Dear savior,
Come here.
And safe me.
I'm drowning.
I'm calling you darling!
Can't you hear me?
Please!
Come and safe me.
I'm drowning.
I'm drowning.
I'm drowning.
Sunday, 13 October 2013
Saturday, 12 October 2013
Who am I to you?
Raut itu tidak seperti biasa, Ada tompok-tompok duka, Hadir bersama bayang derita, Bagai ada yang tak kena. Pernah cuba ditanya, Tapi di balas selamba, Semuanya baik saja, Cuma sibuk dengan kerja. Setiap soalan yang diaju, Dibalas bagai peluru, Kenapa tanya ini dan itu, Kata dia itu bukan urusanku. Aku duduk diam berteleku, Tertanya sendiri apa berlaku, Apa perlu dia balas begitu, Kalau ada salahnya aku. Aku ini siapa? Apakah cuma perempuan sementara? Yang di seru puja bila suka, di buang jauh tika tak didamba.
Mimpi Si Bunian
Lembut
angin itu merangkul batang tubuhku.
Bagaikan
cintamu yang merasuk diriku.
Aku
merasa setiap hadirnya cintamu.
Namun
tak mungkin tergenggamkan aku.
Khayalanmu
yang menjemput aku ke mari,
Seruanmu
membuatkan aku enggan pergi.
Aku mahu
tetap terus di sini menemani,
Kerna
disejak adanya kamu aku berasa terisi.
Tiada
lagi sepi yang sering menggigit diri.
Anganku
terlalu tinggi menjangkau langit,
Sehingga
terlupa aku untuk menampi,
Mana
realiti mana fantasi.
Aku
hanyalah anganan tuamu,
Mana
mungkin dapat bersatu.
Thursday, 10 October 2013
Missing
Mengulang tayang video kita, sudah.
Melihat semua gambar berdua, sudah.
Menghidu t-shirt kepunyaan kamu, sudah.
Menyusuri jalan yang selalu kita lalui, sudah.
Makan makanan kegemaran kamu, sudah.
Minum air barli kesukaan kamu, sudah.
Mendengar lagu wajib kamu, sudah.
Menyanyi joget lagu kita berdua, sudah.
Khabarkan pada aku,
Cara apa yang paling mujarab
Untuk aku merasa adanya kamu di setiap saatku?
Dan malam ini seperti malam-malam sebelumnya, baju kamu selamat menjadi mangsa hembusan hingusku.
Lagi.
Melihat semua gambar berdua, sudah.
Menghidu t-shirt kepunyaan kamu, sudah.
Menyusuri jalan yang selalu kita lalui, sudah.
Makan makanan kegemaran kamu, sudah.
Minum air barli kesukaan kamu, sudah.
Mendengar lagu wajib kamu, sudah.
Menyanyi joget lagu kita berdua, sudah.
Khabarkan pada aku,
Cara apa yang paling mujarab
Untuk aku merasa adanya kamu di setiap saatku?
Dan malam ini seperti malam-malam sebelumnya, baju kamu selamat menjadi mangsa hembusan hingusku.
Lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)