Wednesday 28 October 2015

Aku mahu lari dari tempat ini. Aku mahu lari dari dunia ini. Dunia ini terlalu bringsik dan membingungkan. Aku mahu lari dari semua. Aku mahu menyendiri. Aku mahu berada di satu tempat yang cuma aku seorang saja di tempat itu. Aku mahu bersenang-senang di sana tanpa memikirkan hal-hal yang berlaku di tempat ini. Aku mahu bebas meskipun kakiku berantai namun yang telah dipenjarakan lama, jiwaku.

Aku harap ibu dan abah tak pernah penat atau mengeluh besarkan aku sebab aku masih mencuba untuk menyenangkan hati mereka.

Thursday 22 October 2015

Magis

Bila aku baru ucap selamat malam di instagram buat Ciku, kemudian aku dapat panggilan dari Ciku. Huargh 😂

Tuesday 20 October 2015

Hihi

Lega rasanya bila kita buat sesuatu yang kita memang nak buat. Mungkin malu sekarang, but atleast sebelum kita tutup mata dan mungkin tak akan buka mata semula, kita dah buat apa kita nak buat. Macam apa saya buat harini, saya text awak dan kata "Saya rindu awak!" Tak malunya! Rasa rasa paling tak malulah seumur hidup saya. Tapi memang rindu. Tapi saya faham, awak busy! Selamat menghabiskan apa yang awak mulakan. Semoga Tuhan memberkati awak, selalu :)

"Awak biskut sultan yang ada kismis tu. Manis."

Monday 19 October 2015

Tidak ada tempat untuk aku luahkan selain dari hamparan tikar sejadah menghadap ke arah Kaabah. Aku padamkan semua lampu, cuma aku sendirian di tempat ini. Gelap. Telingaku cuma sesekali menangkap bunyi kipas berputar memandangkan keadaan terlalu sunyi. Aku tundukkan muka memandang ke arah sejadah. Terdapat gambaran tempat yang tidak pernah aku jejak, iaitu Kaabah. Ya Tuhan, aku mahu berkongsi satu rasa ini. Ya Tuhan, cuma kamulah tempat yang paling sesuai buat aku meluahkan segala apa yang terbuku. Ya Tuhan, sumpah aku begitu bersyukur padaMu. Aku selalu diorang asingkan. Aku selalu merasa diri aku tidak dapat diterima orang. Aku selalu merasa rendah diri. Aku tak yakin dengan diri sendiri. Aku malu dengan diri sendiri. Entah kenapa. Aku pun tak pasti. Selepas ditinggalkan pacar, aku punya satu perasaan yang aku ini tidak layak disayang. Aku jugak tidak layak menyayangi sesiapa pun. Namun pagi semalam, aku bangun dengan satu perasaan baru. Satu orang membuangku tak bermakna semuanya ikut turut serta. Semalam aku dapat rasakan masih ada yang masih dibelakangku. Mendukungku. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Tuhan kerana tidak pernah membiarkan aku sendirian (sebenarnya). Terima kasih...

Friday 16 October 2015

"Cubalah berlaku adil dengan diri sendiri. Jangan menindas diri sendiri. Jangan penjarakan diri sendiri. Jangan matikan jasad yang hidup."

Saya...

Saya mahukan kehidupan lama saya yang aman tanpa gangguan-gangguan manusia baru dalam kehidupan saya. Saya masih dambakan keamanan yang saya jalani sendirian selepas ditinggalkan pacar. Saya cuma mahu sendirian sambil membawa berkilo-kilo kenangan-kenangan di atas bahu. Ada diantaranya membuatkan saya tersenyum sendiri dan ada sebahagiannya saya tangiskan. Saya cuma mahu aman dan saya tidak mahu menyakiti mana-mana hati termasuk hati saya sendiri. Saya sendiri pun sudah cukup terluka dan hasilnya saya mahu sendiri. Mereka-mereka tidak faham, mungkin kerana mereka nampak saya macam lelaki saya kuat. Ye, saya kuat sebab saya ada berbakul-bakul kenangan untuk disenyumkan. Maafkan saya, saya susah untuk memasuki dunia orang melainkan awak, saya suka dan hargai. Sekali lagi, maafkan saya. Saya cuma mahu sendiri dan terus mencintai diri sendiri yang selama ini meletakkan orang lain dahulu sebelum diri sendiri. Saya minta diri.

