Thursday 31 August 2017

To My Man who never stop saying "Sorry, tak dapat teman malam ni." bila shift malam, I just love you! Saya faham awak sibuk. Saya juga faham, selain saya awak ada banyak komitmen lain. Saya lagi faham, ini adalah punca rezeki awak, passion awak. Semoga selalu dan sentiasa dimurahkan rezeki, Nescafe. Bila awak cuti, saya belanja nescafe tarik ya?

Wednesday 30 August 2017

Ye ye ye. Aku bila sedih je ingat Kau. Bila aku tak sedih, aku tak ingat Kau. Ye. Aku minta maaf. Aku cuba berubah. Kau penyabar, ye aku tahu. Kau pemaaf, ye aku juga tahu. Yang aku tak tahu, bila aku mati. Kau selalu tunggu aku kan? Aku tak lupa Kau. Aku cuma... leka. Aku minta maaf :'(

Nes. Ca. Fe

Nescafe,

Lucu bila aku ingatkan semula malam semalam. Kita bercerita tentang impian kita. Apa yang kita mahu miliki jika kita ada sejumlah uwang. Kita juga bercerita tentang hubungan yang akhirnya terhenti bila mana sampai satu-satu tempoh masa tertentu dan kemudian kita mula merasa kagum tentang ibu bapa kita yang alhamdulillah masih mempertahankan rumah tangga mereka selepas bertahun-tahun jalani hidup bersama.

Itu, bukanlah apa yang aku lucukan. Yang aku lucukan adalah bila kita mula bercerita tentang kehidupan susah yang pernah kita lalui sampai aku TER-menangis tetapi kau juga ikut menangis sambil memujuk aku untuk berhenti menangis.

Nescafe! Sudah berapa kali aku cakap, kalau kamu menangis aku akan menangis sambil tertawa sebab kamu tak patut menangis kerna kamu lucu bila menangis 😂 kita hentikan tangisan kita kerana kita sibuk mentertawakan antara satu sama lain.

Nescafe! Bagaimanalah kalau Tuhan tidak temukan aku dengan kamu? Terima kasih, kerana semakin lama semakin aku dipenuhi kamu.

Friday 11 August 2017