Monday 21 October 2013

Ambition

Aku ada cita-cita. Dari dulu lagi aku nak kahwin muda. Mak Bapak adik beradik semua tahu cita-cita aku ni. Pelik? Hah, pergi mati. Sikit tak jadi kudis. Haha. Oh, okay sambung balik cerita. Aku nak kahwin dalam usia muda and aku target dalam 22 or 23 macam tu. Aku tahu mustahil nak kumpul duit sampai 10k 20k untuk majlis gilang gemilang katako.

Entahlah, aku langsung tak setuju and tak pernah terfikir pasal nak buat majlis grand-grand. Pada aku cukup cuma bernikah and buat makan-makan sikit. Cukup. Aku bukan tak fikir pasal famili, kengkawan semua. Fikirlah. Gila tak fikir. Tapi lagi gila bila aku fikir balik. Sebab apa? Sebab bila orang-orang sekeliling melebih-lebih dan akan mula bersok-sek kat belakang telinga.

Aku malas nak dengar nanti Makcik A ni cakap "Apsal bernikah macam ni je? Takda majlis ke? Bajet tak cukup ke? Makcik B pulak menambah "Kenapa eh? Tah-tah mengandung tak? Tu yang buat ala kadar macam ni." Makcik C pun tak nak kalah cakap "Halah, aku tengok gaya macam dorang ni terbabas. Nak tutup malu, tu yang kasi nikah ala kadar je ni."

Kalaulah aku dengar ada bisik macam ni, aku HAHAHA kan aje kat depan muka dorang. Aku bukan kisah sangat pasal mulut makcik2 longkang ni. Cuma aku akan jadi gila bila layan orang gila. Dorang tahu apa? Mengumpat. Menyampai cerita yang tah betul tah tidak. Melacur jelah mulut tu rumah ke rumah. Lorong 1 sampai lorong 10 nak jaja cerita. Kumpul dosa sedekah pahala, bagus jugak. Trimas ye makcik!

Tapi yelah, nak hirau ape, ye dak? Dorang tahu apa? Pada aku cukup buat makan-makan untuk kaum kerabat and kawan-kawan rapat. Aku bukan apa.

Jangan pasal nak buat majlis hebat,
Nak menunjuk kat orang kita boleh buat,
Last-last aku dengan suami hidup merempat,
Makan nasi dengan ikan sepat itupun kalau sempat.

Sunyi. Sepi. Sendiri & Mati.

Di sebuah kedai kopi Setarbruk, dua orang hamba Allah bernama A dan B sedang lepak chill sambil meneguk kopi cekik sampai darah atau lebih di kenali dengan cekik darah. *lawak hambar* Mereka berdua baru berkawan. Mereka mula berkawan sejak dari mereka mula menjejakkan kedai kopi itu sebentar tadi. Mereka secara kebetulan memesan air yang sama dan nak di jadikan cerita, lebih kebetulan adalah mereka mempunyai nama yang sama. Si pekerja memanggil nama mereka untuk mengambil pesanan dan kedua mereka bangun serentak untuk mengambil kopi yang telah di order. Berlaku sedikit kekecohan kerana mereka saling berebut air tersebut. Dan sejak itulah mereka mula berkawan. Lalu mereka mengambil keputusan untuk lepak bersama. Lalu mereka mencari topik apa yang boleh di bualkan. Lalu A pun buka mulut dan topik untuk bertanyakan kepada B.

A : Kau ada kawan baik?

B : Ada. Kau?

A : Ada jugak. Siapa kawan baik kau?

B : Sunyi.

A : Hah? Sunyi? Kenapa kawan baik kau sunyi? Sunyi tu nama dia atau sunyi yang membawa maksud lonely. Forever alone?

B : Sunyi yang forever ever alone sampai mati.

A : (garu kepala tanda tak faham) Aku tak faham. Kenapa kawan baik kau sunyi? Bukan ke patutnya  seorang manusia kawan baiknya juga patut manusia? Pada pendapat aku lah. Kau ni lain macam lah. Kau orang first yang aku tanya siapa kawan baik, kawan baik dia "keadaan sekeliling".

B : Entahlah. Itu orang lain. Aku tak sama macam orang lain. Macam korang jugak, korang semua ada kawan baik. Tapi bukan orang yang sama. Sama jelah macam aku. Cuma kawan baik aku ni kau cuma boleh rasa tapi kau tak nampak dia. Kau nak describe dia pun kau takda ayat.

A : Hmm, okay. Aku mula nak faham.. Tapi kenapa kau cakap sunyi tu kawan baik kau? Kau ni memang takda kawan lain ke? Atau aku ni kawan pertama kau sejak kau celik mata atas dunia? Haa?

