Friday 15 September 2017

Akulah orang yang loser tu.
Akulah orang yang tak ada apa-apa kebolehan kecuali kebodohan.
Akulah orang yang tak ada jasa dalam dunia.
Akulah orang yang mahu memiliki segala end up tak punya apa.
Akulah orang yang cemburukan skill communication kawan-kawan dengan orang sekeliling sebab aku lebih banyak berdiam dari bercakap bila aku tak kenal orang tu.
Akulah orang yang selalu dianggap "berlagak" "sombong" "kerek" padahal dorang tak faham, aku tak ada keyakinan macam dorang.
Akulah orang yang lebih memendam dari bercerita.
Akulah orang yang tak suka layan lagu happy.
Akulah orang yang akan cari ice cream kalau aku sedih.
Akulah orang yang suka tidur bila aku malas fikir.
Akulah orang yang banyak benda nak kena buat end up tak buat apa-apa.
Akulah
orang
yang
TAK
ADA
KELEBIHAN.

Aku rasa, mungkin ini sebabnya aku lebih banyak menulis dari bercerita tentang sesebuah kegusaran aku.

1. Aku tak pandai bercerita. Aku selalu tergagap dan aku tak pandai nak menceritakan perubahan plot dan cerita tu end up akan hambar dan orang tak rasa apa yang aku rasa

2. Aku tak rasa aku didengar orang. Dia macam, kau tengah berucap dalam sebuah majlis dan tak seorang pun yang dengar apa kau nak cakap. Kau akan rasa, "Baik kau diam, Amirah. Diam. Jangan cakap apa-apa yang cerita apa-apa dekat orang. Takde orang nak dengar!"

3. Aku sendiri :)

The silent is real -_-

Bila Nescafe mula berbual serius dan dengan nada seriusnya dia bertanya, "Bila nak tunang? Saya ada 3 pilihan. Bulan 12 tahun ni bulan 1 atau bulan 2 tahun depan." Selepas habis soalan tu, sunyi... Lalu, Nescafe telah memecahkan kesunyian, "Tak apalah Amirah. Bila awak dah ready, kita borak pasal ni. Ok? Saya tak akan cakap pasal benda ni selagi awak tak buka mulut pasal ni."

Me? *still in silent mood*

Wednesday 6 September 2017

Sebab saya rasa, bukanlah satu kekurangan pun kalau awak tak pernah pergi banyak tempat yang saya pernah pergi. Mungkin... inilah masanya untuk saya bawak awak pergi mana awak tak pernah pergi dan saya pernah pergi. I feel you, bila awak eksaited sangat bila saya cakap "Momo ajak pergi Genting." dekat awak. Cute! Hope fully semuanya okay, sebab saya nak yang okay-okay je untuk awak plus! Untuk diceritakan dekat ibu awak nanti. Once awak sampai kampung! Ehek :p see you soon my Nescafe

Sunday 3 September 2017

Friday 1 September 2017

Saya cuma akan menulis tentang awak bila Nescafe buat saya sedih je. Selebihnya, saya dah buang awak terus dari fikiran saya.