Wednesday, 30 August 2017

Nes. Ca. Fe

Nescafe,

Lucu bila aku ingatkan semula malam semalam. Kita bercerita tentang impian kita. Apa yang kita mahu miliki jika kita ada sejumlah uwang. Kita juga bercerita tentang hubungan yang akhirnya terhenti bila mana sampai satu-satu tempoh masa tertentu dan kemudian kita mula merasa kagum tentang ibu bapa kita yang alhamdulillah masih mempertahankan rumah tangga mereka selepas bertahun-tahun jalani hidup bersama.

Itu, bukanlah apa yang aku lucukan. Yang aku lucukan adalah bila kita mula bercerita tentang kehidupan susah yang pernah kita lalui sampai aku TER-menangis tetapi kau juga ikut menangis sambil memujuk aku untuk berhenti menangis.

Nescafe! Sudah berapa kali aku cakap, kalau kamu menangis aku akan menangis sambil tertawa sebab kamu tak patut menangis kerna kamu lucu bila menangis 😂 kita hentikan tangisan kita kerana kita sibuk mentertawakan antara satu sama lain.

Nescafe! Bagaimanalah kalau Tuhan tidak temukan aku dengan kamu? Terima kasih, kerana semakin lama semakin aku dipenuhi kamu.

Friday, 11 August 2017

Thursday, 20 July 2017

Sunday, 2 July 2017

Manusia, tak kira macam mana buruk jelek pun kita. Kita tetap berharap, akan ada orang yang baik untuk kita. Mak ayah kita, dah tentu tak akan ada siapa boleh lawan depa. But, when it comes to future, our partner, ianya agak menakutkan. Aku selalu tanya, "Macam mana seseorang itu mendapat keberanian untuk menikahi seseorang itu?" And now, aku rasa jawapannya ada pada diri sendiri dan selebihnya kita berdoa dan bertawakal. Bila kita sedia dan berlapang dada untuk menerima seseorang yang sumbing dan jelek, mungkin saat itu adalah saat bila kita mulai sedia. Berpasangan, dengar seronok tapi aku tahu ianya sukar (kalau buat seorang). Kalau buat berdua, semuanya insha Allah akan lebih mudah. Mari berdoa yang terbaik untuk kita berdua. At the end, apa yang di tulis Tuhan juga terpaksa kita akurkan.