Friday, 27 December 2019

Wednesday, 29 August 2018

Kamu adalah sesuatu yang tidak aku dustakan. Tidak perlu aku mencuba sedikit pun, kamu sudah ada tempat di hati aku. Ya Allah, jika dia bukan orang yang tepat untuk aku menjalani hidup ini. Untuk memimpin tangan aku ke alam lebih bahagia, bisiklah pada ku Ya Allah supaya aku tidak lagi bersedih seperti dahulu. Aku tidak lagi mahu berharap pada yang sia-sia. Ya Allah, tidak ada cara lain untuk mengucapkan syukur kepadaMu selain menadah tangan melihatkan betapa besarnya Kamu dengan hadiah "rasa" yang kau berikan padaku. Ya Allah, Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang buruk dan baik buatku. Allah, aku berserah semuanya ke atas kamu. Ya Allah, terima kasih untuk semua ini :')

Wednesday, 20 June 2018

Dari manalah asal lelaki ini? Suara dia, cara pembawakan dia, personalitinya, mendamaikan. Aku jadi ingin berpeluk dengan dia selamanya. Jadi tak mahu berenggang sedikitpun biar aku terus boleh merasai hangat tubuhnya terus mendamaikan tubuh aku yang tidak tenang ini.

Tuesday, 19 June 2018

Kejatuhan yang tidak di rancang

Entah kenapa, pada hari itu. Benar. Ianya sungguh berbeza. Berbeza sejak empat tahun yang lalu. Sewaktu aku pertama kali bertemu dia. Hari itu, telah membawa aku ke hari-hari yang berlainan dari sebelumnya. Ia telah mendatangkan satu perasaan yang asing namun menyenangkan. Buat pertama kalinya aku merasakan, enaknya berada di sekeliling kamu. Untuk melihat jenaka bodoh kamu, melihat kamu tertawa, melihat gelagat kamu yang di pandang jelek oleh kawan-kawan kamu, tetapi entah kenapa begitu menyenangkan hati aku. Kembali ke empat tahun sebelumnya, buat kali pertama aku melihat kamu, jujur aku tidak pernah menyukai kamu. Sama sekali tidak! Biar pun sedetik. Tetapi entah setan atau malaikat yang telah membukakan hati aku untuk melihat dan menyukai setiap sisi kamu, aku tak pasti. Yang pastinya aku senang bersama kamu. Kamu penting, tetapi ya hanya sekadar teman. Kamu teman yang membuatkan aku ingin ketawa ketawa ketawa marah jelak dan kemudian ketawa. Lucu, bukan? Aku tahu kamu mungkin fikirkan aku gila. Atau mungkin kamu tertanya sejak bila aku mula mahu mendekati kamu. Percaya, kamu sudah lama dekat. Mungkin bukan sebagai kekasih tetapi sebagai orang yang mahu membantu aku dalam apa pun. Pertama kali kamu membantu aku bila aku terpaksa ke Kelana Jaya untuk melihat tempat aku bekerja. Kamu secepatnya memberikan bantuan kepada aku dengan membawa aku ke sana. Kelana Jaya. Pada waktu yang begitu baru, kamu sudah ringan untuk membantu aku. Aku senang dengan itu meskipun kita baru dua kali berjumpa. Sewaktu ingin pulang, kita terperangkap di Giant dan tidak bisa pulang kerana kita menaiki motor pada waktu itu, lalu kita lepak di Starbuck. Terlalu banyak perkara kita bualkan. Terlalu. Kalau mahu dikatakan satu persatu di sini, mustahil. Pertolongan kamu tidak berhenti di situ, bilamana aku pulang dari kerja kamu akan mendapatkan aku di LRT dan kemudian kita akan pulang bersama-sama motor hitam kamu itu (terima kasih kerana banyak berjasa, motor ❤). Pada sebelah malam pula kita akan keluar berjalan sehingga lewat pagi. Kamu suka, mengajak aku keluar. Mengenalkan aku dengan teman-teman kamu dan aku juga senang bergaul dengan mereka. Lama, ada kisah entah kita hampir setahun kita terputus bual. Ada satu kesalahan entah apa aku sudah lupa, yang pasti kita tidak berjumpa. Dan kemudian kita berbaik semula. Kehidupan kita menjadi seperti biasa. Kita selalu bertemu dan berbual. Kita selalu bertekak dan berbaik. Enak. Indah. Kemudiannya sampai ke satu hari, pada tahun ini. Kita berbual tentang politik, bersama seorang teman kamu. Sewaktu kita berbual, ada satu perasaan muncul. Tiba-tiba. Aku rasakan yang aku sudah jatuh suka. Kemudian beralutan di mana kamu mengambil aku di terminal. Terima kasih, kerana sudi menunggu aku lewat satu jam. Kamu tidak marah. Tidak juga mengomel. Yang kamu tanyakan pada sejurus aku melangkah masuk ke dalam kereta adalah, "Kau dah makan belum girl?" Mudah. Tapi pada aku, comel.

Mengantuk. Sambung nanti