B : Aku kata sunyi kawan baik aku sebab sunyi je setia dengan aku. Dia selalu dengan aku. Dia dengan aku macam tuan dan bayang. Aku pernah nak lari dari dia, tapi dia peluk aku erat. Kuat. Dia seakan tak rela nak lepaskan aku dari dia. Kawan baik kau tu, ada ke buat macam sunyi buat dekat aku? Hah, takda kan? Sebab tu aku cakap dia kawan baik aku.

A : Erm..... *krik krik krik*

End

I know I'm stupid but I love you

Ada kalanya aku terlupa;

Kau memang zahirnya seorang lelaki.
Yang seharusnya membimbing aku.
Memperlakukan aku seakan permaisuri.
Berlembah lembut disetiap saat dengan aku.

Tetapi aku?
Apa pula layanan aku ke atas kau yang memanjakan aku?
Membelai aku?

Tahi.
Ya, aku lempar tahi di atas haruman flora yang kau taburkan untuk menjadi alas telapakku.
Ya, sayang. Ya, aku bodoh. Masih bodoh dalam menjalani hubungan yang berbentuk cinta. Aku bentakkan segala. Aku pekikkan semua. Tetapi kamu tetap aja berlembut. Memanjakan.

Argh!

Aku bodoh! Aku lupa! Kamu memang lelaki, tetapi kamu masih menyarung sebentuk hati.

Terima kasih,
Kerana terus memaafkan & terus mencintai.

 

Sick

R.
Ri.
Rin.
Rind.
Rindu.
N.
Na.
Nak.
M.
Ma.
Mat.
Mati

Him

Dan bila tiada patah-patah kata yang mampu membentang selembar ketenangan pada jiwa gusar, akhirnya aku kembali pada yang itu. Bahasa Tuhan yang Esa.

Gifted

Izinkan aku bertanya;

Apakah ini pekerjaan tetap kamu?
Atau ini sebahagian dari kemahiran kamu?

Mengetuk hati Si Bendul.
Memaku sabda-sabda indah.
Menukul rindu pada jiwa basah.
Membenam cinta ke sudut terdalam.
Memahat deria agar berkompaskan kamu.

Dan kemudian pergi seolah tiada apa yang berlaku?

Tepuk tahniah untuk kamu, celaka!

Sunday 13 October 2013

Longing

Dear savior,
Come here.
And safe me.
I'm drowning.
I'm calling you darling!
Can't you hear me?
Please!
Come and safe me.
I'm drowning.
I'm drowning.
I'm drowning.

Saturday 12 October 2013

Who am I to you?

Raut itu tidak seperti biasa, Ada tompok-tompok duka, Hadir bersama bayang derita, Bagai ada yang tak kena. Pernah cuba ditanya, Tapi di balas selamba, Semuanya baik saja, Cuma sibuk dengan kerja. Setiap soalan yang diaju, Dibalas bagai peluru, Kenapa tanya ini dan itu, Kata dia itu bukan urusanku. Aku duduk diam berteleku, Tertanya sendiri apa berlaku, Apa perlu dia balas begitu, Kalau ada salahnya aku. Aku ini siapa? Apakah cuma perempuan sementara? Yang di seru puja bila suka, di buang jauh tika tak didamba.

Mimpi Si Bunian



Lembut angin itu merangkul batang tubuhku.
Bagaikan cintamu yang merasuk diriku.
Aku merasa setiap  hadirnya cintamu.
Namun tak mungkin tergenggamkan aku.

Khayalanmu yang menjemput aku ke mari,
Seruanmu membuatkan aku enggan pergi.
Aku mahu tetap terus di sini menemani,
Kerna disejak adanya kamu aku berasa terisi.
Tiada lagi sepi yang sering menggigit diri.

Anganku terlalu tinggi menjangkau langit,
Sehingga terlupa aku untuk menampi,
Mana realiti mana fantasi.

Aku hanyalah anganan tuamu,
Mana mungkin dapat bersatu.

Thursday 10 October 2013

Missing

Mengulang tayang video kita, sudah.
Melihat semua gambar berdua, sudah.
Menghidu t-shirt kepunyaan kamu, sudah.
Menyusuri jalan yang selalu kita lalui, sudah.
Makan makanan kegemaran kamu, sudah.
Minum air barli kesukaan kamu, sudah.
Mendengar lagu wajib kamu, sudah.
Menyanyi joget lagu kita berdua, sudah.


Khabarkan pada aku,
Cara apa yang paling mujarab
Untuk aku merasa adanya kamu di setiap saatku?

Dan malam ini seperti malam-malam sebelumnya, baju kamu selamat menjadi mangsa hembusan hingusku.

Lagi.