Wednesday, 13 January 2016

Saya masih mencari satu orang yang akan selalu duduk disebelah saya untuk menikmati kopi dalam cawan kecil dan semestinya secawan kopi kaw-kaw-kaw. Yeap, baca lagi sekali. Sebelah saya. Bukan dihadapan saya. Saya lebih suka bersebelahan. I do like to land my hand di atas peha jejaka pilihan saya dan ofcoz saya harap dialah suami saya. Hehe.

Monday, 11 January 2016

Kita satu famili sedang survive untuk hidup. Tapi tak apa, kita satu keluarga masih berpegang dan percaya dengan janji Tuhan. Dia tak akan menduga lebih daripada kemampuan kita. Satu kesenangan Dia ambil, mungkin untuk mengingatkan kita bahawa kesenangan itu tak selamanya kekal. Alhamdulillah, kalau Dia mahu kita semua berbalik pada Dia, Dia sudah berjaya. Terima kasih, Ya Rabb ♥

Ibu sepertinya mengupah satu pasang mata untuk mengekori aku. Selain mengupah sepasang mata, ibu juga telah merasuah hati aku untuk memberi info kondisi aku sehari-hari. Entahlah, macam mana nak buat ibu stop menyogok setiap satu bahagian tubuh sebab aku ada banyak cerita tak pernah missed untuk diceritakan kepada ibu.

Ibu usahlah risau, anak dara ibu KUAT. Dia boleh hidup sendiri, berdikari. Dia boleh sebab dia tahu di dalam doa ibu dan abah pasti ada nama anak ibu abahkan?

Apa-apa pun, alhamdulillah. Dah tak marah-marah. Kihkih

Cantiknya sesebuah hubungan apabila sesebuah hubungan itu mencantikkan hubungan dengan Allah. I know, mungkin bukan sekarang. Maybe later. Saya sedang berusaha menahan diri saya dari larangan Tuhan. Semoga kamu, kita pun sama turut berperang dengan nafsu dunia. Harapnya, di akhir cerita, kita menemukan kemenangan dan di situ, Tuhan menemukan kita dan cinta.

Have faith,

Salam.