Thursday, 12 April 2012

Kali Tiga

Saya telah dicurangi untuk kali yang ketiga oleh susuk tubuh yang sama. Dan untuk yang ketiga kalinya saya masih belum bertemu, mana pintu "PUTUS ASA".

Degil

Sekeras kerasnya aku,
Segagah gagahnya aku,
Sekental kentalnya aku,
Sebrutal brutalnya aku,
Sehardcore hardcorenya aku,
Dalam aku,
Ada satu bahagian.
Sekali dijentik,
Habis punah ranah.
Itu daerah jiwa.
Puas aku kerah dalam supaya ikut bontot luar.
Tapi dia degil, dia tak mahu.

Wednesday, 11 April 2012

Ada duit, semua jalan

Kalau dulu aku fikir cinta ni macam sistem barter. Kau suka aku, aku suka kau. Okay, boleh go on. Tapi sekarang dah lain. Duit pun mampu beli cinta. Rupa tolak tepi. Buruk kau, busuk kau, pandang pun tak mahu. Yang penting duit. Ada duit, semua jalan.

"Saya dah saksikan depan mata saya sendiri. Anda bila lagi?"

Perempuan

Saya perempuan.
Dan saya juga bermaruah.
Saya tak akan sesekali,
Menggugurkan maruah saya,
Yang selama ini saya pasakkan besi2 tajam ditepi,
Yang saya letak paling tinggi,
Yang saya jaga rapi,
Semata cuma untuk lelaki,
Semacam awak.

Awak tak layak jadi nakhoda jiwa saya.
Sebab awak sendiri tersesat.
Tak tahu mana nak tuju.
Pendirian tak teguh.
Senang melayang macam tisu.
Patut perangai macam hantu.