Friday 22 January 2016

Cry baby is not me

Kalau sebelum ini aku rasa aku dah cukup lelah nak hadap semua ni, tapi kalini tak lagi. Aku mula merasakan aura-aura positif. Aku akan terus bersangka baik dengan Tuhan aku. Aku tetap akan percaya Dia sampai mati pun. Cuma dia saja tahu apa baik dan buruk untuk aku. Aku rasa tak salah kalau ada waktu-waktu tertentu aku ambil keputusan untuk panjat tembok rumah aku untuk bersendiri dan menangis semahuanya disini. Ya Allah, terima kasih sebab terus mengujiku. Ini tandanya, aku masih lagi dipandang kamu. Argh, maafkan aku kalau aku TERmengeluh. Izinkan aku Tuhan, menangis semahunya dibumi kamu. Kekuatan yang kadang-kadang ada dan tiba-tiba meninggalkan aku. Argh, lemahnya aku. Tuhan, sebentar ya? Beri aku sedikit masa. Aku tahu batasku.

Wednesday 20 January 2016

Mereka bilang, banyak lubang diwajah aku. Heh, mereka silap. Mereka tak lihat lagi lubang dihati aku. Wohaaa 😎

Tuesday 19 January 2016

Ciku

You're the man that i've never planned to like but suddenly it's turn to love.

Sunday 17 January 2016

Friday 15 January 2016

Kopi.

Begitu kuat harapan aku agar aku akan menjalani sekurang-kurangnya satu minggu tanpa kopi. aku cuba dan terus cuba dan masih gagal. Argh! Bila harinya aku tak minum kopi? NONE!

Wednesday 13 January 2016

TUHAN LEBIH TAHU.

Saya masih mencari satu orang yang akan selalu duduk disebelah saya untuk menikmati kopi dalam cawan kecil dan semestinya secawan kopi kaw-kaw-kaw. Yeap, baca lagi sekali. Sebelah saya. Bukan dihadapan saya. Saya lebih suka bersebelahan. I do like to land my hand di atas peha jejaka pilihan saya dan ofcoz saya harap dialah suami saya. Hehe.

Monday 11 January 2016

Kita satu famili sedang survive untuk hidup. Tapi tak apa, kita satu keluarga masih berpegang dan percaya dengan janji Tuhan. Dia tak akan menduga lebih daripada kemampuan kita. Satu kesenangan Dia ambil, mungkin untuk mengingatkan kita bahawa kesenangan itu tak selamanya kekal. Alhamdulillah, kalau Dia mahu kita semua berbalik pada Dia, Dia sudah berjaya. Terima kasih, Ya Rabb ♥

Ibu sepertinya mengupah satu pasang mata untuk mengekori aku. Selain mengupah sepasang mata, ibu juga telah merasuah hati aku untuk memberi info kondisi aku sehari-hari. Entahlah, macam mana nak buat ibu stop menyogok setiap satu bahagian tubuh sebab aku ada banyak cerita tak pernah missed untuk diceritakan kepada ibu.

Ibu usahlah risau, anak dara ibu KUAT. Dia boleh hidup sendiri, berdikari. Dia boleh sebab dia tahu di dalam doa ibu dan abah pasti ada nama anak ibu abahkan?

Apa-apa pun, alhamdulillah. Dah tak marah-marah. Kihkih

Cantiknya sesebuah hubungan apabila sesebuah hubungan itu mencantikkan hubungan dengan Allah. I know, mungkin bukan sekarang. Maybe later. Saya sedang berusaha menahan diri saya dari larangan Tuhan. Semoga kamu, kita pun sama turut berperang dengan nafsu dunia. Harapnya, di akhir cerita, kita menemukan kemenangan dan di situ, Tuhan menemukan kita dan cinta.

Have faith,

Salam.