Friday 4 March 2016

Aku sedang berada di peringkat Sarjana Muda. Aku tengah duduk depan laptop. Aku tak tahulah apa yang sedang aku tengok dan apa yang aku bakal buat. Aku duduk dikolej. Rumah yang menempatkan seramai 8 orang terasa begitu besar dan tak berpenghuni walaupun sudah cukup kuotanya seramai 8 orang. Aku tak boleh nak menafikan yang aku tak rindu housemate diploma. Syaa Byla Faii Pyka Ada Ira dan Hana. Moment yang tak akan aku dapat sampai bila-bila. Aku rindu untuk main berebut Ali. Sebab dorang tahu aku tak bagi orang pegang Ali. Lagilah rancak dorang menyakat aku. Rindu betul nak tidur ramai-ramai dekat beranda selepas penat seharian di kelas. Rindunya nak berpuasa dan bersahur sama-sama. Walaupun sahur yang paling melaparkan adalah meggie, tetap kita nak makan maggie sebab kita semua tak ada makanan lain. Macam mana budak-budak pujuk aku dan marah aku bila aku sedih dan jadi terlampau sedih. Bila lagi dapat marah Hana sebab dia suka main gigit-gigit dan badan aku kena cubit dengan dia pun sakit apa lagi gigit. Kesian Hana kena marah sampai solat sambil menangis tersedu-sedu. Rindu gak benda simple macam berebut bilik air. Terketuk-ketuk pintu sebab nak berak tapi ada orang dalam toilet. Main-main tapi macam gaduh sampai jiran sebelah mai tanya ada gaduh ka apa ka. Allah, banyaknya benda nak tulis. Sambung nantilah. Penat. Gnight.