Ye, tengah marah ni

Dengar cerita ada orang bengang dengan aku. Siap pesan kat member aku "Cakap dekat dia, belajar hargai orang. Jangan pakai buang orang." Haah, memang saja boldkan perkataan tu untuk ingatakan aku dan kau jugak, mungkin. Itu pun kalau kau naklah. Kalau kau tak nak, peduli apa aku. Pergi mampus sama kau. Kahkah. Okay, aku nak bagi satu contoh. Kalau kau solat 5 waktu, apa sebenarnya kau harapkan? Kau harapkan balasan daripada Tuhan ataupun kau berharap orang sekeliling kau anggap kau baik dan bagi kau sekalung pujian? Mana yang kau kejar sebenarnya? Macam perangai sampah kau nilah yang buat aku malas nak layan orang bodoh macam kau. Bodoh tak berakal kalau ada akal pun tu hah! Kau letak kat kepala konek kau. Kecik macam tu je otak kau sebenarnya. Kau buat baik dengan aku, and harapkan aku suka kau balik. Wadehel bro? Wadehel? Kau takde life ke? Dah aku kata, dari awal lagi jangan suka dekat aku atau aku akan semakin geli dan malas nak layan sebab kau acah-acah sweet ke aku? Kau salahkan aku siap kata "Suruh Mira tu jangan buat orang selesa dengan dia." Kepala otak dia. Dia nak aku jadi syaiton ke pe? Dah aku memang macam ni, bila dah kene rejek dok salahkan orang. Gila ke apa? Nak orang text hari-hari, nak call hari-hari. Phew! Takde life ke bang? Takde kerja ke nak buat?! Semalam aku rasa tenang kepala otak sebab kau macam makin lama makin jauh tapi tak sedap betul ah kau pagi-pagi call kawan aku semata-mata nak suruh aku hargai kau. Wadehel doh? Aku rasa nak gelak depan muka kau. Kau dah kenapa woi? Kalau aku nak hargai pun, buat apa nak cakap dekat kau. Aku layan baik-baik pun dah cukup hargailah. Kahkah, lawak-lawak. Aku kesian dengan orang jenis kau ni. Buat baik sebab mengharapkan sesuatu. Maksudnya, kau tak ikhlas dalam apa yang kau buat. Yes, ikhlas ke tidak memang takde tampal pun atas dahi kau. Tapi kalau kau dah macam ni, nak ape doh? Nak ape? Tapi kalau kau rasa aku tak hargai pun, baguslah. Sebab aku tak nak pun kau suka aku. Kau boleh jadi alim, kau boleh jadi apa pun kau nak aku tak pedulik. Tapi kau tak boleh nak paksa orang suka kau. Jangan terdesak sangat bang. Aku tak suka. Kau tahu aku tak suka, lagi kau buat apa masalah kau. Kau dah tua, cerita masalah dekat orang kenapa? Dah takde akal ke nak sembang dengan aku? Benda-benda bodoh boleh ajak borak, benda yang konon penting tak nak pulak. Pelik betul. Pada aku, kalau nak berkawan. Biar berkawan betul-betul. Kau jugak kena tahu dan bersedia bila kau akan direjek. Memang perit macam nak mati dah, habis tu kau nak buat apa? Aku pun pernah kene buang dengan lelaki yang aku kononnya bercinta bagai nak rak, habis tu orang dah taknak, kau takde hak nak paksa pun. Kau kena senyum dan terima sebab Tuhan dah janji dengan kita. Kita kena pegang janji Dia. Aku harap lepasni jangan semak-semakkan lagi hidup aku. Baru sebulan kau jadi kawan aku, macam taik gak perangai kau. Ubahlah perangai tu woi. Selain baik dengan Tuhan kau, kau jugak kena baik dengan orang-orang keliling kau. Selfish pun boleh, tapi kalau dah buat ramai orang tak suka kau, berat weh. Baik duduk dalam bilik, tutup semua lampu. Fikir apa masalah kau sebenarnya sampai orang tak suka kau. Orang kalau tak suka kita, mesti ada sebab tau. Even sebab kau tak suka senyum, tu pun boleh jadi sebab. Kau pandai pun orang kacau walaupun dorang tahu dorang tak jadi macam kau sebab dorang malas. Still akan carik salah kau. Mintak maaf banyak pada hati-hati yang aku dah sakiti, first time rasanya benda ni jadi. Semoga Tuhan maafkan aku dan engkau, dan mohon Tuhan lupuskan aku dari kehidupan kau supaya kita boleh aman macam sebelum kau muncul dalam hidup aku. 

