Wednesday, 20 June 2018

Tak payah tajuk. Kau nak baca, kau baca

Sebagaimana kita seorang manusia, kita haruslah saling memahami dan beralah di dalam beberapa hal. Meski rela mahupun tidak. Ada perkara, kita harus membelakangkan kehendak dan nafsu sendiri demi memenuhi keperluan dan kehendak orang lain. Tidak kira suami/isteri, adik-beradik, saudara-mara, teman sekerja, atau sesiapa sahaja. Kita pasti akan ada masanya berkecil hati dan merasa tidak puas apabila keinginan kita tidak dipenuhi. Ya, benar. Kita mudah berkecil hati meski di atas hal-hal yang remeh temeh tambahan pula apabila ianya melibatkan orang yang kita sayang. Kita akan rasa tidak disayangi, dibelakangkan, tidak diutama, ya katakan apa saja perkataan yang boleh menggantikan rasa sedih kita. Terserah. Namun! Kita juga harus sedar, bahawa mereka juga mempunyai perasaan, mereka juga ada tanggungjawab yang harus dipegang, dan selain kita ada orang lain yang bergantung harap pada mereka. Oleh sebab itu, kita haruslah pandai meletakkan diri, kesedihan, atau kehendak kita di mana kita harus ekspresikan di mana kita harus simpan. Ada benda yang harus di simpan buang dan ada juga yang harus di luah dengar. Tetapi haruslah di masa dan keadaan yang tepat. Harus menitikberatkan perasaan yang lain juga.



Sebagai contoh, isteri mahu beraya di kampung isteri. Suami sudah bawak isteri pulang ke kampung untuk beraya. Namun, malang tidak berbau. Pada malam raya, suami mendapat panggilan mengatakan emak suami tidak sihat dan suami harus pulang ke rumah untuk melihat emaknya yang mungkin hidup mungkin tidak keesokan harinya. Namun, isteri merasa tidak berpuas hati dengan tindakan suami yang ingin pulang dan melawat emak suami. Isteri menarik muka tanda tidak setuju dengan perancangan suaminya. Namun rajuk isteri tidak dipedulikan suami malahan suami bergegas mahu pulang dan melihat keadaan emaknya. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, isteri tidak bercakap sepatah perkataan kepada suaminya termasuklah anak-anaknya. Pada masa itu apa yang disibukkan isteri adalah memuat naik status yang mengatakan betapa sedihnya dia tidak dapat beraya bersama keluarga, betapa dia merasakan bahawa 2018 ada tahun yang paling buruk buatnya, betapa sedihnya kerana dia tidak dapat menghabiskan masakannya yang tertunggak akibat terpaksa pulang mengikut suami. Perjalanan yang panjang dan senyap itu diteruskan sehingga mereka tiba di destinasi mereka iaitu hospital. Pada waktu itu mereka tiba pada jam 2 pagi. Sudah tentu waktu melawat sudah tamat dan mereka tidak dapat melihat emak dan nenek mereka yang sedang bertarung nyawa di wad. Isteri masih lagi dengan ego dan ketidakperikemanusiaannya. Isteri mengambil tempat duduk yang paling jauh di antara saudara-mara yang ada. Namun tidak seorang pun saudara mara yang menegur isteri lalu isteri menggambil tempat disebelah anaknya lalu menidurkan diri. Mungkin untuk mengurangkan rasa marahnya, entah. Tidak dapat dikenalpasti. Kedinginan itu berterusan sehingga 3 hari. Pada waktu itu, emak suami terpaksa di bawa pulang ke rumah kerana itulah yang terbaik. Eloklah dibacakan surah Yassin kepada emak supaya segala kesakitan yang singgah terbang pergi dan merehatkan emak suami dalam keadaan yang paling baik. Emak suami pulang ke pangkuan Cintanya setelah beberapa jam tiba di rumahnya. Suasana pilu mula memenuhi ruang tamu rumah tersebut. Ada yang menangis, ada yang hanya duduk memandang dari jauh, dan ada juga yang terus mendirikan solat sejurus mengetahui kehilangan emak suami. Isteri kelihatan sedih. Menangis kehibaan atas kehilangan emak suami. Bengkak-bengkak matanya. Seperti tidak dapat menerima kehilangan itu. Sedih, ya sedih melihat dirinya. Namun isteri tetap membantu dalam mengususkan mayat emak suami sehingga selesai proses akhir iaitu dikebumikan. 



