Wednesday 20 July 2016

Kalau sekarang ni orang kata aku gila, aku akan iakan.
Kalau sekarang ni orang kata aku kemabukan, aku akan iakan.
Kalau sekarang ni orang nak tanya, "Eh, kau dah kenapa?" Aku silakan.

Sudah masuk 23 tahun. Aku dapat rasakan tahap pemikiran aku dan cara aku berfikir agak jauh berbeza dengan tahun sebelumnya. Biarpun hanya baru beberapa bulan meninggalkan 2015, tapi dengan tahun 2015, aku seperti dilahirkan semula. Aku bukan Amirah yang dulu (walaupun masih aku tetap cuba elak). Its hard to change. Benar. Ada banyak sikap buruk aku, aku cuba lupakan dan tak terbawa-bawa dan juga hati lembik macam lahanat tu. aku tinggalkan. Aku tak sanggup dah nak bawak ke hulu ke hilir hati aku tu. Such a mess yang kau rasa "fak, apa sial kau bawak bertahun-tahunnn???" Jujur aku cakap, aku semakin kering dan dah tak ambil peduli macam dulu. Setiap benda yang jadi dekat aku, macam ubat pelali. Jadi aku tak kisah sangat. Nak berambus? Blah. Nak kutuk? Sila. I used to amek kisah dan kalau boleh aku nak kepung semua orang suapaya sayang aku. Don't left me behind. But... Aku lupa. Siapa aku? Kalau Tuhan dah tolehkan hati dia dari memandang aku, siapa aku nak persoalkan? Nope. Aku tak ada hak. I keep chasing people that I love and hoping they love me back. I was wrong. Aku sangka aku sentiasa dan selamanya layak di sayang. And now, aku sedar. Aku bukan siapa-siapa. And the most importand thing is, I DONT DESERVE TO BE LOVED. Yes, I am. Aku tak layak.

Setelah aku kaji dan dalami diri sendiri, aku jumpa satu benda yang orang lain jumpa dalam diri aku. Aku rasa, kalau aku,ah. Aku tak nak bercinta dengan aku. I was annoying, hot temper, okay senang cerita kau insert je perangai buruk tu dalam diri aku. Satu aku mewakili begitu banyak kejahatan tapi aku sangka, "Im the perfect one. No one could ever love you as much as I loved you." Nooo... Aku ternyata dan seratus peratus salah. Sesebuah perhubungan bukan sahaja melibatkan cinta malahan melibatkan kesefahaman, kepercayaan, saling membutuhkan, saling memaafkan, bercerita dan mendengar dan banyak lagi. Tapi sayang... Aku bukan salah satu tu dari ciri-ciri tu. I was a bad girlfriend...

I feel sorry for those yang pernah rapat and thank you sebab bertahan for several years. I couldnt ask for more, thank you. Dorang dah membentuk aku dari tahun ke tahun. Yes, aku perlu berterima kasih terutamanya yang last. Dia dah creat aku yang baru. Dia dah bukak mata aku yang sebelum ni pejam. Dia dah menelanjangkan perangai buruk aku sampai aku sendiri malu dengan diri sendiri. Macam manalah dia servive bertahan dengan aku untuk 2 tahun. 2 tahun dengar macam singkat kalau kau happy. Tapi kalau kau dapat awek macam aku, aku rasa 2 tahun adalah sangat panjang dan kau akan tengok kalender sebab nak membilang hari sampailah kau dah tak larat nak bilang. Kau koyak kalender tu dan kau berjalan dengan bebas. Sekali lagi aku ulang, kalau aku jadi kau. Aku pun tak nak bercinta lama-lama dengan aku.

Kau bagus dalam sedarkan aku dan kau jugak buat aku mula hilang trust dengan orang. Aku sampai jadi susah nak percaya orang. Termasuk diri sendiri. Aku dah tak ada keyakinan since that night. Aku jadi takut kalau ada orang suka aku or aku suka orang tu. Yes, im afraid or my own self. Aku takut untuk disakiti dan yang paling penting aku takut untuk menyakiti. Yes, orang tak faham bila aku cakap aku takut. No, you dont understand why and how to overcome my own weakness and lawan dengan perasaan sendiri.

"Betullah cakap orang. Kau nak aku pasal rupa aku aje."

Kalaulah aku boleh bawak keluar hati aku and tunjuk dekat dia macam mana koyaknya aku masa tu. aku akan tunjuk. Aku akan tunjuk orang yang even 2 tahun ni macam mana handle perangai dia and still masih dengan dia. Dia tak faham konsep cinta. Dia cuma tahu bercinta atau mungkin dia cuma bermain cinta. Dia tak boleh sabar, dia tak boleh terima, dia tak boleh memaafkan. That is not the love is. Love is when pasangan kau buat silap, kau macam orang buta. Maafkan tapi! Tegur dan betulkan apa yang silap. Accept the flaws before kau accept good side of him or her. Build and be someone or make something. Dia tak faham. Dia tak akan faham. Aku punya cinta, bukan macam dia. Dah ada awek baru, siap dah putus. Tu pada aku bukan cinta. Tu nafsu.

