Sunday 25 May 2014

Bunyi itu, bunyi kaca jatuh berderai

Aku buta-buta memberi kamu sebentuk hati aku dan apabila sebentuk hati itu bertukar tangan, tepat di hadapanku kau koyakkan sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil. Aku yang sedari tadi memandang kamu, mendekatkan diri dengan kamu sambil badan terhinggut-hinggut tunduk ke lantai lalu membongkok mengutip cebisan yang kau ceraikan. Kamu hanya memandang aku sambil berpeluk tubuh. Dalam kesibukan aku mengutip cebisan itu, kamu berkata kepadaku, "Ini baru permulaan. Akan ada yang bakal mendatang. Bersedialah kerana aku tidak akan berhenti memecah renyukkan hati kamu. Tetapi tidak ada yang perlu dikhuatirkan kerana aku milik kamu selamanya. Ya, sampai bila-bila."

Mata tak boleh menipu

Aku pandang mata dia
Aku cari yang dulu aku nampak dalam dia
Entah kemana larinya apa yang selama ini ada dalam dia
Aku sedang merasakan apa yang didalam dia bukan lagi dia


Ada benda himpap hati aku, ranap

"Kerana aku bukan lagi keutamaanya."

Selamat meniti tua, Sayang

Lilin.
Sign name.
Big heart.
With love.
Blok 1 and Blok 2.

Aku bukan seorang yang romantis tapi aku cuba beri moment paling orang akan rasa di sayang.

Razif,
Aku harap kau akan ingat sampai ke tua.
Sesuatu yang kau boleh banggakan tentang aku.
Untuk di ceritakan kepada anak cucu kita,
Tentang aku,
Dan betapa sweetnya cara aku,
Menyambut hari lahir kau.
Dari balkoni ke balkoni.
Dengan sign name besar bertulis "Happy" "Birthday" "Razif",
Aku nyanyikan kau dari Blok 2.
Dengan jumlah pelajar lelaki yang semakin bertambah mengintai ke luar,
Aku beranikan diri.

Kemudiannya kau menelefon aku.
Kau jerit "gila".
Haha, alhamdulillah sekurang-kurangnya kewarasan aku lari hanya waktu itu.
Untuk kamu.
Dan kau, suka.
Alhamdulillah.

1:45 a.m; aku turun ke bawah,
Untuk memberi hadiah,
Sebelum naik ke rumah,
Kau jerit kuat-kuat "I love you, Mira."
Kau jerit lagi dengan nada yang lebih kuat,
"I love you, Mira."

I love you more Razif, xoxo


Because I'm not that girl who sit next to you

Jangan pernah berani untuk kau bercerita tentang setiap apa yang pernah kau lakukan dengannya.
Biarpun aku merintih merayu mahu tahu segala, jangan.
Biarkan aku terus tidak tahu tentang masa lepasmu.
Aku tidak berada di situ, jadi aku tak mahu tahu.

Just saying bak kata orang

        Mengapa membeza-bezakan ibu bapa mereka dan kita? Kita mahu jadi seperti mereka. Punya ibu bapa yang berharta. Sedangkan ibu bapa kita bermandi keringat melengkapkan keperluan kita, memenuhi tembolok kita. Mengapa menarik muka menunjuk duka bila makanan yang sama ibu hidangkan setiap hari? Sedangkan kita tak pernah bertanya ibu sudah makan apa belum. Mengapa meminta Tuhan mahu ibubapa seperti itu dan ini sedangkan mereka tak pernah memilih kita untuk menjadi zuriat mereka. Mengizinkan darah mereka mengalir dalam jasad kita.

I tunggu U




"Kerana kita sudah melepasi garis permulaan. Aku tunggu kamu digaris penamat."
"Jari aku hanya akan memberi tindak balas yang positif hanya apabila hati aku betul-betul sedang merasakan sesuatu secara mendalam bukan hanya sekadar dipermukaan. Makanya penulisan lebih kepada kesedihan kerana kesedihan adalah perasaan yang tidak dapat dibuat-buat. Ianya real dan semestinya true."

