Friday 31 July 2015

Argh! Kamu kenapa begitu manis?

Argh, izinkan aku menjilat sebahagian daripada kamu kerana aku sudah kekeringan manisan dalam badan dan argh! Kamu kelihatan sungguh manis. Izinkan aku menjilat atau kalau boleh, mungkin aku mahu menjamah sedikit isi kamu. Argh! Manisnya kamu walaupun aku hanya melihat dari jauh namun kemanisan kamu dapat aku rasa dihujung lidahku. Argh!

Thursday 30 July 2015

Sakit... Ya, sakit.

Kita sudah sama-sama setuju untuk terus menyintai bukan? Jadi apa alasannya untuk kita berhenti bercinta? Jika atas sikap burukku, bukan sekali ini kamu lihat. Jadi apa lagi alasan kamu untuk tidak terus menyintai aku? "Aku sudah jelak dengan kamu." He said dan mengangkat kaki pergi selepas meludah ke muka aku.

Wednesday 15 July 2015

Titik

Titik yang putus sudah menjadi satu garisan lurus.
Titik yang putus sudah menjadi satu garisan panjang.

Titik yang putus sudah menjadi satu garisan harmoni.

Titik yang putus sudah tidak dapat dipisahkan lagi.

Tuesday 14 July 2015

Pura-puranya kita, heh

Kita masih pura-pura yang kita saling cinta.

---

Kita masih pura-pura yang kita saling tak cinta.

Thursday 2 July 2015

Ya ya ya,

Ya ya ya, panggillah aku apa saja. Gelarlah aku apa saja.
Ya ya ya, panggillah aku gila. Gelarlah aku birah.
Ya ya ya, aku memang sudah jatuh cinta.
Ya ya ya, sejak hari pertama itu.
Ya ya ya, sekali cinta mana mungkin bertukar biasa-biasa.

Ya ya ya, panggillah aku apa saja. Gelarlah aku apa saja.

Ihiks

Kendonglah aku seperti yang kamu selalu lakukan ke atas aku kerana pada kamu, aku bayi-mu.

Hihi

11.50

Pada setiap 11.50 malam, aku akan mengerling hape aku
Pada setiap 11.50 malam, aku akan memegang hape aku
Pada setiap 11.50 malam, aku akan membelek hape aku
Pada setiap 11.50 malam, aku akan menunggu panggilan itu.

Panggilan pertama dan terakhir, 11.50 malam dan kemudian tidak ada lagi panggilan dari kamu.