Wednesday 16 April 2014

Kerana terlalu memegang janji
Inilah yang jadi
Aku menangis tak henti-henti
Berfikir kenapa akhirnya aku dikhianati?
"Disetiap apa yang aku coretkan disini, semuanya khusus buat kamu (kalau kamu tahu). Seperti Keenan yang perlu membaca penulisan Kugy disetiap kali mahu melukis semata untuk memberanakkan idea begitu juga aku perlukan kamu untuk terus menulis. Kerana kamu adalah satu-satunya objek yang membuat radar dan jiwaku hidup."
"Hujan, apa kamu sedang memancarkan apa yang sedang aku rasai melalui lagu titismu? Bunyi yang lahir memecah sepi menyembunyi sunyi."
"Kerana dimana wujudnya debar, disitu ada kamu."

Kekelabuan dalam kecelaruan

         Mungkin sudah masanya aku menggerakkan akal,  hati, tubuh aku ke tempat yang baru. Jauh dari dia. Aku bukan mahu membuangnya, kerana itu jauh dari kemampuan aku. Aku cuma mahu menjarakkan diri dan biarlah dia seperti wujud hanya angin yang terkadang menyentuh aku dan kemudiannya berlalu pergi. Aku tidak mahu lagi mengganggu hidupnya (akan aku cuba). Mungkin kerana hati yang sebelahnya lagi masih pada dia, menyebabkan aku payah untuk menolak dan berhenti dari mengejar dia. Aku cuma perempuan yang masih memasung hati yang sama. Seperti masih terdengar bisikan janji dan ucapan yang menyakibatkan aku masih tersekat di alam ini. Alam di mana sudah pun dia melihat aku hanya seperti bebayang tetapi aku masih memujanya didalam kekelabuan diriku. Di dalam kekaburan itu aku masih memerhatikannya biarpun dia disamping yang lain kerana aku masih berdegil. Aku mahu semua tahu aku begitu mahu bersamanya dihari tua. Malangnya, aku masih terlalu muda untuk merasa begitu (orang kata, bukan aku kata).

Tuesday 15 April 2014

22 Oct '14 #2

Tik Tok
Detik berdetik
Tak bertitik.

Aku memandang ke luar jendela
Kosong berteman legam
Terdetik dihati lalu bertanya sendiri
"Bagaimana nanti aku bila mati? Mati sebagai seorang yang bermaruah atau sebagai seorang baruah?"
Entah...

Kerana terlalu gerun memikirkan sesuatu yang tidak ada langsung dalam wishlist dan cita-cita yang ingin aku kecap/laksanakan sebelum mati, aku menghentikan pertanyaan dan anganan.

Jangan ditanya, jangan juga meminta aku untuk menilik masa depan. Aku bukan Tuhan jauh sekali orang alim. Aku cuma hamba penuh noda dibadan. Dosa yang telah aku lakukan bukan juga sebemban dua. Aku seorang pendosa tetapi masih mengharapkan surga Tuhan. Nanti. Disana...

22 Oct '13

Mungkin getar itu bukan punya kamu
--Salah aku
Kerna terlalu banyak memberi pada yang lalu
Sehingga kontang untuk yang baru
--Seperti kamu.

Isi rumah

"Aku adalah rumahmu, dan kamu adalah isi didalamnya."

Otak letaknya di kepala bukan kepala lutut

Aku masih tak faham, apa kaitan permodenan dengan kenaikan isu kecurangan? Kenapa nak salahkan gadjet sedangkan kau yang tak tetap pendirian? Kenapa nak hentikan atau halang diri dari merasa permodenan hanya sebab "takut curang"? Heh, kalau betul nak curang tak payah gadjet pun, depan mata pun boleh. Masalah sekarang ni, adalah diri sendiri. Kau yang ada masalah, bukan gadjet yang nak mengejar arus permodenan. Come on, bukak kepala otak tu sikit.

Surat cinta buat lelaki bertanduk

Dari dulu lagi, ya dari dulu lagi yang aku selalu dingatkan oleh kamu setiap hari adalah supaya aku terus mengingati bahawa betapa cintanya kamu pada aku dan kamu juga selalu minta aku untuk selalu dan selamanya menyimpan kamu. Makanya, aku cuma diajar untuk menyimpan. Waktu terus berpusing dan masa berlalu deras. Kamu tidak lagi seperti yang kamu mahu aku menjadi. Seorang yang selalu menyimpan dan selamanya menyimpan. Waktu dan sekeliling seakan iri hati dengan ku sehingga mereka memaksa untuk kamu meminggirkan aku. Aku yang selama ini cuma diajar cara untuk menyimpan, terus menyimpan kamu di tempat yang selamanya kamu akan berada di situ. Kamu terus membuang dengan melulu sehingga kamu terlupa untuk mengajar aku cara paling mujarab untuk membuang kamu seperti kamu sewenangnya membuang aku. Jadi, sehingga kini aku masih menyimpan kamu. Di sini,

dalam hati aku.


Saturday 12 April 2014

Boleh pinjam masa awak sikit?

Detik-detik yang dulunya aku percaya cuma buat aku, kini sudah jauh dari harapku. Aku bukan lagi seorang wanita yang dia sering nantikan. Aku kini cuma seorang perempuan yang berdiri dengan satu perasaan. Perasaan diperlukan dia. Tetapi, kini aku bukan lagi keutamaan. Mungkin aku sudah jatuh ke tangga ke tiga atau mungkin lebih bawah lagi. Aku tidak lagi dinantikan dia seperti dulu-dulu. Aku kini seorang cuma seorang miskin yang mahukan masa dia untuk membuat aku rasa kaya. Aku cuma akan kaya dengan dia bukan wang.

Tuesday 8 April 2014

Unexpected

"Kau tahu kau lagi sedang bahagia bila kau tengah buat sibuk buat kerja tiba-tiba kau senyum sorang-sorang. TERtiba, unexpected punya senyum."