Ini dongeng



Aku sedar aku sedang jatuh. Jatuh ke tahap yang paling bawah. Saat mata ini memandang susuk itu, sukar untuk ditafsirkan keindahan itu. Aku seolah-olah seorang buta yang sedang melihat syurga. Sukar untuk aku tanggalkan pandangan ini dari mengekori bayang itu. Inikah yang dikatakan panahan pandang pertama? Benar! Saat ini aku benar-benar sedang merasakan bagaikan ada objek tajam yang menerpa ke permukaan dada. Degup ini sudah lama tidak serancak ini. Dada ini sudah lama tak berombak deras seperti sekarang ini, dan hati juga mulai riuh dengan dentuman-dentuman api cinta dan hati mula mengeluarkan benih-benih suka. 

Sejak hari itu, susuk itu mulai menjadi mimpi ngeriku. Sering saja membuat aku terjaga dari lena dengan desahan yang membingitkan. Aku butuh lelaki untuk melenyapkan segala resah yang mengasak jiwa ini. “Wahai lelaki, aku tidak tahu dari mana asalmu, dari benih mana datangnya kamu, dari langit mana turunnya kamu. Aku seru kamu datangilah aku. Hantuilah aku dengan mimpi ngeri yang mengasyikkan. Biarkan aku lena sejuta tahun lagi tak mengapa kalau tetap kamu yang menjadi jembalang yang sering menggangguku.” Aku dapat rasakan jantungku tersenyum sendiri bila mengenangkan lelaki itu. Wahai lelaki, dengarlah janjiku. “Wahai lelaki, aku berjanji akan mengejarmu dengan sejuta asa. Aku tidak akan sesekali berputus asa. Kerana kau bermakna segala. Untuk aku yang tak punya apa.” 

Selang beberapa hari kemudian, sedang asyik bersendirian di taman, mata ini terpandang sesuatu yang amat dirindu. Rindu benar rasanya mata ini mahu memandang wajah bengis itu. Muka yang membuatkan aku terkejar-kejar mahu. Pada hari itu, bersaksikan rumput nan hijau dan pokok yang beralun di tiup angin, buat kali pertamanya kami saling bertatapan. Sepasang mata coklat pekat sedang memandang tepat ke arah bebola mata hitamku. Mata kami bagaikan bibir yang sedang rancak bercerita. Mata aku memulakan bicara. Menceritakan tentang kerinduan yang melebihi langit ke tujuh. Tentang cinta yang di baja secara rahsia dengan rela. Tentang keinginan yang melonjak-lonjak mahu hidup bersama. Tetapi mata coklat pekat itu hanya duduk diam kaku. Lelaki itu mula mengalihkan pandangan. Mungkin tidak sanggup lagi mendengar anganan gila mata yang tak pernah di kenal itu. Sebelum melangkah pergi, lelaki itu sempat berkata, “Aku sudah di miliki. Mungkin bukan jodoh kita hari ini. Kalau suatu hari nanti aku datang kembali, peluklah aku dengan sekuat hati kerana aku kembali kerana Ilahi.” 

Aku bagaikan dapat mendengar jantungku jatuh. Pecah berderai. Pecah menjadi serpihan-serpihan kecil yang kalau di lekatkan semula tak mungkin sempurna. Hatiku mulai sumbing. Ada sedikit cacat kerana di toreh oleh cinta yang tak dapat. Aku mulai dingin sejak apa yang diangankan tidak menjadi realiti. Teman rapatku kini sebuah buku. Aku berkongsi segala rasa pada buku kerana aku kurang percaya kepada manusia kerana manusia mempunyai bibir untuk menyebarkan cerita. Cerita yang penuh dengan penambahan perisa untuk membuat cerita lebih hangat dari kuah laksa. Sisa-sisa hati yang berkecai, aku kutip semula buat bekalan semangat. Semangat yang terkumpul aku jadikan pelampung untuk menyelamatkan aku dari terus lemas dan tak terselamatkan. 

Di satu pagi yang hening, embun menyengat tubuh, aku relakan saja jasadku dijamah dingin. Lalu aku menadahkan tangan lalu berkata, “Wahai Tuhan yang Satu, aku akur dengan takdir-Mu. Kalau dia benar untukku, akan ku lawan untuk jodohku. Betapa bersyukurnya aku Ya Allah, kerana Kau masih memberikan aku rasa yang setahu aku sudah mati. Terima kasih.” Sejak daripada itu aku mulai sudi menampal senyuman. Tidak lagi sedingin salju yang membeku. Kayu. Sebagai meraikan kejayaan aku dalam peperangan perasaan ini, aku mengorak langkah keluar ke rumah untuk mencari selembar kesenangan dan kebahagiaan. Lalu aku bercadang untuk ke pekan. Sesampainya aku di pekan, aku menyusuri jalan-jalan yang penuh gulungan teater. Sambil berjalan-jalan di deretan kedai, mataku terpandang bunga mawar nan mekar. Merah warnanya. Semerah darah yang mengalir di segenap tubuh. Aku tersenyum bahagia. Aku berhenti melangkah lalu masuk ke kedai bunga tersebut dan keluar sambil memegang sejambak bunga mawar di tangan. Bibir mula terkumat-kamit menyanyi riang bersiul senang. Aku kembali menghayun langkah  melintasi manusia-manusia yang bertopeng. Seharian aku menghabiskan masa seorang diri sehingga lewat malam.

