Monday 28 December 2015

Wednesday 23 December 2015

Hai, tengok-tengoklah dulu kekurangan aku. Mana tahu bila dijadikan acuan, cocok ikut lekuk kamu.

Kesakitan yang paling sakit adalah kesakitan yang tak dapat dilihat orang. Sakit.

Sakit.

Sakit.

Sakit.

"If you miss me, you know where to find me." nampaknya tak memakna apa-apa untuk dia. Heh, Aku tengah baringn. Dah pukul 3 pagi weh, 3 pagi yang selalunya ada panggilan surprise yang buat semua hormon aku bertindak takde weh. Mati weh. Bukan aku mati, hormon macam tak bertindak balas sebab... Sebab dia sebenarnya parasit yang sebar peyakit dekat aku pastu dia!? Dia blah lah apa lagi. Hua Hua Hua.

P/S: Jumpa di surga Tuhan, eh? Masa tu aku tunjal dan kemudian kucup di tempat yang sama. Haha, siallah!

Si... Si... Si... Al... Al... Al... (cariklah melodi kau sendirik sebab aku tengah menyanyi)

Friday 18 December 2015

:)

Hati kamu bukan lagi tempat aku bermain
Hati kamu bukan lagi tempat aku singgah
Hati kamu bukan lagi tempat aku berteduh
Hati kamu bukan lagi tempat aku mengadu
Hati kamu bukan lagi tempat aku menetap dan berkata "Oh, inilah tempat saya berlabuh. Saya mahu menghabiskan seumur hidup saya, disini. Bersama kamu."

Wednesday 16 December 2015

:)

Walaupun kamu memilih dia dan aku memilih kamu tetaplah kamu dengan pilihan kamu dan aku tetap memilih kamu kerana kamu adalah pilihanku. Pilihanku cuma satu, iaitu kamu.

Monday 14 December 2015

Jarum

Aku seperti jarum kecik yang berusaha mengejar jarum besar. Cuma di detik 12 sahaja aku bisa bersama dan ngobrol dengannya dan kemudian apabila jarum saat mula menjalankan tugasnya, jarum besar sudah sedikit jauh dan akhirnya tak terkejarkan aku. Ah, tak apalah. Aku tunggu detik 12 semula. Disitu aku akan menggomol, mencubit cuit dia atau aku akan bisikkan ke dia "saya cinta awak." Itu pun kalau aku punya cukup keberanian sebelum jarum besar terjarak semula dari aku. Argh jarum besar, kamu suka benar meninggalkan aku dibelakang. Jarum besar, saya tunggu kamu lagi ya. Ingat! Di detik 12 dimana mulanya hari baru, disitu ada aku. Dimana mulanya waktu tengah hari (waktu baru) disitu ada aku.

Thursday 10 December 2015

Simple,kan?

I've been missing you, for so long. Can you just, come and cakap "Imissyoumore,Amirah." Simplekan?

Salam.

Aku membakar keretek, di kamar kecil. Duduk di atas mangkuk tandas duduk yang ditutup. Aku menaip sambil menggunakan sebelah tangan dan sebelah lagi memegang keretek yang terbakar. Dapat aku dengar bunyi keretek yang semakin menjadi abu. Halus, tetapi masih dapat di tangkap oleh telinga sendiri. Aku memikirkan hal kelmarin. Aku menerima pesanan ringkas dari kamu yang berbunyi "Mira, sorry lama tak contact." Aku baca mesej itu berulang kali. Entah perlu atau tidak aku balas pesanan ringkas kamu itu. Aku cuba menjauh dari kamu. Namun, semakin aku cuma menjauh, semakin aku terarah kepada kamu. Aku benci perasaan aku sendiri. Heh, gilakan? Benci diri sendiri sebab menyukai satu orang yang nyatanya milik orang lain. Aku cuba menjauhkan diri dari kamu. Bahkan aku yakin, kamu juga mula menjauhkan diri dari aku. Terkadang aku sengaja menangguhkan tidur, mana tahu, kalau-kalau kamu terniat untuk menghubungi aku. Nyatanya, tidak. Kamu masih berdiam. Ah, aku sedikit kesal atau mungkin malu sejak aku menyatakan perasaan aku kepada kamu. Dihadapan kamu, dihadapan satu orang lelaki kepunyaan perempuan lain, aku hidangkan hati aku buat kamu. Argh! Betapa bodohnya aku. Kerana tersalah suka. Bodohnya aku kerana ada meletakkan sedikit harapan pada orang yang masih berpunya. Aku cuba untuk menjauh. Aku cuba untuk tidak mendekat. Aku cuba hilang secara perlahan. Aku cuba untuk katakan "Argh, dia sedang lagi berbahagia. Apa perlu aku terus-terusan menantikan dia. Tidurlah Amirah. Tidur. Moga esok, siangmu tidak lagi wujud dia."

Salam.

Monday 7 December 2015

Memang dari dulu suka tengok langit. Apa pun yang ada dilangit, aku suka. Dari burung-burung berterbangan, sampai aku pernah bercita-cita nak jadi burung. Sebab aku nak terbang bebas macam burung-burung yang selalu aku tengok dari bawah. Aku juga suka melambai-lambai ke arah kapal terbang yang terbang melintasi aku. Sampai dah besar pun, kadang-kadang aku buat jugak. Don't ask me why, aku pun tak tahu. Waktu dalam kereta, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan menonton langit dan tidur. Either one. Kalau tak tidur, tengok lagi. Cantik! Lagi-lagi kalau matahari terbit/terbenam. Langit penuh bintang. Senang je nak happy balik, when I'm sad or not in a good mood. Aku suka pandang langit. Aku satu perasaan yang bawak aku terbang. Menonton langit sambil makan ais krim dan menulis tentang perasaan adalah satu terapi yang bagus untuk aku. Saya jatuh cinta dengan langit yang luas, saya jatuh cinta disetiap waktu berseorangan. Meluangkan masa dengan minum satu cawan kopi pekat tanpa gula dan juga lagu-lagu yang membawa aku ke satu lembah khayalan mengasyikkan dan menyakitkan. Selamat bertenangkan bontot!

Friday 4 December 2015

3

Ulang tahun aku yang ke 20, kamu berikan aku 3 pasu kaktus kecil yang kamu beli entah dimana. Yang pasti sebelum aku naik ke rumah, kamu memberikan aku 3 pasu kaktus yang kecil dan comel sekali. Pesanmu, "Jaga baik-baik kaktus ini."

Ulang tahun aku yang ke 21, kamu berikan aku 3 ekor ikan emas didalam bekas bulat kecil. Sama juga, entah dari mana kamu beli dan dari mana kamu mendapat idea yang  ganjil namun tetap aku suka. Namun sayangnya, 3 ekor ikan emas itu hidupnya tidak lama. Namun masih, fotonya aku simpan buat kenangan.

Ulang tahun aku yang ke 22, kamu berikan aku 3 perasaan yang berbeza.
1. Jatuh
2. Jauh
3. Hilang
Aku merasakan kesemua ini berseorangan. Aku kesakitan aku kejatuhan aku kebingungan. Entah apa yang patut aku rasakan selepas ini. Aku tidak punya foto untuk hadiah kelahiran yang ke 22 ni kerana kamera juga tidak akan dapat menangkap perasaan ini.

Semoga sempat untuk menikmati nikmat dan rahmat 23. Salam.