I was broken. Totally broken. But somehow, someone came and try to build me up. Aku dapat rasa. Aku semakin ada nyawa dan cinta. Sungguh, cinta adalah perkara yang membangkitkan. Dan pada aku, dialah kebangkitan aku. Thanks, Nesface.

As i told you, Tuhan memang sengaja uji bila kau kata kau nak berubah. Dia nak uji kau, so kau kena bertahan. So, aku takkan mengalah. Even aku sekarang ni rasa macam nak lari belakang pintu tak pun sembam muka ke tilam pastu menangis sepenuh hati. I always do that. Tu kepakaran aku. Do i need to do that now? I want too. But I can't. Sebab aku nak menang. If you want to win, you hv to fight! Allahuakhbar!

London and you. I want you both

Tuesday 19 July 2016

Persetubuhan yang paling nikmat adalah kamu menelanjangkan perasaan kamu di hadapan aku. It just, perfect!

Monday 18 July 2016

Confession malam semalam masih buat aku haru biru. I don't know. Betullah, dia kata dia akan jadi hantu menghantui hidup aku. Yes, dia dah jadi hantu. I always think and thought apa yang kita sembang dan bincangkan. And makin aku fikir, makin aku tak senang duduk. Dada aku, jantung aku macam ada orang main drum lagu metal ke hardcore aku tak sure. Kadang-kadang ska. Yang penting walaupun almost 2am, dia punya rancak bukan main eh beb. Rancak beb. I cannot handle. Benda ni terlalu serius. Aku tak nervous masa aku bincang dan bersembang pukul 4 pagi tu, tapi makin difikirkan like seriusly, aku macam monyet. Tak habis fikir beb. Sumpah! Nak fikir pun payah. Macam mana eh beb? Aduh. That night was good and hmm... Entahlah. I hv to stop now. Bye

Friday 15 July 2016

Saya rasa. Saya nak bawak diri jauh dari awak. Sebelum saya melukakan hati sendiri atau awak.

Seriously, I don't deserve to be loved. I'm scared, no lie.

I'm sorry, goodbye.

Nescafe 🌸

Wednesday 13 July 2016

Kamu sebenarnya dalam bahaya bila kamu mula menjadi isi dalam setiap tulisan aku. Kerana selepas ini, baik atau buruk yang aku hasilkan. Semuanya tentang kamu. Cuma, ianya pos tanpa menyebut nama kamu, Nescafe.

Love,
Your Partner In Crime ✨

Terima kasih untuk hadiah yang satu ini Tuhan. Walaupun terima kasih tak pernah cukup dengan nikmat yang Kau beri, apalah asaku selain dari berterima kasih kepada Mu, Tuhanku. Terima kasih :)

Tuesday 12 July 2016

Aku nampak ibu abah dalam sakit.
Aku nampak ibu abah dalam bahagia.
Aku nampak ibu abah dalam perit.
Aku nampak ibu abah dalam pelukan.
Aku nampak ibu abah dalam senyum.
Aku nampak ibu abah dalam tangis.
Aku nampak ibu abah dalam doa.
Aku nampak, aku nak jadi macam ibu dengan abah. Dari susah ke senang dan kemudian susah semula, always together.

Monday 11 July 2016

Kita bukanlah orang senang. Kita bukan orang ber-wang yang boleh alas badan dengan duit. Tidak. Tapi aku masih ingat momen-momen kita yang kalau kita senang nanti kita akan ingat, macam mana nak beringat sebab kita pernah susah.

Aku masih ingat, kita dua tak punya wang. Kita pergi Giant cari barang. Kita teringin nak makan sedap2 macam dekat warung tomyam tapi dah tentulah kita tak mampu. Duit aku cukup-cukup nak buat tambang pergi balik kerja. Duit kau pulak cukup-cukup nak buat pergi kerja dengan makan malam. Kita pergi Giant cari makanan, kita tong-ting duit beli udang dekat bahagian makanan basah yang tak lama nak kena buang sebab hampir busuk. Kita berjalan 20 minit jugak pergi balik dkt LRT, kita balik dan masak. Aku sebenarnya enjoy tengok kau makan, sebab kau makan bersemangat betul.

