Friday, 24 October 2014

BUBBBB

Ada satu detik dimana aku mahu sendiri menyepi dan sendiri. Aku semakin jelak dengan dunia yang semakin hari semakin dipenuhi dengan manusia topeng-topengan.

Persoalannya, adakah aku punca manusia disekeliling memasung topeng atau mereka sedari mula sudah merencana sesuatu sehingga aku terlupa manusia topeng-topengan sedang mengelilingi aku.

--------- menanti masa yang sesuai dan BANG!!!!!!!!

Sepasang telinga gegendangnya masih berfungsi menangkap suatu bunyi, dan

BUBBBBBBBBB----------

Hati terjatuh.

Thursday, 9 October 2014

Celaka kuasa dua

Maaf kalau aku perempuan paling celaka yang pernah masuk dalam hidup kamu, tapi kamu juga perlu tahu kamu adalah lelaki paling celaka pernah muncul dalam hidup aku. Kita fair kita square kita sama-sama celaka. Haha, manisnya kita. Kan Sayang kan?

Kalau Tuhan dah kata bukan, kenapa kau nak melawan? Ye, aku tahu. Kau cuba untuk ikhtiar sebab kau tahu Tuhan tak bagi semuanya depan mata. Yes, aku setuju. Tapi, kau kena sedar nanti kau akan jumpa satu titik, dan dititik itulah kau harus sedar kau perlu berhenti.

Selepas kamu, aku.

Asal kamu tahu, setiap kali aku menyedari bahawa aku trlah menyakiti kamu, aku adalah manusia yang paling sedih selepas kamu.