Peace 

Wednesday 14 October 2015

PUNCAK KEPAK KEPAK

























Selamat tengah hari, KLCC. Harini aku kembali, duduk mengadap kau kali ini sedikit berbeza kerana sekarang aku berseorangan. Hi KLCC, do you still remember me? Sebab aku selalu ingat kau, dan kau adalah salah satu tempat yang aku akan tuju waktu aku keluar sorang-sorang tanpa ada arah tuju. Kau tahu, aku sunyi. Selepas habis UiTM, aku selalu datang melawat kau walaupun kau tak perlukan lawatan dan rawatan pun. Cuma! Aku datang sini nak melawat dan sambil-sambil tu merawat apa yang tercedera. Ewah. Hi KLCC, lagi sekali aku ulang. Aku sorang-sorang sekarang ni. Aku baru habis kerja Sunsilk. Nabeyla ada, tapi dia dah balik. Baguslah. Aku perlukan masa berseorang sekarang ni. Aku ada benda nak mengadu. Selain Tuhan, kau jugak salah satu tempat aku mengadu. Kau tahu, Syaa dah nak kahwin? Kau tak percayakan? Aku pun sama. Aku dapat tahu, dia hantar gambar dekat Hisyam yang dia bertunang dan aku sangka Syaa main-main sebab Syaa kaki prank! Tapi aku salah sebab hal ni memang betul dan aku yakin selepas tunjuk kad perkahwinan dia. Aku tahu, aku patut rasa happy, tapi... Ada part dalam hati aku sedih. Demi Tuhan, lepas aku tahu Syaa nak kahwin, aku terus menangis. Aku sedih. Masa ni, mula aku rindu semua. Maksud aku, Keluarga Puncak aku. Nabeyla, Faii, Razif, Adlin, Akim, dan Syaa sendiri. Aku rindu segala semua yang kita pernah buat sama-sama. Banyak sangat! Entah dorang ingat ke tidak, masa kita pergi taman dekat Shah Alam pukul 12 pagi dan main kejar-kejar. Ahaha! Lepastu main dokong-dokong pulak. Siapa sampai dulu, dia memang and bila dah penat semua terbaring atas padang yang basah tu. Lepastu, gerak ke Mcd pulak. Yang ni lawak. Masa dalam kereta, Razif dengan Akim pergi bukak baju sebab baju dorang basah lencun cam masuk marathon, tiba-tiba! Ada roadblock! Masa tu dah tak sempat nak pakai baju dah. Last-last, kena tahan. 

Polis : Tengok IC masing-masing. Ni dah kenapa sampai tak berbaju dalam kereta ni?
Akim : Kitorang baru balik dari main futsal cik. Baju basah, berpeluh. Tu pasal bukak baju.
(tiba-tiba Faii menggelabah! "Faii punya dompet semua dalam kereta Syaa!")
Polis : Korang pergi parking tepi sekarang.
Akim : Okay Cik. 
(Faii dengan menggelabahnya call Syaa sambil kami semua menjual muka di tepi jalan)
Polis : Korang cerita betul-betul dekat aku, korang dari mana sebenarnya?
Akim / Razif : Tak, sebenarnya kami baru balik dari padang dekat stadium tu cik. Kami main kejar-kejar. Itu je, sampai berpeluh tu yang bukak baju tu.
Polis : Oh, habis tu yang cakap main futsal tu kenapa?
Razif : Dia nerves tu, Cik. 
Polis : Okaylah, korang dah boleh balik dah. Jangan buat lagi.
Semua : Terima kasih, Cik (sambil melambai tangan).