Aku masih ingat lagi, kau teringin nak minum susu tapi kau tak ada duit. Aku ada duit lebih sikit, aku belikanlah kau susu dengan roti sebab aku tau, bila aku balik kerja malam tu kau tak makan lagi. Antara kau tunggu aku tak pun kau tak ada duit nak makan. Jadi bila aku tengok kau minum susu, Tuhan saja tahu aku punya suka dalam hati. Sebab tu bukan rezeki aku atau kau. Tapi rezeki budak tu. Anak aku jugak. Sebab apa kau punya, aku punya!

Aku ingat lagi, kita punya happy bila Padel belanja makan dekat kedai buah tu. Aku makan tahu bakar kau makan burger dengan keropok lekor. Kita punya happy masa tu, aku tak tahu nak cerita macam mana. Bila kita jalan kaki masa balik, kita harap Padel dimurahkan rezeki, dan bila kita ada duit boleh belanja dia balik.

Aku ingat lagi, bila aku macam tak cukup duit. Aku korek-korek purse aku. Kau bangun, lepastu kau bagi aku RM10. Kau kata "Nah, amek ni buat tambah. Takut tak cukup nanti." Aku cakap tak payah, kau cakap amek dulu. Kalau tak pakai, pulang balik. Aku nak nangis jugak masa tu, tapi... Aku nak pergi kerja, apa kejadah nak menangis!

Aku ingat lagi, kau hantar aku pergi LRT pagi tu, jauh. Kau dengan buncitnya. Hantar aku pergi LRT. Semata-mata. Lepas hantar, kau patah balik ke rumah  and aku sambung perjalanan ke tempat kerja. Masa jalan kaki, kita sembang banyak benda. Kita gelakkan banyak benda. Kita cita-citakan banyak benda. Kita ciptakan benda yang tak ada, bukan apa. Kita nak sedapkan hati kita. "One day kalau aku...." Lepastu, kita insert cita-cita yang kita reka...

Aku ingat lagi, we tak mampu nak beli susu. Masa kerja sampling, kebetulan ada pulak sampling susu Good Day. Aku pesan dekat mamat tu, "Nanti jangan habiskan susu ni ye, saya nak." dengan muka selamba. Aku bawak balik rumah susu tu, sebab aku tahu kau lama dah tak minum susu. Jadi apa salahnya, cebisan-cebisan terakhir susu tu basahkan tekak kau. Aku tahu, kau minum pun jimat-jimat tapi okaylah. Asalkan kau minum, i'm happy with that.

Aku ingat lagi, kau selalu tunggu aku balik kerja. Tak kisahlah, kalau kau tak tunggu aku pun. Tapi aku rasa, kau tunggu aku. Kau whatsapp aku, selalu. Tanya aku kat mana dah. Supervisor aku, selalu nak hantar aku balik rumah. Aku akan selalu cakap, "Tak payahlah. Saya nak ke Bukit Bintang. Kawan saya tunggu dekat sana. Kami nak beli barang dapur. Jalan-jalan." Supervisor aku, aku syak dia risaukan aku bila aku cerita life aku macam mana. Tambah pulak, aku rasa dia kesian lebih daripada risau sebenarnya. Dia dengan wife dia pernah nak hantar aku sampai rumah, aku tak nak. Bukan apa, aku kerja. Bukan nak simpati orang. Lepas sampai Bukit Bintang, kita pergi Giant sebab kau baru dapat RM20 dari bapak kau jadi kau borong satu Giant dengan jajan-jajan kau. Tapi yang aku ingat, kau belanja aku ice cream Giant dengan duit tu.

Bila ada masa, kita pergi Jalan Raja Bot cuci mata tengok barang-barang bundle. Kita tak adalah menggeram sangat, tapi bila balik rumah pukul 4 pagi  dan kena bangun 6 pagi sebab nak kerja. Geram jugak aku, sebab setiap kali aku nak pejam mata. Kau akan panggil aku, "Ya, cantikkan beg tadi." "Ya, berapa ringgit eh kasut tadi." "Ya, tadikan warna beg tu apa eh?" Haaa, ni yang aku geram tapi aku layan jugak sampai aku give up "Kak, nantilah cerita. Aku nak tido ni. Esok kalau aku tak bangun, kau tak bangun. Mati aku, kau tido. Takpelah." Kau gelak.

Aku ingat lagi, sebelum tidur. Kita buat apa kak? Ahaha! Okay ni perangai setan. Tak boleh mention. Bahaya 😂 lepas tu tah apa kan kita mengarut kak! Mengarut, sampailah aku dah stop bercakap. Tapi kau masih tak berhenti bercakap, sampailah aku palingkan muka dari kau. Maksudnya aku nak tido tapi kau ni haram jadah jugak kak. sebab kau selalu paksa aku tahan mata bersembang dengan kau. Tapi, kalau kau tak tahan mata aku, aku yang tahan mata kau. Sembang bodo apa tah. Ahaha.

