Berfikir, menulis didalam jamban lain rasanya.
Entah kenapa, didalam tempat syaitan bermesyuarat,
Jari aku rancak berjoget.
Mungkin ini saja tempat yang aku punya ruang.
Sendiri..
Dalam kesempitan ruang,
Segerombolan idea2 yang gemuk datang bertandang.
Ada seekor idea mencucuk idea dengan rakus,
Ada juga seekor idea menghentam kepala otak aku dengan idea yang luar biasa.
Terperasan aku,
Ada seekor idea yang menjahit benak aku,
Dengan sesuatu yang aku tak pernah terfikirkan.
Dihunus dengan pena,
Jemari aku.
Dan bagaikan darah,
Idea mengalir deras,
Mencomotkan helaian putih yang sebelumnya suci.
Mungkin idea yang terluah dari ruang sempit ini akan dipandang jijik. Kerana berkemungkinan besar idea2 bangang ini semua dari bisikan syaitan. Tapi, siapa peduli? Aku? Aku tak kisah. Kau? Siapa kau nak mengatakan ini bisikan dari syaitan? Apa kau nampak, macam mana gayanya syaitan berbisik? Kalau tak, baik kau kunci bibir. Dan hayatilah apa yang kau panggil IDEA DARI SYAITAN.
Saturday, 6 October 2012
Oksigen Cinta
Pek dan Anu sedang berduaan diruangan apung cinta. Pek dan Anu berbaring menonton langit.
Kelipan bintang, sebulat bulan, sungguh indah malam itu. Semasa bernafas, terasa seperti menyedut oksigen yang terkandung cinta sarat. Hati Pek dan Anu menggemuk2 cintanya. Tiba2 senyap menyelit..
Selang 5minit, Pek ajukan soalan pada Anu.
Pek: Sampai bila kau akan sayangkan aku, Anu?
Anu: Sampai sana. *sambil jari menunding ke arah langit*
Pek: Hah? Sana? Langit?
Anu: Aku akan sayangkan kau sampai kelangit. Bila mana jika aku mati dahulu sebelum kau, aku akan tetap memerhatikan kau dari sana. Aku mahu perpimpingan tangan dengan kau. Menuju ke syurga. Aku akan cintakan kau, sampai syurga.
Lantas Pek terus mendakap Anu. Tiada sepatah pun ayat yang terkeluar dari mulut Pek. Pek menangis sepuas puasnya. Dalam dakapan Anu.
Anu: Pek, kau bidadari aku. Kuat impian aku, untuk berpimpin tangan denganmu, ke syurga Tuhan.
*DIAM*
Selepas beberapa minit, Pek mula menggerakkan bibir.
Pek: Aku akan menjadi permaisurimu. Bidadarimu. Aku mahu berpimpingan dengan mu. Melangkah ke syurga Tuhan. Aku sudi..
THE END

Friday, 5 October 2012
Langkah
Setiap kali melangkah,
Setiap kali itu juga hati meluruh.
Dan disetiap kali melangkah,
Setiap kali itu juga aku kutip hati aku.
Setiap kali itu juga hati meluruh.
Dan disetiap kali melangkah,
Setiap kali itu juga aku kutip hati aku.
Wednesday, 15 August 2012
2009-2012.
Aku masih punya dia,
Masih on the phone di pagi hari,
Sampai menimbulkan kemarahan adik aku.
Aku masih punya dia,
Masih keluar bersama,
Masih tak sabar menanti dia pulang ke Kuala Lumpur.
Aku masih punya dia,
Masih ada teman untuk bercakar,
Masih tersenyum bila bersua biarpun luka.
Aku masih punya dia,
Masih di pujuk dengan aiskrim,
Masih tak dibiarkan menangis seorang.
Aku masih punya dia,
Masih ketawa bersama,
Masih juga menangis bersama ditalian.
Aku masih punya dia,
Masih ada teman mengadu,
Masih ada sipenderma bahu.
Aku masih punya dia,
Masih diperkenalkan sebagai kekasih,
Masih juga dipanggil "baby".
Aku masih punya dia,
Masih punya peluang keluar dengan keluarganya,
Masih boleh datang bermain dengan adiknya sesuka hati.
Aku masih punya dia,
Masih dia temankan bila ketempat keramaian,
Masih aku ditempatkan dihadapan supaya aku nampak apa atas pentas.
Aku masih punya dia,
Masih aku lapkan hingusnya,
Masih aku risau tentang kesihatannya.
Aku masih punya dia,
Masih bergambar dengannya,
Masih diari aku bertulis tentangnya.
Aku masih punya dia,
Masih gambar aku dalam dompetnya,
Masih aku dibisik rindu.
Takda ending yang sesuai.
Sorry..

Subscribe to:
Posts (Atom)