Wednesday 25 January 2017

Soalan dari, *****. (13 Feb 17)

"Kakya pernah make up dengan dia ke? Sebab tu Kakya susah nak lepas (move on)? Abang aku cakap macam tu. Perempuan kalau dah bagi diri dia, dia susah nak lepas lelaki tu."
Aku dapat soalan ni dari seorang kenalan di tempat aku belajar. Aku tak terkejut sikit pun, sebab aku selalu je dapat soalan bunyi dan bau yang sama.
Adakah untuk meninggalkan cinta (sukar), aku perlu bermain, aku perlu memberi diri aku dan kerana itu aku sukar? Manakala, jika aku tidak pernah memberi diri aku, maruah aku, aku mudah untuk melepaskan? Benda tak salah, tapi adakah selalunya selepas memberi diri, akan ada berlaku kesukaran untuk melepaskan? Aku tak kata salah, but come on! Ada je yang dah bagi diri dia pada kekasih dan meninggalkan kekasih kemudian teruskan hubungan dengan orang baru. Ada yang aku kenal, masih kekal dengan kekasih yang kaki pukul, kaki lalok tapi tak tinggalkan sebab dah pernah kasi diri. Dalam hal ini, tak ada betul tak ada salah. Atas pilihan diri sendiri.
Macam soalan yang aku dapat, aku tak pelik. Cuma aku terfikir, adakah bila seseorang itu sukar melepaskan, bermakna dia pernah melakukan sesuatu yang melebihi batas? Ini adalah cinta. Macam aku, once I love, I love hard. Dan inilah ujian aku. Jujur aku anggap ini ujian, bilamana aku terlalu yakin dan menyayangi seseorang itu melebihi had, aku terpaksa kehilangan orang itu untuk menyedarkan aku tentang limit dalam menyayangi dan mengagumi seseorang. Mengagumi, menyintai, even menggilai orang yang kita cinta itu tidak salah, yang salahnya adalah apabila kita berlebihan. Melampaui batas, sehingga Tuhan perlu menghentikan dan memberi kesedaran kepada kita. I love hard. And thats why this is happend to me.
Kita sebagai seorang manusia, perlu sedar. Tak semua orang bercinta atas nafsu. Bukan semua orang mudah jatuh cinta. Bukan semua orang membuka hatinya untuk seseorang selepas beberapa hari atau bertahun, selepas perkenalan. Bukan semua orang merelakan dirinya dicintai oleh seseorang dan bukan semua orang sanggup memberi komitmen dan bertolak ansur. Tidak semua orang. Apabila kita sanggup untuk melakukan sesuatu, kita haruslah berfikir ke depan dan bukannya secara sementara.
Bila kita bercinta, kita ada macam2 plan. Kita nak nak berkahwin (sembang pasal bila nak kahwin, nak macam mana, nak warna apa, nak anak berapa) sebagai contoh. Itu tak pelik dan juga tak salah. Yang salahnya adalah apabila kita terlalu yakin dengan pilihan kita (bf/gf) kita memang ditakdirkan untuk hidup bersama sehingga kita lupa bahawa kuasa Tuhan adalah kuasa yang mengawal semuanya. Kita hanya berdoa dan usaha. Sebab itulah, tak elok terlalu yakin dan lagi tak elok bila suka nak jaja janji yang bergunung ganang. Aku, perempuan. Suka manis-manis dalam kata-kata seorang lelaki. Kita suka digula-gulakan, tapi bila tak jadi. Aku drop, aku down. Aku dah belajar, lebih baik diam dan buat dari sembang tapi tak ada hasil (action). Luka dia tak akan sembuh seperti kita maki kawan kita yang menangis seharian sebab pakwe dia dumb dia, sebab kita tak rasa kekecewaan dia. Tapi sedih perlu ada limitnya.
I've learn something priceless. Yang aku tak boleh cerita, tapi aku terkesan dengan benda tu. Aku mula limitkan sayang pada orang, aku mula kedekut dengan janji, aku mula senyap bila buat sesuatu, aku mula belajar besederhana dalam semua yang aku buat. Kedekut lebih bagus dari menabur janji tapi sebenarnya penuh kepalsuan. Jangan berjanji benda yang tak pasti. Kalau awek kau suruh kau janji, "B jangan tinggalkan sayang tau. Janji?" Dan kau dengan yakinnya jawap "Janji." Sebab masa tu kau tengah hangat bercinta. We never knows what is actually waiting for us. Jangan berjanji. Biarlah kau jawab, loveInsha Allah kalau ada jodoh." Memang menyedihkan, tidak meyakinkan, tapi pada aku adalah lebih elok berjanji hari ni tapi esok kau dah kena tinggal.
P/S: Just give me times, aku akan tinggalkan dia. Jangan risau, ini bukan pasal make up, ni bukan pasal apa-apa. Bila kau susah jatuh cinta, dan bila kau jatuh cinta, kau jatuh cinta sungguh-sungguh. Dia akan buat kau sedih sampai kau tak tahu bila nak berhenti bersedih cuma kau berharap kau akan melupakan apa yang melukakan.

Sunday 15 January 2017

Macam sumpahan

Kalau dia bertanya tentang apa yang bikin aku bahagia bila bersamanya, pasti aku akan jawab tanpa henti kerana selepas dia tiada lagi yang aku percaya.

