Sunday 13 May 2012

Hati Tuff

Yang aku tahu, aku ada satu hati.
Yang setahu aku, hati aku mudah berkecai.
Yang peliknya tentang hati, dia tak pernah mengalah.
Yang aku bangga, dah berkecai pandai sambung balik.
Yang aku tak sangka, hati aku sangat gagah sebenarnya.
Yang mana cuba tombak, tembak hati aku, tak lut.
Yang sebenarnya, aku selutttttt dengan hati aku.
Yang dicarik rabak, masih tak mati. 

Tahniah hati. Kau memang power. Siapa boleh lawan kau. Kan? Pijak lah, hentak lah kuat mana pun, kau bangun jugak. Tahniah hati. Kau memang tuff :D

Sangat Bawah


Aku menaip sambil menangis. Ini memang dari hati. Menitik-nitik air mata jatuh. Hari ni, aku memang dalam kejatuhan. Habis punah ranah. Roboh habis tembok hati empangan mata. Hari ini aku memang jatuh. Baik aku, jiwa, semua luruh. Sumpah, aku tersungkur. 

Tuesday 8 May 2012

Apa Memang?

Aku tertanya jugak,
Apa dia memang dilahirkan untuk semua ni?
Terbitkan kupu2 manja dalam perut.
Buat jantung berdupdap 25ribu kali ganda laju.
Senyum manis sampai melesey2 dalam mimpi.
Buat aku jadi macam baby.
Merengek konon merajuk.
Menangis minta dipujuk.
Ketawa bila digeletek.




Jalan

Dalam hidup ada jalan,
Pada jalan ada cabang,
Arus mana nak aku pilih,
Aku buntu, aku tak tahu!

Nak patah balik, dah terlewat.
Nak ke depan tak cukup kuat,
Pada Tuhan aku sampaikan hajat,
Moga2 diberikan hidayat.


Wednesday 2 May 2012

Sehijau Warna TutTut

Berselerakan perasaan aku.
Mahu ke tidak? Ermm..
Aku tak punya pilihan ke tiga.
Aku cuma punya dua.
Entah mana satu nak pilih.
Kalau aku pilih mahu, aku sudah cukup lega.
Kalau aku tak mahu, aku akan berpeluh seharian.
Itupun kalau aku mampu tahan.
Haish, mahu tapi malas.
Kalau tak mahu, akan mengalirkan hujan peluh.
Arghhh, tahi ni kacau sungguh!
Time2 ni jugak nak meluncur keluar.
Tahi2, kau memang akan keluar tanpa aku duga.

Tahi ni degil. Aku suruh duduk diam2 dulu, tak mahu. Berkeras nak keluar. Tah apa enaknya meluncur keluar aku pun tak pasti. Kihkihkih :P

Mudah

"Dalam aku terus menjadikan dia satu terus satu, dengan mudah dia menduakan aku yang sepatutnya terus satu." -Mawar