Saturday 16 March 2013

Elegi

Sewaktu pekungmu satu persatu aku buka,
Di ruang ini.

Tahukah kau,
Waktu itu adalah waktu aku paling rindu.

Aku bercerita tentang burukmu,
Untuk menambah benci dalam diriku.

Biar aku lupa semua tentangmu,
Biar tak terlihat rindu saratku.

Aku tak mahu terus-terusan merindukan mu,
Yang tak pernah hirau tentang deritaku.

Salahkah aku cuba melupakan mu?
Padahal kau tak pernah sehari pun mengingati aku?

Thursday 14 March 2013

Bajingan

Dia cuma bajingan yang datang dari dunia basi.

(khas untuk bekas kekasih)

Karam

Kau boleh ambil tangan aku,
Kau boleh bawa aku bersama.
Selam dalam dunia duka kau.
Kita kan berkawan.
Kau tenggelam, aku selam.
Untuk selamatkan kau, dari karam.

Kawan

Ini bukan kisah cinta.
Ini kisah perkawanan kita.
Kalau dulu kita berselisih, kita senyum.
Sekarang kau pandang pun tak mahu.

Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?

Bunuh diri

Kalau hati bisa berlari keluar dari jasad, pasti dia sudah mati akibat bunuh diri.

Payung

Kau payungkan aku dengan kedua belah tangan kau. Kita tahu benda tu tak mujarab, tapi masih. Kau cuba lindungi aku.

Di tangan

Seorang perempuan gila sedang berjalan seorang diri sambil memegang hati di tangan. Hati itu hati dia. Parah. Berdarah.

Segala

Kau tahu apa babi yang sebenar? Cemburu gila babi. Ini babi segala babi.

Wednesday 13 March 2013

@tuturloka

"Pergi ke mana kau suka, Buat apa yang bikin kau gembira. Bila kau kembali, aku masih ada, dan cinta itu masih seperti dulu kala." -@tuturloka

Dia

"Sebab kita sayang dia lebih daripada sayang Dia, Dia ambil dia dari kita supaya kita lebih sayangkan Dia."



Selubung

Selubungkan kamu dengan rindu saratku.

Biar kau rasa, apa yang aku tanggung.

Duduk. Fikir.

Di
                      sanjung,
                                   
                                                     tinggi.


Di


   Pijak
             
                Mati.

Tahu

Kadang-kadang tahu,
Tapi malas ambil tahu.

Kadang nak tahu,
Tapi takut dia tak perlu.

Bekas

"Kehadapan bekas kekasih, bekasmu masih berbekas di lantai hati."