Wednesday, 15 August 2012

Baby


Baby, i miss you so much!
Call me, beep me, im waiting.
Since 2008 and forever will be.

Habit, mungkin..

Di dalam pekatnya malam,
Di atas tilam empuk pinjam,
Tak kira penat atau tidak,
Di hadapan aku,
Ada laptop, juga dipinjam.

Apa yang aku buat seterusnya?
Aku tekan butang switch on,
Aku lari masuk bilik,
Ambik purse dalam beg.

Keluarkan pendrive yang kau hadiahkan,
Dengan niat mahu imbas semula,
Video sempena hari jadi aku.
Aku putar berulang kali,
Lenguh aku senyum..

Setelah puasnya tersengeh,
Aku tarik balik pendrive,
Aku masukkan semula kedalam purse,
Aku switch off laptop,
Aku melangkah masuk ke dalam kamar,
Aku lelap mata.

Terima kasih, Abang.

Keterbiasaan


Dah jadi kebiasaan,
Aku buat apa aku suka,
Aku langgar apa orang larang.


Permaisuri

Dulu kita tak pernah berkawan baik,
Bila kita duduk berdua,
Itu suatu yang pelik.
Tapi sekarang, bersembang dua,
Tangis tawanya bersama,
Satu kewajipan.

Kita jarang duduknya rapat,
Pasti ada jurang sebesar longkang ditengah,
Kita macam musuh,
Pantang dekat,
Pastinya bertekak.
Tapi sekarang mungkin angin pun tak bisa lalu,
Kerana kita jurangnya tiada.
Asyik sungguh dalam pelukan..

Kita jarang bermesra,
Yang kite kerap itu bergocoh,
Ada saja yang tak senang dilihat,
Ada saja yang menjelekkan,
Menjengkelkan.
Sekarang lain..
Hampir setiap hari kita berbual di telefon,
SMS bila senang.

Dulu aku simpan semua rahsia,
Amarah aku, seorang diri.
Sekarang aku punya teman,
Untuk mengadu,
Menyandar bahu,
Bila aku sedih senang.

Dia teman terbaikku,
Dia juga permaisuri aku.
Tak lupa juga, dia Ibu aku.

Selamat Hari Lahir Ibu. Mungkin dulu kita tak seakrab sekarang. Tapi, syukur sekarang semua kita kongsi sama2. Kakak mintak maaf atas semua salah. Kakak sayang Ibu. Mungkin tak pernah beritahu, tapi kakak harap ibu tahu. Terima kasih sebab jadi ibu yang terbaik :')