Saturday, 31 August 2013

Wayang Pacak

Kekasih,
Tahukah engkau disaat ini aku sedang menonton wayang pacak.
Wayang yang aku pacakkan dalam imiginasi menggila.
Kamu sebagai pelakon utama.
Dan aku satu-satunya penonton setia.
Cerita ini mengisahkan tentang kamu yang lena ketiduran.

Aku masih ingat lagi posisi kamu sewaktu tidur.
Tangan di atas kepala.
Mulut sedikit ternganga.
Mata terbuka separa.
Liur leleh selesa.
Tahi mata sepah merata.

Aku tersenyum seorang diri.
Bagaimana seorang lelaki yang di dunia siangnya tampak kuat,
Bila malam manja kalah bayi.

"Maafkan aku kerana aku mungkin seorang kaktus yang menyakitkan jika kau dakap,
Tetapi percayalah sayang, sayang aku luas tak terdakap."

Friday, 12 July 2013

Waiting

Pegang.
Letak.
Tenung.
Pegang.
Letak.
Tenung.
Pergi toilet.
Balik toilet.
Tenung.
Pegang.
Letak.

Ternyata masih tiada pesanan ringkas yang memecahkan dara inboxku yang sedari subuh sunyi. Terbiar.
Apa lagi panggilan telefon.
Ayuh! Lucutkan selimut sunyi ini ayuh kita berdansa di medan cinta.

"Nanti piggy back lagi, boleh?"

Friday, 5 July 2013

Kongsi

Rasa yang dulunya di simpan rapi,
Sendiri-sendiri,
Kini ada teman berkongsi,
Tanpa curiga mahupun sangsi,
Aku mahu terus berkongsi rasa ini,
Sampai ke mati,
Jika di izin Ilahi.

Thursday, 23 May 2013

Persis

Kau tahu?
Macam mana rasanya bila putus cinta?
Rasa dia macam...
Macam kau baru habis nonton cerita hantu di lewat malam.
Selesai nonton, kau baring atas katil.
Kau cuba lelap mata, tapi gagal.
Malam tu, serba tak kena.
Kau paksa diri pejam mata.
Bila saat kau pejam, kau terbayang.
Lalu kau buka mata kembali.
Sampai satu saat, kau dah tak terlaratkan.
Mata kau akan terpejam dengan sendirinya.
Dan bila mana tiba giliran mentol siang memanjat tinggi,
Kau buka mata.
Dan...
Perkara pertama yang kau akan terfikirkan adalah benda terakhir yang kau terfikirkan sebelum lelap mata.
Memburu dirimu.
Menakutkan lewat malammu.
Mengganggu tidurmu.