Saturday 31 August 2013

Kata

Ada kala kita jadi buta,
Dek kerana orang yang kita cinta.
Sebab itu orang tua ada berkata,
Bila bercinta biar berpada-pada.

Wayang Pacak

Kekasih,
Tahukah engkau disaat ini aku sedang menonton wayang pacak.
Wayang yang aku pacakkan dalam imiginasi menggila.
Kamu sebagai pelakon utama.
Dan aku satu-satunya penonton setia.
Cerita ini mengisahkan tentang kamu yang lena ketiduran.

Aku masih ingat lagi posisi kamu sewaktu tidur.
Tangan di atas kepala.
Mulut sedikit ternganga.
Mata terbuka separa.
Liur leleh selesa.
Tahi mata sepah merata.

Aku tersenyum seorang diri.
Bagaimana seorang lelaki yang di dunia siangnya tampak kuat,
Bila malam manja kalah bayi.

"Maafkan aku kerana aku mungkin seorang kaktus yang menyakitkan jika kau dakap,
Tetapi percayalah sayang, sayang aku luas tak terdakap."