Aku rasa lawak gila masa tu. Semua menggelabah! Kahkah. Hmm, kalau ingat balik trip masa pergi Melaka tanpa planning apa-apa tu, memang superb best! Kami semua merancang nak pergi panjat loteng. Nak baring atas loteng nak tengok bintang dan matahari terbit. Ni semua idea aku, tapi dorang setuju je. Kahkah. Sekali nak panjat loteng tu, berkunci. Aduh! Kitorang dah kepisangancheese dah ni.... Fikir punya fikir tiba-tiba Razif bersuara, "Jom, kita pergi Melaka. Nak?" Kitorang apa lagi! "Nakkkkk!!!" Dalam perjalanan tu, semua happy. Dalam kereta ada 5 orang, razif, Adlin, Syaa, Aku, dan Faii. Kami menyanyi sekuat hati dan bergelak ketawa. Kahkahkah... Kami bertolak dalam pukul 2 dan sampai sana dalam pukul 4 lebih. Kami berhenti di Pantai Klebang. Masa sampai tu, semua orang tido. Kecuali aku dan Razif. 

Razif : B, jom keluar.
Amirah : Nak g mana ni?
Razif : Jom jelah. Nak ikut tak? Tak ikut, rugilah. Jauh tau nak sampai sini... Haa...
Amirah : Okay, jomlah. Tapi gelapkan ni.
Razif : Takpe, jangan risau. Kita kan pakai phone tourchlight (sambil mengeluarkan phone dan suluh)
Amirah : Ahahaha, okay! Jap, nak suluh jugak.
Razif : Okay, jom.

Selang beberapa minit kemudian selepas berjalan ke arah Pantai Klebang (maksudnya menuju ke pantailah. Masa ini air surut)

Razif : B, tengoklah langit tu (sambil senyum)
Amirah : (melompat) Ya Allah! Cantiknya langit, Razif!!!!
Razif : Cantikkan? Sorrylah tak dapat bawak naik loteng tu. Tapi ni lagi cantik, kan?
Amirah : Cantik sangat! Thank you, Razif! (senyum tak habis sambil pandang langit)

Kami berdua menonton langit sambil membincangkan hal seperti apa yang best di Melaka. Nak buat apa esok? Mengantuk ke tidak? Makanan apa yang best. Bila dah habis borak, kami pun ke kereta sebab baru pukul berapa pagi dan kami berdua nak tidur pulak memandangkan belum tidur sepanjang perjalanan..

Bila bangun dari tidur, aku gelabah gila! "Weh korang! Bangun. Razif hilang!" Dorang yang masih mamai termangu dan blur cam ayam. "Weh, mana Razif!?" Aku terus berjalan ke pantai takut-takut dia tidur di pantai... Tapi, takde! "Weh korang, tolonglah carik Razif...." tiba-tiba Adlin bersuara " Mira, Ajiib tido dalam bonet tu haaa..." Bila dapat tahu je, aku terus bukak bonet "Ya Allah, Razif. Kita ingat awak hilang tau..." Tapi Razif diam je. Macam marah, dan tutup semula bonet. Aku pelik, "Kenapa dengan Razif ni..." Tapi aku biarkan dia tidur je, mungkin mengantuk semalaman tak tidur... Bila memasing dah puas tidur, aku kejut Razif. "Awak, jom... Breakfast. Tidur dekat dalam okay? Biar Adlin drive..." Masam! Argh! Sudah, dah kenapa pulak dia ni... Dalam kereta aku tanya dia buat dekkkk je. Adalah tu marah ke aku, sebab Razif orangnya jarang marah. So bila dia diam, adalah tu yang tak kena... Aku tanya banyak kali, tapi lepastu stop kejap. takut dia marah. Lepastu sambung tanya balik, "Razif, kenapa ni?" (sambil bisik) rupa-rupanya dia marah sebab aku tertidur lepastu aku marah dia sebab kacau aku tidur (kejut tidur) tapi aku cam tak sedar gila termarah dia. Ahaha, kesian dia. Aku pun mintaklah maaf, kesian dia drive jauh-jauh aku tidur tapi dia takde tempat nak tidur... Kihkih!  Tapi pagi tu lepas tu, kami pun pergilah Bandar Melaka tengok kapal, bangunan merah, dan kami memilih untuk bermain basikal dekat Melaka. Masing-masing takde duit dan kami berkongsi duit sewa 3 basikal. 

