Friday, 14 November 2014

Damn sad.

Apa gunanya hidup berpasangan, akhirnya kau ditinggalkan kesedihan berseorangan.

Wednesday, 12 November 2014

Manusia 1, 2, 3.

Dalam dunia ni ada jenis manusia 1 suka manusia 2. Tapi manusia 2 tak tahu. Sebabnya manusia 1 pun tak pernah confess yang dia suka manusia 2 tu. Manusia 2 ada boipren dan baru memutuskan hubungan. Manusia 1 banyak kali cuba nak masuk line sedari dorang awal sampailah penamat. Manusia 1 gagal meluahkan perasaan dengan kata-kata cuma manusia 1 menunjukkan kasih. Manusia 1 buat macam-macam untuk manusia 2 tetapi manusia 2 tidak menganggap apa-apa cuma bantuan dari kawan-kawan sahaja. Pada suatu hari, manusia 1 tidak dapat menahan perasaannya. Manusia 1 menghubungi manusia 3. Manusia 3 adalah manusia yang tidak sebegitu akrab dengan manusia 1 tetapi siapa sangka manusia 3 punya perasaan terhadap manusi 1. Tetapi manusia 3 tidak pernah menyatakan perasaannya terhadap manusia 1. Manusia 1 menghubungi manusia 3 untuk meluahkan perasaannya kekecewaannya dan kesedihannya kerna cintanya ditolak oleh manusia 2. Dia jatuh dan dia malu kerana dia telah berkongsi rahsia dengan manusia 3. Manusia asing dalam hidupnya. Manusia 1 menyukai manusia 2 sejak dahulu lagi. Sejak sekolah rendah. Walaupun pernah punya teman wanita, manusia 1 tetap mencintai manusia 2 dengan sepenuh hatinya. Bermacam-macam yang diceritakan eh manusia 1 dan manusia 3?

"Even bukan aku yang dia suka, aku dah cukup bersyukur aku orang yang dia percaya. Thank you for trusting me, i l y and i'll pray for your hapiness."

Dan bibir pun senyum

Maaf kalau aku hanya memuja kamu didalam senyap kerana aku percaya Tuhan lebih mengerti dari satu pun manusia di dunia dan aku juga tidak mahu mengecewakan hati-hati yang turut merasakan apa yang aku rasa dan aku juga tidak mahu pendekatan kita sebenarnya menjauhkan kita.

Terima kasih, dan aku?
Senyum sampai tidur.

Friday, 7 November 2014

Pinjam sekejap, boleh?

Aku cuma butuh sepasang telinga, oh bibir boleh tinggal sebentar kerana aku cuma butuh telinga untuk mendengar bukan bibir yang memberi jawapan/kata semangat/letak salah atas diri aku/ dll.