Selepas 3 hari tahlil dilakukan di rumah, isteri mengajak suami pulang ke rumah mereka. Suami tanpa berkata banyak, menuruti kehendak isteri. Namun sebelum pulang ke rumah mereka, isteri menarik muka kerana suami sedang sibuk berbual bersama ahli keluarganya. Sehingga mereka lewat pulang ke rumah. Di rumah, isteri bersikap dingin dengan semua orang. Namun, tidak ada siapa yang mahu melayani kerenah isteri yang dingin. Mereka malas mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sedia tidak baik. Pagi keesokannya, anak ke dua mereka turun ke bawah untuk membuat sarapan. Ke dua melihat ibunya yang sedang berbaring di hadapan televison. Ke dua mula ajak ibunya berbual namun di layan dingin. Kata ke dua di dalam hati "Argh sudah, malas aku nak layan kalau perangai macam ni.." Lalu ke dua pun meneruskan misinya di dapur iaitu membuat sarapa untuk memenuhi kehendak perutnya. Setelah selesai, ke dua mengambil alat kawalan jauh untuk menukar siaran selepas ke dua mendapati cerita yang di tonton ibunya sudah tamat. Apabila ke dua mengambil alat kawalan jauh tersebut, ibunya mengatakan sesuatu yang menaikkan darah ke dua! Ibunya mengatakan "Dah lah tak beraya, tak dapat tengok cerita raya...". Kedua yang malas ingin melayan kerenah ibunya terus bersiap dan keluar dari rumah tersebut. Ke dua tidak sanggup duduk di rumah tersebut kerana pada ke dua, ianya akan mendatangkan dosa dan mencabar kesabarannya. Lalu keluarlah ke dua dari rumah tersebut dan menuju ke rumah emak suami (neneknya). 


Ada perkara buruk disampaikan oleh ke tiga. Ketiga katakan apa yang di pos oleh ibu mereka telah menjadi buah mulut di antara keluarga mereka. Apa yang memalukan dan lebih melukakan adalah apabila salah seorang dari makcik mereka berkata "Kalau tak nak beraya dengan kitorang lepas-lepas ni pun takpe. Dah berapa tahun hidup, tahun ni je tak beraya apa ada masalah." Ke dua dan ke tiga malu dengan apa yang dikatakan oleh makcik mereka kerana sudah tentu makcik mereka mempunyai pandangan yang tidak baik terhadap ibu mereka. Namun, apa yang boleh mereka nafikan? Sedangkan mereka sendiri merasakan hal yang sama. MEMALUKAN!



Melalui apa yang terjadi, kita haruslah mengambil pengajaran di mana, kita tidak boleh mementingkan diri sendiri! Kita harus hormat orang disekeliling kita. Kalau kita tak boleh nak hormat suami kita, sekurang-kurangnya hormatlah mak mertua kita yang baru meninggal tu. Bukan pentingkan raya kau. Bukan pentingkan diri kau dan keseronokkan yang kau angan-angankan sebelum balik kampung tu. Hormat orang yang baru kehilangan orang yang dia sayang! Kalau kau tak sayang, tu hak kau. Tapi dia sayang! Kita memang ada masanya nak dahulukan kehendak kita dari orang sekeliling. YES! Memang! Tapi ini adalah isu kematian. Kematian bukanlah isu yang boleh dijadikan bahan persenda atau apa pun! Ingatlah, waktu ayah kau sakit, suami kau jugak yang bawak kau balik kampung. Dia ada kerja, dia hantar kau balik pastu dia patah balik sebab dia tahu kau takut naik bas sensorang! Itu pun kau tak boleh fikir ke? Manusia ke apa kau ni? Jangan mendahulukan ego kau, sedangkan ada orang sudi nak menangkan ego kau. Jangan sampai nanti kau tak di pandang langsung, baru kau tahu waktu tu kau bukan sesiapa. Kau nothing. Kau loser! Hidup kau bergantung dengan suami kau. Tapi perasaan suami kau, kau tak boleh fikir!





I'm done.

  

No comments:

Post a Comment