Oh, hari ini genap tiga bulan aku tidak bersua dengan wajah itu dan sejak dari itu aku tidak lagi bermimpi syurga. Aku hanya ingin menghabiskan usiaku dengan sesuatu yang bermakna dan tentu sekali mengheret aku ke jalan kebahagiaan. Selepas puas menari-nari membasuh hati yang semakin pudar warnanya, aku membawa langkah kakiku pulang ke istana. Tiada tempat yang memanggil-manggil aku sehebat ini. Rumah. Sebuah rumah usang yang aku dan keluarga diami. Terlalu banyak kenangan kalau nak di ceritakan aku tak pasti bila habisnya atau mungkin juga makan bertahun-tahun lamanya untuk sampai ke pengakhiran cerita. Tujuan aku pulang ke rumah adalah untuk bertemu dengan syurgaku, iaitu ibu, raja dalam jiwa, abah. Tak lupa juga dua manusia yang tamak merebut kasih dari ibu dan abah iaitu abang dan juga adik perempuanku. Aku bersyukur dengan apa adanya kami. Ruang sempit inilah yang merapatkan kami dan ruang yang sempit ini jugalah membuatkan kami terasa selalu dekat. Ibu, ibu adalah penderma telinga paling setia. Aku selesa bercerita dengan ibu kerana aku tahu ibu mengenali aku lebih dari sesiapa.

