Saturday 29 November 2014

Silent

Kesedihan itu adalah sesuatu yang kau rasa tanpa ada cara untuk kau cerita.

Mampus sudah sebulat hati

Gua avoid dari baca first text kita sebab gua rasa hati gua ada crack dan crack tu makin lama makin jelas dan dalam. Gua tak nak delete cuma gua avoid dari baca. Sebab kat situ jugak gua nampak lu punya layanan makin lama makin buat hati gua mampus. Hati gua mampus bro, mampus!

Thursday 27 November 2014

Macam mana ni bro?~

Gua bukan apalah, gua cuma bila fikir apa gua dah share dengan dia, apa baik dia dekat gua, gua jadi malas nak berpisah. Kalau nak, dah lama kot gua rasa gua hadam perasaan ni. But, its okay. Gua rasa gua still boleh go on even gua macam dah mampus dalam hidup dia gua tak kisah. Tapi, gua mintak maaf bila gua dah penat. Tahulah apa jadi. Gua penat bro. Cuma gua belum jumpa titik tamat je bro~

Makaliamput

Kadang-kadang gua sedih
Bukan apa tapi gua selalu kena sisih
Nak harap dia ada untuk aku memang selisih
Aku rasa aku hadir dalam benak dia sat ja lepas tu dia buang habih.

Friday 21 November 2014

Piggyback

Diantara tiang-tiang lampu itu, ada seketul bintang yang memerhatikan kita.

Wednesday 19 November 2014

Sebab tu Tuhan bagi susah, kalau tidak?

Tuhan, kau apa khabar? Kau semestinya baik-baik saja bukan? Aku? Tuhan, kalau aku baik-baik saja mana mungkin aku menegurMu.

Hati mati.

Sebelah hati jalan terhincut-hincut mencari hati yang tertinggal. Malangnya, hati sebelah lagi ditemui mati dalam keadaan tragis.

Tuesday 18 November 2014

Sambung

Ada satu cowok
Cowok itu ganteng
Ganteng sama baju coklat
Coklat manisan kegemaran dia
Dia bukan pemarah apalagi pendiam
Pendiam ini merbahaya
Merbahaya untuk orang macam aku
Aku takut aku sakiti dia
Dia tidak juga risau aku lari
Lari mana pun aku sudah tidak larat
Larat itu bukan aku
Aku mahu berhenti
Berhenti dari mengejar
Mengejar dia.

Sunday 16 November 2014

Noktah terakhir

Dia, sudah tidak cukup larat
Dan aku sudah terlalu penat.

Noktah.

Kegagalan demi kegagalan

Serasa aku, sudah kerap kali aku menepis peluru yang ribuan kali cuba melahirkan titik-titik kekecewaan. Namun buat kesekian kalinya,

Aku masih gagal.

Nickname

Panggil aku, "PEREMPUANMU".

Nak tak nak

Aku harap kau tak baca blog aku, sebab aku takut kau tahu semuanya. But, satu side lagi hati aku nak kau baca blog aku sebab aku nak kau tahu semuanya.

Saturday 15 November 2014

Hipotisis diterima

"Manusia makin lama makin besar, tapi bila makin besar hati makin mengecil."

Friday 14 November 2014

Love at the first sight

"Kamu adalah imiginasiku yang enggan pergi sejak hari pertama kita berkenalan."

Damn sad.

Apa gunanya hidup berpasangan, akhirnya kau ditinggalkan kesedihan berseorangan.

Wednesday 12 November 2014

Manusia 1, 2, 3.

Dalam dunia ni ada jenis manusia 1 suka manusia 2. Tapi manusia 2 tak tahu. Sebabnya manusia 1 pun tak pernah confess yang dia suka manusia 2 tu. Manusia 2 ada boipren dan baru memutuskan hubungan. Manusia 1 banyak kali cuba nak masuk line sedari dorang awal sampailah penamat. Manusia 1 gagal meluahkan perasaan dengan kata-kata cuma manusia 1 menunjukkan kasih. Manusia 1 buat macam-macam untuk manusia 2 tetapi manusia 2 tidak menganggap apa-apa cuma bantuan dari kawan-kawan sahaja. Pada suatu hari, manusia 1 tidak dapat menahan perasaannya. Manusia 1 menghubungi manusia 3. Manusia 3 adalah manusia yang tidak sebegitu akrab dengan manusia 1 tetapi siapa sangka manusia 3 punya perasaan terhadap manusi 1. Tetapi manusia 3 tidak pernah menyatakan perasaannya terhadap manusia 1. Manusia 1 menghubungi manusia 3 untuk meluahkan perasaannya kekecewaannya dan kesedihannya kerna cintanya ditolak oleh manusia 2. Dia jatuh dan dia malu kerana dia telah berkongsi rahsia dengan manusia 3. Manusia asing dalam hidupnya. Manusia 1 menyukai manusia 2 sejak dahulu lagi. Sejak sekolah rendah. Walaupun pernah punya teman wanita, manusia 1 tetap mencintai manusia 2 dengan sepenuh hatinya. Bermacam-macam yang diceritakan eh manusia 1 dan manusia 3?

"Even bukan aku yang dia suka, aku dah cukup bersyukur aku orang yang dia percaya. Thank you for trusting me, i l y and i'll pray for your hapiness."

Dan bibir pun senyum

Maaf kalau aku hanya memuja kamu didalam senyap kerana aku percaya Tuhan lebih mengerti dari satu pun manusia di dunia dan aku juga tidak mahu mengecewakan hati-hati yang turut merasakan apa yang aku rasa dan aku juga tidak mahu pendekatan kita sebenarnya menjauhkan kita.

Terima kasih, dan aku?
Senyum sampai tidur.

Friday 7 November 2014

Pinjam sekejap, boleh?

Aku cuma butuh sepasang telinga, oh bibir boleh tinggal sebentar kerana aku cuma butuh telinga untuk mendengar bukan bibir yang memberi jawapan/kata semangat/letak salah atas diri aku/ dll.