Monday 30 December 2013

Tuesday 24 December 2013

Malu dengan Tuhan

Tak pernah aku sedar
Tak pernah aku jangka
Tak pernah akut terfikir
Tak pernah aku jangka

Begini enaknya berada di dalam pelukan Tuhan
Begini enaknya berada di dalam balutan hijab
Begitu hebat sehingga aku berasa selamat
Begitu hebat sehingga aku berasa terlindung

Mudah mudahan tiada lagi berasa dalam kebogelan
Mudah mudahan ianya akan kekal hingga hari kematian tiba
Mudah mudahan ianya akan menjadi jarum petunjuk untuk aku yang sudah lama benar tersesat


22/23/24 November 2013

Monday 23 December 2013

Berlari dari esok


"Andai di takdirkan esok bukan hari kita, maka bersyukurlah. Sekurang-kurangnya bukan hari ini."

Sunday 15 December 2013

Maksud "Bendera Putih" tu apa?

Aku bukan sesiapa
Cuma perempuan biasa
Hadir dengan berjuta cela
Mungkin tak enak untuk kau cinta

Aku tak punya apa
Tiada paras untuk di bangga
Cuma berbekal gurau dan senda
Untuk terus buat kau bahagia

Aku tak mampu janji segala
Cuma aku berdiri untuk cinta
Mari berlawan dari kecewa
Mari berperang untuk kita

Tajuk tak penting, Yang penting isi.



  1. Malam itu,
  2.   Malam yang membuat aku berfikir,
3.   Lebih serius dari hari-hari sebelum.



4.   Apakah aku,
5.   Sedang berpacaran,

6.   Dengan seorang Tuhan?


7.   Yang sempurna segala,

8.   Lengkap semua,
9.   Tiada cela?



Isnin 12:50 23/9/2013



Aku kata pergi! PERGI!




Ayat sial inilah yang menghentam aku hidup-hidup. 
Kejap--
Ayat ini yang sial atau tuan si pelontar kata?


"Dia hanyalah perempuan simpanan aku. Dia bukan siapa-siapanya aku. Aku gunakan dia untuk kepuasan aku. Aku umpan dia untuk kesenangan aku. Aku rangkul dia untuk menikmati segala apa yang dia punya. Aku takhluk dia untuk kepentingan sendiri. Percayalah pada aku. Aku cuma mahu kamu. Bukan dia. Aku sayangkan kamu, dan dia aku jadikan batu loncatan untuk gapai kesenangan. Tari dilantai beralaskan wang dan darjat. Tetapi cinta dan sayang aku masih terarah kepada kamu. " 

Ayat ini, aku masih ingat ayat ini.

Dan tiba-tiba.. Aku terasa macam ada benda yang menghentam aku sampai aku terpelesuk ke dalam tanah.

Perempuan yang kau selalu bangga-banggakan.

Semasa aku masih lagi perempuan kamu.

Masih kau mengekori aku. Argh! Mana mungkin kau bayang2 aku? Aku kan sedang berada dalam bilik gelap. 
Ya, paling gelap. 

Aneh...