Sesudah sampai di rumah, aku terus mendapatkan ibu yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Aku mengambil tempat di sebelah ibu dan aku bertanyakan soalan kepadanya, “Ibu, apa jalan yang terbaik untuk melupakan seseorang yang kita cinta?” Ibu memandang aku dengan pandangan yang mengandungi seribu persoalan. “Kenapa anakku? Apa yang telah membawa kamu kepada kesedihan? Katakan pada ibu. Tidakkah kamu tahu raut kamu itu meragut senyum ibu bersama? Adakah perahu cinta kamu sudah berhenti dari pelayaran?” Aku tidak berkata apa-apa. Aku terus merebahkan mukaku ke dada ibu dan menangis semahunya. “Aku sedang menaiki kapal tanpa nakhoda, ibu. Aku berseorangan. Aku khayalkan yang indah-indah tetapi semuanya bagaikan sebuah kisah dongeng ibu. Ibu, bangkitkan aku dari lena yang panjang ini, ibu. Kejutkan aku dari terus berimpikan dia. Dia persis seorang putera yang datang menghidupkan aku yang mati. Aku terasa seperti hidup semula. Lintasan lelaki itu, bauannya melingkari batang hidungku. Mana mungkin aku menafikan sesuatu yang menghidupkan setiap satu rongga di badan.” Ibu sepertinya sedang menyarung hati aku ke dalam tubuhnya berkata, “Sudahlah wahai anakku. Sayangku. Dimana hilangnya anakku yang tidak pernah mengalah dalam setiap apa pun yang dia lakukan termasuk soal cinta. Tetapi mengapa kini kau berkelakuan begini? Aneh sungguh sikapmu wahai anakku. Sudahlah sayang, bangkitlah kamu. Pergilah kamu mengadu kepada Yang Satu kerana hanya Dia yang Maha Memahami dan hanya Dia yang tahu kenapa ini semua terjadi. Namun ibu yakin sayangku, semua yang terjadi bersebab. Kalau dia memang untukmu wahai anakku, dalam apa cara sekalipun dia tetap akan pulang kepadamu kerana kamu adalah pelengkap rusuknya.” Ya, inilah yang aku perlukan. Kata-kata seorang tua yang amat membuka mata hati serta akal untuk menerima kenyataan ini. Semua organ menerima pesanan ibu dengan baik dan mula mengalirkan tindakan positif ke seluruh jasad.
Kini, sudah setahun aku menjalani hidup dengan normal selepas kejadian itu. Aku meneruskan hidup aku secara normal total. Aku masih lagi sendiri. Jangan di tanya kenapa, ini soal hati. Kalau dia mahu ya dia mahu, kalau tidak makanya tidak. Masakan hati mahu dipaksa itu dan ini. Kan? Oh, terlupa untuk cerita yang kini aku sedang bekerja di sebuah kedai buku yang agak popular. Disini, aku seronok kerana inilah yang aku impikan. Sebuah tempat yang penuh dengan harum buku dan senyap sedikit (walaupun). Aku menyusuri hari-hari aku dengan haruman yang sama dan bertemankan hati yang girang. Tetapi, tidak di sangka-sangka tragedi berulang kembali. Sewaktu sedang aku menyusun buku digerobok di sebuah kedai alat tulis dan buku, tiba-tiba hidungku seperti dapat mengenal bau ini. Haruman ini adalah haruman yang pernah membuatkan hati aku seperti mahu berlari ke langit. “Arghhhh! Sudah! Tak mungkin dia. Mustahil dia yang selama ini aku nanti tak kunjung tiba. Sudah lah Nadi, kau persetankan sajalah haruman apa yang sedang menikam-nikam lubang hidungmu.” Tetapi, semakin kuat aku menyangkal, semakin aku terasa dekat dengan bau tu dan akhirnya dia sekarang berada di hadapanku. Si pemilik haruman itu sedang berada tepat di depanku. “Arghhhh, aku benci betul dengan situasi ini. Kenapa aku tak pernah menang bila berhadapan dengan dia? Aku benci dia!!! Aku benci!!!” “Hai awak, patutlah saya rasa seperti pernah bersua dengan awak. Akhirnya, akhirnya pencarian saya telah berjaya. Rupanya destinasi terakhir hati saya harus mendarat di sini. Bersama awak. Ke mana awak menghilang? Tidakkah awak tahu, setiap hari selepas pulang dari kerja, saya akan melewati taman permainan di tempat buat pertama kalinya saya melihat awak. Penantian saya, pencarian saya selepas lebih setahun akhirnya membuahkan hasil. Masihkah awak ingat? Ayat di mana saya ucapkan kepada awak sewaktu awak melafaskan kata yang benar-benar membiarkan saya di dalam kecairan bak ais di letakkan di bawah mentari. Saya pernah katakan, “Aku sudah di miliki. Mungkin bukan jodoh kita hari ini. Kalau suatu hari nanti aku datang kembali, peluklah aku dengan sekuat hati kerana aku kembali kerana Ilahi. Bersaksikan buku-buku di sini, dan bersaksikan Tuhan saya berada tepat didepan awak. Mahukah awak menikahi saya? Saya tidak lagi mahu membazirkan waktu dengan cinta yang sia-sia dan cuma mengundang dosa. Jikalau kamu bersetuju, selepas ini juga aku akan mendatangi rumah kedua orang tuamu.”




Thursday 22 May 2014

Moving Forward Backward untuk Para LOSER

Entah, sekarang ni aku tak tahu apa aku rasa. Yang aku tahu aku sedang menjalani frasa bernama FORWARD dan aku semakin meninggallkan dunia REPLAY yang ternyatanya apabila dilayan bakal mencetuskan fenomena pembaziran waktu paling besar. REPLAY pun aku dah tinggal apa lagi REWIND haram aku nak jengah.

Sunday 18 May 2014

Doa jelah. Bye

I still remember that day, bila kau cakap "Kau ni buku. Kau ni buku yang kau selalu baca tu. Buku pelik-pelik. Penuh dengan feminisme."

Tidakkah kau tahu setiap orang di atas muka bumi itu, buku? Setiap buku yang kau baca, bila kau baca dengan lebih teliti atau bak kata omputih secara detail, baru kau dapat faham apa yang cuba buku tu sampaikan selepas cukup permulaan, klimaks, dan peleraiaannya? Begitu juga setiap manusia yang kau kenali. Kalau kau baru kenal sehari dua, kau tak akan dapat cam dia ni macam mana sebenarnya. Bila dah lama-lama, bila dah lebih dari sehari dua baru kau akan nampak dia tu macam mana sebenarnya. Yes, manusia pada pendapat aku persis buku. Sesuatu yang perlu difahami dan lebih diterokai untuk mengetahui secara detail. Oh, pasal buku pelik-pelik atau FEMINISME tu aku rasa buku adalah cerminan bagi seseorang *dah tentu merujuk diri aku sendiri* aku baca sesuatu buku dan buku itu adalah diri aku. Aku akan baca buku yang dekat dengan diri aku. Macam jugak dalam pemilihan lagu. Sebelum tangkap leleh dengan satu-satu lagu, aku akan perhati kadang-kadang sampai bukak youtube time-time tu jugak sebab nak baca lirik. Kalau lirik dekat je dengan jiwa, barulah lagu tu menjadi pujaan hatiku (hikhik)

Entah apa pulak peleraiaan cerita kalini. Doa jelah. Bye

Because


"Kerana kamu lebih memilih untuk pergi."

