?

Saturday 16 February 2013

Aneh

Di dalam keramaian.

Di dalam keriuhan.

Di dalam kegembiraan.

Aku hanya duduk di penjuru bilik,
Sambil memerhati.

Aku hanya berdiam di tempat duduk,
Sambil tersenyum.

Aneh ya?

Waktu dalam keramaian pun,
Dalam ingatan aku cuma kamu.


Siapa Menang

Aku berada di kawasan tanah lapang.

Aku berdiri berseorang.

Tanpa keris mahupun pedang.

Aku berdiri sehelai sepinggang.

Sedangkan betina di hadapan aku sekandang.

Betina ini bukan spesis calang-calang.

Apa pun celaka mendatang.

Aku tetap hadap biar jatuh terlentang.

Sedangkan kau,
Hanya memerhati sambil berpeluk tubuh.
Menanti keputusan.
Siapa menang.

Friday 15 February 2013

Doa buat teman

Wahai temanku,
Semoga kau berbahagia di luar sana.
Jaga diri kau selalu.
Celaka, musibah, sial, dimana-mana.
Bersepah! Bertaburan!

Semoga kau gagah melangkah di dunia maha buas ini.
Semoga Allah sentiasa melindungimu dari segala anasir jahat.
Semoga kakimu tak serapuh kayu tua.
Semoga jemarimu masih lagi mampu menyebar khabar yang kau sihat.
Semoga tanganmu masih berkudarat membuat kerja.
Semoga semangatmu tak luncur bagai dicurah clorox.
Semoga jiwa mu kental melawan derita.

Dan...

Minta-minta sepasang matamu masih mampu menatap wajah kedua orang tuamu bila kamu bersedia pulang ke rumah.
Mudah-mudahan.
Insha Allah...

Bahu

"Masih dapat ku hidu harum bahu mu, walaupun hanya dalam khayalan."

Hujan

Kita duduk di perhentian bus,
Kerana langit sedang menangis.
Kita berteduh di bawah bumbung,
Menanti hujan untuk reda.

Kita bercerita tentang hujan.
Kau kata, "Awak, jom mandi hujan."
Aku kata kau gila!
Kalau demam nanti macam mana!?

Kau mencebik masam...
Lalu kau terus berlari ke bawah hujan, menari riang.
Aku lihat kau dari tempat duduk aku.
Aku senyum.
Aku kata dalam hati, "haishhh, comelnya Sayang aku seorang ni."

Lalu...
Lalu, aku pun berlari ke arah kau.
Tak sampai hati nak biar kau bermain seorang diri.

Keesokan harinya,
Kita demam bersama...

Takut

Di penjuru bilik,
   Aku berduduk.
      Sambil muka tunduk memandang ke lantai,
        Tangan erat memeluk kedua belah kaki.
          Aku bercakap seorang diri...

Wahai Tuhanku, adakah ini penamatnya Ya Tuhanku?
  Jawab aku Tuhanku, apakah ini takdir yang telah lama Kau tulis buatku?
   Jika benar Ya Tuhanku, bilang kepadaku Ya Tuhanku...
     Apa harus aku lakukan agar semua yang aku cinta, tetap terus bersamaku Ya
        Tuhanku?

Kau punya hak untuk menarik segala apa yang kau pinjamkan ke aku Ya Tuhanku.
  Ampunkan aku andai aku tak pernah mengucap syukur atas segala pinjaman mu Ya
    Tuhanku...

              Mungkin ego yang selama ini,
                 Aku sanjung,
                   Akhirnya menundukkan aku.

Ego bodoh yang dah lama tumbuh meliar dalam sajad aku,
Tak mudah aku hapuskan.
Ego bodoh yang aku tegakkan,
Akhirnya celaka terlempar ke aku.
Aku bakal kehilangan manusia,
Yang aku paling takut kehilangannya,
Kalau aku terus berkelakuan bodoh,
Seperti ini.

Tak pandai mengucap maaf,
Tak pandai memujuk rajuk,
Tak pandai merendah diri,
Tak pakai berkata sayang...

Silap aku...
Kelemahan aku...

Bantu aku Ya Tuhanku...
Bantu aku...
Aku takut Ya Tuhanku..
Takut Kau tarik semua kesayangan aku...

     

Doa

"Aku harap satu hari nanti, akan ada orang yang akan buat kau terdiam sampai kau tak terlawan. Aku bukan apa lah eh, kau bila bercakap tak fikir perasaan orang. Ikut sedap kau je. Cakap pulak tak nak kalah. Aku malas nak cakap banyak banyak dengan kau. Kau tengok jelah nanti."

Tuesday 12 February 2013

Dinding Biru

Aku cat bilik.
Aku warnakan warna biru.
Kenapa biru?
Sebab biru warna kesukaan kau.

Betulkan aku kalau aku salah..

Ya, dinding ini dinding kita.
Apa kau ingat janji kau dulu?
Masa aku kata nak cat bilik?
Ingat?
Kau bersungguh nak tolong aku cat bilik.
Tak payah aku minta tolong.
Kau yang offer diri.
Ingat?

Dah setahun..
Aku baru warnakan dinding kusam aku.
Walaupun kau tak bersama aku.
Warna kau, tetap denganku.
Temani lena ku.
Sambut pagi aku.
Masih kau.
Biru.

Dinding biru, dinding kita.
       Walaupun topik kita hari itu berkisarkan tentang dinding bodoh tak bernyawa.
             Masih...
                   Masih aku bahagia.