Ada kalanya aku terlupa;
Kau memang zahirnya seorang lelaki.
Yang seharusnya membimbing aku.
Memperlakukan aku seakan permaisuri.
Berlembah lembut disetiap saat dengan aku.
Tetapi aku?
Apa pula layanan aku ke atas kau yang memanjakan aku?
Membelai aku?
Tahi.
Ya, aku lempar tahi di atas haruman flora yang kau taburkan untuk menjadi alas telapakku.
Ya, sayang. Ya, aku bodoh. Masih bodoh dalam menjalani hubungan yang berbentuk cinta. Aku bentakkan segala. Aku pekikkan semua. Tetapi kamu tetap aja berlembut. Memanjakan.
Argh!
Aku bodoh! Aku lupa! Kamu memang lelaki, tetapi kamu masih menyarung sebentuk hati.
Terima kasih,
Kerana terus memaafkan & terus mencintai.
Monday, 21 October 2013
Him
Dan bila tiada patah-patah kata yang mampu membentang selembar ketenangan pada jiwa gusar, akhirnya aku kembali pada yang itu. Bahasa Tuhan yang Esa.
Gifted
Izinkan aku bertanya;
Apakah ini pekerjaan tetap kamu?
Atau ini sebahagian dari kemahiran kamu?
Mengetuk hati Si Bendul.
Memaku sabda-sabda indah.
Menukul rindu pada jiwa basah.
Membenam cinta ke sudut terdalam.
Memahat deria agar berkompaskan kamu.
Dan kemudian pergi seolah tiada apa yang berlaku?
Tepuk tahniah untuk kamu, celaka!
Subscribe to:
Posts (Atom)