Kak, tak payahlah aku mention nama kau. Aku tahu, kau tahu siapa kau. Kita memang tak pernah cakap yang kita sayang satu sama lain. Tapi kita tahu, kita sayang. This is the real love when you are totally silly and bustard but still, kau jaga aku. Concern setiap pagi pesan, "Jaga barang elok-elok kak. Jangan cicir. Letak semua satu tempat." This is love actually is. We know our partner flaws and cuba untuk tak mencelakan hidup dia dengan kecuaian dia. Aku rasa kita boleh kawan, sebab kau dengan aku sama. Celaka.

Kita boleh jadi orang yang paling bijak dan orang yang terpaling bodoh dengan orang yang kita cinta. We always do.

Monday 4 July 2016

:-*

I always want to know, your good and your worst. Always 

So betullah, memang ada orang samakan aku dengan mesin suara? Bercakap tak henti? Kakaka 😂

Sunday 3 July 2016

Relaxlah Amirah. Ni baru masalah kecik! Come on! Kalau Ibu Abah boleh bela aku even aku bawak banyak masalah. Takkanlah aku tak boleh.

Aku percaya dengan hukum Tuhan. Aku percaya dengan janji Tuhan. Aku percaya setiap bait-bait dari Tuhan.

Jadi aku percaya, setiap apa yang menimpa sudah atau bakal, semuanya bersebab. Tak ada sebab untuk Tuhan tak uji aku. Tak ada sebab Tuhan nak biar aku hidup macam robot. No feelings. Kan?

Jadi, betullah. Setiap yang ingin berubah, akan lebih kerap diuji untuk dia dekat lagi pada Tuhan dia. Sama macam aku, i hate waiting, i hate people makes me feel unwanted. But, yes. Who am I?

Allahuakhbar! Janganlah biarkan aku marah redakanlah kedukaanku dengan cintaMu 😊

Saturday 2 July 2016

I put my trust on no one. I did broke my own heart for trusting someone so much.

Susahnya nak percaya orang semula. Bukan orang yang broke promises tu. But still. Can't trust anyone. I'm broken sia.

Friday 1 July 2016

Jangan cuba untuk menyakiti saya lagi. Kerana sebetulnya, saya sudah tersakiti sebelum kamu mahu menyakiti saya.

Its hard to find someone, yang nak layan imaginasi tak logik kau. Kau ada cita-cita nak tengok bintang, dia ada plan dia. Bila kau cerita kau nak rumah pokok, dia tambah pulak kalau makan ramai-ramai bawah lampu mentol warna oren tu. Bila kau nak rumah ada rooftop dan bila kau kata kau minat tgk cerita jiwang dan dia terus berdoa biar kau ada rezeki nak nonton dengan dia in future dengan sound system yang baik.

Its hard to find someone, yang bila kau cerita dia dengar sepenuh hati dia. Kau tahu dia dengar, sebab dia boleh ulang apa yang kau cerita minggu seterusnya.

Its hard to find someone, yang bila kau kemurungan, bila kau mood bawah buku lali, dia edit muka dia, tempek dekat somewhere, just to make you laugh bila kau bukak mata keesokan paginya.

Its hard to find someone, especially lelaki. Yang akan tanya dekat kau, mintak advice, mintak cadangan, mintak tenangkan dia bila dia ada masalah. As we know (perempuan), lelaki amat sukar nak bercerita unless dia dah jumpa titik "keselesaan", and after that, no more ego or "aku lelaki, i can handle it" lagi.

Its hard to find someone, yang kau tak kenal. Tapi kau rasa dan kau tahu dia dekat dengan kau. Its not about miles, but dia punya comfort and trust atas lane yang buat kau rasa "pergi mampos sama distance. Distance is bullshit but us is real."

Its hard to find someone, yang akan datang secara tiba-tiba which means dia akan hilang for so long almost a month, lepas tu dia akan datang with new stories. Banyak! Brunch of stories untuk kau. Dan kau akan tahu apa dia buat dalam one whole month plus ada benda yang buat kau surprise.

Its hard to find someone, yang kau rasa sangat selesa tahap unbelivable punya. You both tak pernah jumpa, but. Satu titik keselesaan yang kau rasa "aku tak pernah rasa selesa macam ni." Its not about, sebab aku fall in love dengan dia, jadi benda semua seems perfect. Nope! But, aku fall into him pun unexpected. We dont plan, kita cuma rasa dan semakin rasa. Thats all.

Last but not least, aku rindu dia. Almost a month dia hilang. Ignoring me. My fault. Not maybe, jelas2 salah aku. And i deserve this.

I dont deserve to be loved.

I'm fall like a fool, for you.