Friday 6 January 2017

This is remedy, not tragedy. This is so unplanned. We always or tak sengaja pakai baju warna yang sama. Cute eh? Ahah

Thursday 5 January 2017

Lombok













LOMBOK juga merupakan salah satu momen seronok dalam 2016. Dekat Lomboklah aku kenal genk dari Ipoh yang sebelum ni aku tak pernah kenal cuma yang aku kenal, Nani. Dan Nani telah kenalkan aku dengan orang asing yang aku tak pernah tahu aku akan berkenal dan berkawan sampailah sekarang. Dalam journey tersebut, Ila telah selamat bernikah dan sekarang dan mengandung dah pun. Alhamdulillah, perjalanan yang sangat laju, but the momen masih lagi melekat dalam kepala otak. Seronoknya dorang ni, masuk air. Semua best, kau bayangkan dalam trip yang melibatkan 15 orang, kau cuma kenal sorang je. Sorang tu jelah yang kau tahu nama penuh, yang lain-lain? Asing! Tapi dorang buat kau rasa tak terasing. Kau rasa kau kenal dorang dah lama dan itu jelah aku nak cerita. Sekarang ni... serabut otak! Ahahaha CHOW!







Kalau kadang-kadang kita masuk rumah, kita lupa nak bagi salam, and in this case lain pulak. Dia dah bagi salam dan kemudian dia lupa nak tutup pintu bila dia dah balik. And i guess, thats why im still here. Waiting for his last goodbye before I can walk without his love in my whole heart. Letting is hard but lagi susah because my other half is fade away since the day he left me. Adakah salah untuk seseorang itu masih lagi bergantung harap dengan sesuatu yang telah meninggalkan dia? Pada aku, ini bukanlah satu kesalahan. Kesalahan adalah apa yang kami lalui sebelum ini dan kesilapan itu perlu dan semestinya akan aku betulkan bila aku dapat peluang kedua (jika diizin Tuhan). Kita mesti tak nak buat kesalahan yang sama since kami berdua dah besar dan aku tak sangka aku dah lalui dua tahun hidup tanpa dia dan masih aku setiap hari tak pernah lupa sebut nama dia. Nama dia adalah satu perkataan yang hati aku tak pernah berhenti sebut sampai aku pulak naik menyampah dan kemudian paksa diri aku untuk berhenti menyebut. Atleast once in a life time, aku nak berborak dengan dia tanpa rasa awkward. Kuikui

Boleh someone cakap dekat Razif, yang aku rindu dia?
Kahkahkah 

Gundu



Aku tak pernah terfikir untuk hilang apa-apa yang aku sayang since i've lost alot of the things that i love! Eheh, but not my very lucky 2016. I've lost my very manja yet garang mucenk, Gundu. After aku dah hilang Abit dan Choky, aku ingat aku tak akan nangis teruk-teruk pasal kucing. And I was wrong! Salah teruk! I was crying like a baby dalam toilet dekat UiTM Shah Alam masa tengah training, ayaq mata tak guna dok turun mencurah-curah sampai bila orang tanya "Kenapa ni kakya?" "Takde apalah, kucing mati je." Heh, nampak tak logik bila aku nangis teruk-teruk sebab kucing but itulah aku. Jangan sembang pasal kucing kalau tak nak kawan dengan aku. Sebab aku suka orang yang suka sembang pasal kucing. Hehe. Especially bila orang tu takut kucing, weh lagi sumpah sedap nak kacau. Bila cakap pasal takut kucing, dua ekor adik aku je aku akan teringat. Nabeyla and Pyka. Dua-dua macam haram hardcore nak mampus perangai tapi manalah dorang dapat influence comel ni? Aku takleh terima tapi aku terima jelah sebab dari awal kenal memang macam tu. Anyway, berbalik pasal kucing ni, Gundu. Aku tahu, aku memang sedih. Tapi aku rasa ibu aku lagi sedih sebab Gundu memang bestfriend ibu. Ibu selalu bersihkan airliur yang masyaAllah busuk k Gundu ni punya mulut. Mak aku akan membebel pasal mulut busuk Gundu sambil bersihkan dengan tuala basah dan mak aku akan acah-acah nak bagi tuala tu dekat muka semua orang. Haha, yang penting dah tak ada dah lawak airliur sebab Gundu dah mati and aku harap mak aku dah tak sunyi. Sebab Gundu takda, bapak aku still ada. Heheh :P





Rindu nak hiking, panjat bukit tinggi-tinggi dari gelap sampailah nampak matahari dan kemudian termengah-mengah dekat atas. Oh, mengah takpa lagi atleast aku tak separuh jalan. Hahaha, aku memang paling tak boleh lupa moment masa panjat Tabur dengan Manja, Padel, Mira 2 (since nama dia sebijik dengan nama aku), and Ciku. Ciku punya perangai paling cibai sekali, takleh brain. Baru 15 minit pertama, dah tersadai duduk atas batu besar. Okay, dia duduk atas batu besar tu bukan topik dia. Topiknya adalah bila dia bukak mulut cakap dengan Padel and Manja, "Weh, korang naik dulu. Kaki aku panas ni." Ahahahahahahhaha, aku memang takleh brain beb apa Ciku cakap. Kaki panas kepala otak dia! Baru 15 minit dan yang paling epik adalah sebelum naik, dia dah warm up dan sempat berbangga diri pasal dia punya fitness masa main futsal! Ahahahahhahaa lawak sial bila fikir pasal Ciku. Even benda ni last year, but aku still panggil dia "CIKU KAKI PANAS"!!! Ahahaha