Moga Allah mengikhlaskan hati aku,
Dalam melepaskan dia untuk mencari bahagianya.
Terima kasih Tuhan,
Kerana meminjamkan hati dia,
Untuk dipakai aku.
Walaupun untuk sementara cuma.
Terima kasih untuk 3 tahun dan 7 bulan yang tak terbeli aku.
Mohon diikhlaskan apa yang aku lepaskan.
Insyaallah..
Tuesday, 17 April 2012
Bayang Aku
Berubah mana pun mimik muka kita,
Tak mungkin sekali merubah hati kita.
Rindu aku pada kamu.
Si bayang2 ku.
Dimana saja ada aku, 90% ada kamu.
Aku rindu menangis ditepi longkang bersama2.
Aku rindu bertepuk tampar bersama2.
Aku rindu melihat muka masing2 lalu ketawa bersama2.
Banyak sudah kita jalani bersama.
Moga kita tetap utuh, teguh walau dalam menjalani kedewasaan.
Sayang aku pada kamu mana mungkin manusia lain bisa tandingi *hugs*
Takut
Aku si pengkhianat rasa.
Pada si dia.
Si penabur jasa,
Si penambah perisa jiwa,
Si pembelai jiwa dan raga,
Si pemeluk hati semerah saga,
Maafkan aku.
Disetiap tahi yang dah aku palitkan pada kamu.
Andai saja kamu tahu,
Kehilangan kamu begitu menakutkan aku..
Cuma kita yang faham kita-kita
Kita ibarat kiri dan kanan.
Mata kiri yang merenung tajam mata kanan.
Telinga kiri yang betul peka bisik telinga kanan.
Tangan kiri yang memimpin erat tangan kanan.
Langkah kaki kiri yang gagah mengejar langkah kaki kanan.
Kita begitu saling melengkapi.
Kita amat saling memahami.
Kita paling mempercayai kita yang empat.
Kita begitu cinta sama kita2.
Mungkin masa cemburukan kita,
Sampai dia tak benarkan kita tertawa bersama,
Menangis bersama lagi,
Seperti yang kita sepatutnya berkongsi sama.
Dari apa jua rasa.
Moga Tuhan cantumkan semula hati kita yang sudah bersepah,
Agar bisa menjadi satu,
Seperti mana yang kita dah terbiasakan.
Dulu.
Aminnnnnn...
Subscribe to:
Posts (Atom)