Tuesday 6 May 2014

Saya mahu itu ini itu ini

Hello sayang,

Saya tengah duduk dalam bilik sambil online and tiba-tiba saya terfikir satu benda. Ni macam kisah dongenglah, but I wish bila kita dua boleh jadi realiti. Jom bernikah, jom beli Combi Van, jom jelajah satu Malaysia pergi cari bundle yang kita tak pernah pergi yang bila kita jejak je dalam tu kita akan cakap "wow sayang, kita memang dah lama cari bundle macam heaven on earth ni kan?" sambil tersenyum. Kita akan perpimpin tangan jalan row by row and tiba-tiba kita stop at one dot and pandang antara satu sama lain sebab kita ternampak satu kasut/baju yang paling kita dua kerap ceritakan. Kita buang handphone, kita buang semua gadjet kita cuma mahu berasmara berdua and nature. Kita berhaving fun, kita lupakan kawan-kawan, kita lupakan family buat sementara because kita dah halal and kita tak perlu fikir apa orang akan fikir pasal kita. Kita berhijrah dekat satu kampung. Kita dua bekerja as a nelayan. Even saya perempuan, saya akan turun ke laut jugak because tak fair awak seorang je yang cari rezeki untuk dua perut naga. Oh, saya akan bangun seawal mungkin untuk bekalan kita masa atas laut nanti. Bekasnya cuma satu sebab kita tak kisah bersharing ni. Awak tebar jala, and kita tunggu untuk beberapa ketika and bila kita tarik jala naik ke atas ada banyak ikan dalam jala! And I was like "Sayang, awak memang berbakat dalam apa saja awak buat! Thats why iloveyou!" Saya akan cakap sambil peluk awak dari belakang sebab saya sangat bangga punya orang hebat macam awak *wink* Kita dua kerja keras, kita dua kumpul duit. Lepas kita yakin duit dah cukup, kita fly ke negara orang. Kita nak lari dari semua. Kita nak susah sama-sama. Kita nak tua sama-sama. Kita akan tulis diari setiap hari. Saya akan duduk dikiri awak dan kita dua mula merangka apa kita nak tulis. Diari itu untuk anak-anak kita yang bakal kita punya (dengan izin Tuhan). Kita nak anak-anak-anak kita semua tahu yang bonda ayah mereka bahawa kesenangan itu cuma sementara. Yang kita perlu cari adalah siapa yang akan mendukung kita bila kita berada dikedudukan paling bawah bukan bakal suami siapa paling kaya. 

Jadi apa tunggu lagi, Sayang? I'm ready!

Saturday 3 May 2014

Jangan risau Sayang, ini yang terakhir

Hai sayang
Malam ini akan terciptanya sejarah
Aku lena tanpa dibacakan du'a oleh kamu seperti selalu-selalu

Hai sayang
Malam ini akan terciptanya sejarah
Aku tidak akan meronta-ronta lagi mahukan kau kemari segera

Hai sayang
Malam ini akan terciptanya sejarah
Aku tidak akan dapat lagi mendengar dengus dan dengkurmu seperti hari terakhir (semalam)

Hai sayang
Malam ini akan terciptanya sejarah
Kamu tidak akan lagi diganggu olehku

Aku tidak akan lagi mengganggu lena tidurmu
Aku tidak akan lagi menemani malam-malammu
Aku tidak akan lagi melambong baling hatimu
Aku tidak akan lagi mewujudkan nanah ditelingamu
Aku tidak akan lagi berdondang sayang sebelum kamu dijemput lena

Mulai hari ini
Saat ini
Silalah mula merindukan aku kerana aku akan biarkan kamu sendirian tanpa mogokmarahtangisjerkahgelaktawasendasendu.

Silalah mula merindukan aku kerana aku akan hilang dari kewujudan.