Wednesday, 28 October 2015

Aku mahu lari dari tempat ini. Aku mahu lari dari dunia ini. Dunia ini terlalu bringsik dan membingungkan. Aku mahu lari dari semua. Aku mahu menyendiri. Aku mahu berada di satu tempat yang cuma aku seorang saja di tempat itu. Aku mahu bersenang-senang di sana tanpa memikirkan hal-hal yang berlaku di tempat ini. Aku mahu bebas meskipun kakiku berantai namun yang telah dipenjarakan lama, jiwaku.

Aku harap ibu dan abah tak pernah penat atau mengeluh besarkan aku sebab aku masih mencuba untuk menyenangkan hati mereka.

Thursday, 22 October 2015

Magis

Bila aku baru ucap selamat malam di instagram buat Ciku, kemudian aku dapat panggilan dari Ciku. Huargh 😂

Tuesday, 20 October 2015

Hihi

Lega rasanya bila kita buat sesuatu yang kita memang nak buat. Mungkin malu sekarang, but atleast sebelum kita tutup mata dan mungkin tak akan buka mata semula, kita dah buat apa kita nak buat. Macam apa saya buat harini, saya text awak dan kata "Saya rindu awak!" Tak malunya! Rasa rasa paling tak malulah seumur hidup saya. Tapi memang rindu. Tapi saya faham, awak busy! Selamat menghabiskan apa yang awak mulakan. Semoga Tuhan memberkati awak, selalu :)

"Awak biskut sultan yang ada kismis tu. Manis."