Banyak nak cerita. Tapi mengantuk. Sambung nantilah. Kahkah

Saturday 10 October 2015

Hello My Badboy, don't chu miss me? Cuz I miss you, and it's hurt.

Thursday 8 October 2015

Isi tempat kosong.

Say_    _ak    per_ah    l_ _ a    awa_.

Maafkan saya...

Saya tengok gambar Sam Bunkface dan isteri, saya macam nampak awak. Dan saya dalam gambar tu. Boleh saya jadi wife awak? Please 😞

Wednesday 7 October 2015

At the end, I'm gonna get hurts.

Walaupun saya tahu, diakhirnya saya akan menyakiti perasaan sendiri, izinkan saya menikmati setiap inci kamu sebelum kamu, aku lepas---

Pergi.

Tuesday 6 October 2015

Saya hisap, saya hembus. Saya kumpul, jadi awak.

Kalaulah mampu aku membentuk kamu dari kepulan kepulan asap yang aku hembus didalam kamar ini, akan ku pinta kamu supaya jangan pergi dan pinjamkan aku satu minit untuk memeluk kamu. Walaupun aku tahu itu mustahil sekurangnya aku cuba seperti memiliki kau, yang jugak mustahil.

Sunday 4 October 2015

Ada orang panggil nama penuh kita, dan kita terus terasa ada vibrate dan dari mengantuk, terus sedar. Hihi Malu kita 🙊

Saturday 3 October 2015

When?

When can I have you? When can I call you, mine?

Ada orang teresak-esak, baru cari kita.

