Monday 29 September 2014

Duduk, dengar!

Mungkin satu hari nanti, aku akan berhenti mengejar. Nantikan hari itu kerana yang pastinya bukan hari ini dan bukan juga sekarang.

Thursday 18 September 2014

Aku tak lupa, mungkin kau YA

Hai kawan,
Apa kau masih ingat aku temanmu yang pertama di UiTM Puncak Perdana?

Hai kawan,
Apa kau masih ingat apa warna rambut kita sejak pertama kali bertegur sapa dibilik menunggu?

Hai kawan,
Apa kau masih ingat kita sarungkan baju bewarna ungu pada hari yang sama?

Hai kawan,
Apa kau masih ingat pertama kali aku katakan pada kamu, aku sukakan seseorang?

Hai kawan,
Apa kau masih ingat bila pertama kali kita mahu keluar minum cendol aku kehilangan ipod?

Hai kawan,
Apa kau masih ingat yang kau kongsikan sebungkus nasi berlaukkan kari dan sedikit ayam untuk aku yang ketika itu tak berduit? Mungkin kau lupa, tapi aku tak.

Thank you.

Sorry for my unfaithful thank you for your forgiveness.

Aku mahu tahu semua, ya semuanya

Andai kata kalau aku-kamu bersama aku mahu kamu merasakan bahawa aku sentiasa berada hampir dengan kamu (walaupun tidak) aku sentiasa mahu jadi yang pertama selepas ibumu untuk mengetahui hal2 yang buat kamu kalut satu hari. Andai kata satu hari kamu runsing untuk memilih baju hitam atau coklat kerana pada kamu keduanya keren, rujuklah pada aku kerana aku begitu mahu mengetahui hal2 kecil ke hal2 besar tentang diri kamu. Diulang aku mahu tahu kesemuanya.

Friday 12 September 2014

Mungkin mereka lupa, kami memang pilihan kedua tetapi kami masih punya akal dan hati. Mereka memilih bulu bagaikan mereka tahu apa kebolehan kami. Mereka mencari bulu yang sewarna dengan mereka. Apa mereka takut dipijak? Tidak, kami tidak memijak mereka. Kami berhak bersuara.