Sejuk Subuh, menggigit belulangku.
Aku tarik selimut. Berselubung.
Tidur...
Beginikah rasa enaknya berada dalam balutan babi?
Tanpa menghiraukan sayup azan yang berbisik-bisik.
Tanpa berfikirkan tentang...
"Macam mana kalau aku mati selepas azan ini?"
Aku kembali ke alam mimpi.
Friday 19 April 2013
Angau
Aku mulai merasa akan hadirmu.
Di setiap detak jantungku,
Denyut nadiku,
Melodi hatiku,
Bait-bait tulisanku,
Imaginasi gilaku,
Anganan bodohku,
Getar jiwaku,
Lekuk bibirku,
Arus cecair merah dalam tubuhku,
Semuanya mengamuk-ngamuk tentang kamu.
Kau lelaki.
Punca aku hilang kewarasan.
Dan.
Membuat aku merangka bahagia,
Yang tak tentu buat kita dua.
Di setiap detak jantungku,
Denyut nadiku,
Melodi hatiku,
Bait-bait tulisanku,
Imaginasi gilaku,
Anganan bodohku,
Getar jiwaku,
Lekuk bibirku,
Arus cecair merah dalam tubuhku,
Semuanya mengamuk-ngamuk tentang kamu.
Kau lelaki.
Punca aku hilang kewarasan.
Dan.
Membuat aku merangka bahagia,
Yang tak tentu buat kita dua.
Friday 12 April 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)