Dalam perjalanan pergi ke Pahang (di dalam kereta) saya telah dihubungi oleh seseorang. Di skrin telefon, terpapar namanya Sood (bukan nama sebenar). Suaranya sayu, kedengaran lemah di telinga aku. Di hujung talian aku dengar dia berkata "Adik, aku ada something nak cerita ni dik. Aku rasa bersalah sangat dengan kau. Semalam, aku pergi kelab malam. Aku mabuk dik. Lepastu, aku pukul tunang aku sebab dia bagi sorang lelaki ni ID Wechat dia. Kau tahulah, aku kalau mengamuk macam mana. Semalam polis semua ada dik. Ni aku baru keluar balai. Mama ambil aku dekat sana. Aku sedih doh dik. Aku jerit kuat gila tau semalam. Aku maki dia dik. Aku tumbuk muka dia. Pecah dik muka dia, pecah. Pastu tadi dia datang balai mintak maaf dekat aku. Dia kata dia tak sedar dia buat semua tu. Dia mintak maaf. Aku panas hati betul. Dik, aku pun mabuk jugak dik. Kalau ikut hati, ramai je perempuan lain aku nak peluk, aku peluklah. Tapi aku fikir, aku pergi dengan tunang aku. Takkan aku nak buat macam tu dik." Lalu aku tanya "Kenapa kau pergi sana? Kau dah lupa ke, kau dah janji dengan aku, kau tak akan pergi sana dah? Kenapa kau pergi?" Lalu dia pun membalas "Tulah pasal dik. Aku call kau. Aku rasa bersalah gila dengan kau." Aku tanya lagi "Kenapa kau pukul dia?" Dia kata lagi "Aku panas hatilah. Dia layan jantan lain. Aku maki "pukimak punya perempuan, sundal, dah macam pelacur. Perempuan macam kau, aku nak buat bini?!" Aku tanya dia "Puas tak hati kau? Kau dah pukul dia? Kenapa kau pukul dia? Dia perempuan kot. Lagipun, kalau aku jadi dia, aku tak datang dekat kau mintak maaf. Kalau aku jadi dia, aku pun tak ingin kahwin dengan lelaki macam kau." Tiba-tiba---- Panggilan terputus. Kemudian--- Panggilan masuk (whatsapp call) "Sorry dik. Kredit aku habis." Aku tersenyum lalu berkata "Eh, apsal kau unblock aku? Kau dah block tu, block jelah. Yang kau unblock kenapa?" Dia kata "Tunang aku tulah. Dia tahu kau rapat dengan aku. Dia tak suka. Dialah yang block kau. Dengarlah ni dik. Aku ada masalah ni." Aku senyum lagi dan aku kata "Yelah bang, kau memang bila ada masalah je baru kau cari aku. Bila kau senang, ada kau call aku? Tanya aku okay ke tak? Takde kan? Yang kau tahu diri kau sendiri je okay. Blocklah balik. Takyah unblock." "Yelah dik. Aku salah. Aku tahu memang aku cari kau bila aku susah je. Okaylag dik, sorrylah susahkan kau. Jaga dirilah." Aku tergelak terbahak-bahak "Kahkahkah, ni merajuk ke ni? Kau lepas merajuk ni, kau nak cerita dekat siapa pulak? Nak mengadu dekat siapa woi?" "Tak tahu. Okaylah dik. Takpelah..." Aku balas lagi "Kahkahkah. Kau nak cerita apa sekarang? Ceritalah. Aku dengar." Tiba-tiba nada dia bertukar lain. Pelik nadanya. Bunyinya seperti sangat sedih... Yang aku dapat tangkap "Dik, kau dengar aku nak cakap ni dik. Dik, aku rindu kau dik. Sumpah aku rindu kau (teresak-esak sambil batuk dan menarik hingus). Sumpah dik, malam ni aku tak ego dik. Sumpah aku rindu kau. Aku sedih dik. Aku nak aku yang dulu. Tak ada siapa nak layan aku macam kau layan aku, dik. Aku sayang kau, Amirah." Aku diam dan senyum lalu aku balas "Cakap jelah apa kau nak cakap. Aku dengar. Nanti free kita jumpa, okay." "Dik, aku rindu kau. Tapi nak buat macam mana. Semua dah jadi. Aku harap kau happy jelah lepas ni. Jaga diri."

Mana boleh aku lupa, orang yang jaga aku masa aku hidup sorang-sorang dekat tempat orang. Mana boleh aku lupa, kau selalu marah aku bila orang buat aku sedih, putus cinta. Mana boleh aku lupa, tangan kau suap aku makan bila aku tak ada duit nak makan. Mana boleh aku lupa, kau susahkan diri, semua untuk aku. Mana boleh aku lupa, kau surprisekan aku dengan banyak benda. Mana boleh aku lupa, punyalah nak jaga aku, sampai kau pun susah. Thank you, Abang. Be a good son, husband and father to all your future kids. Peace

Friday 2 October 2015

Saya penat (╯︵╰,)

Kalau saya kata saya penat pun, mana ada orang nak percaya. Sebab dorang selalu tanam dalam kepala otak dorang yang saya kuat. Saya ada waktu penat saya jugak. Tapi orang butakan mata. Saya penatlah. Penat. Tolonglah tadah telinga belanja bahu walau seinci. Bak ah perut jari buat usap ubun-ubun, meh jap bibir nak gomol.

Thursday 1 October 2015

-------

Saya sudah ditinggalkan kekasih, Abit iaitu kucing kesayangan saya dan kemudian seorang teman baik. Siapa lagi nak buang saya? Go ahead.