Saturday 28 November 2015

Kaki sedang berada di atas, kepala sudah berada di bawah. Kewarasan telah jauh dari aku. Argh! Kepala otak sudah diletakkan ke bawah. Yang mengawal aku cuma amarah dan cemburu. Kegilaan apakah ini? Kepala yang sepatutnya diatas buta-buta aku letakkan ke bawah kerana buat cuma saat ini saja aku mahu kewarasan jauh dari aku dan aku bebas lakukan apa saja kerana apabila orang bertanya, aku jawab "Aku tak waras masa tu. Kan kepala aku dekat bawah. Kaki dekat atas?"

Thursday 26 November 2015

Yours.

"The theory of entrainment in Physics that some specific sounds increase the rate of your heartbeat."

Aku telah menemukan sejenis bunyi yang mampu meningkatkan kelajuan denyutan jantung. Bunyi itu nyatanya milik kamu (suara kamu).

I hope.

Kamu menemukan aku dengan sebuah cahaya. Cahaya pengharapan dimana esok atau lusa, disitu terletaknya sebuah kota yang dipanggil, bahagia. Ini bukan dongengan. Ini cuma satu angan yang kalau kita baja, pasti berbuah! Kamu boleh gelar aku apa saja, terserah. Cuma aku yakin, di kota itu yang pasti aku ketemukan adalah kamu.

Tuesday 10 November 2015

Terima kasih, Ciku.

Dalam banyak-banyak orang, walaupun Ciku bukan saya punya, Ciku rasanya selalu ada dengan saya. Terima kasih, Ciku.

Monday 9 November 2015

Siapa pun ibu abah dan yang lain, saya tak suka buat orang sedih walaupun saya selalu kecewakan orang. 😢 I'm sorry for hurting you guys 💔

Biasalah, manusia buat silap (mereka kata bukan saya)

Kadang-kadang orang lupa
Kita mungkin rapat dengan mereka
Namun kita tetap punya hati untuk mereka jaga
Sayangnya mereka alpa dan buat macam tak ada apa-apa.

Terima kasih Tuhan untuk segala rezeki yang Engkau berikan. Terima kasih atas kesibukan yang berikan agar aku terlupa untuk berfikir hal-hal yang melukakan. Kurniakanlah kesabaran, kekuatan untuk menghadapi segala kemungkinan yang menanti. KepadaMu aku berserah diri. Hanya Kau Maha mengerti. Terima kasih untuk tahun yang begitu berat dan ringan buatku. Semoga aku bertemu denganMu dengan senyuman.

Tuesday 3 November 2015

Perasaan yang dipendam namun makin lama makin tak terpendam. Perlu diluahkan walaupun bukan pada sesiapa, cukuplah diruang ini. Biarpun tak ada satu orang pun yang membacanya, cukup aku dan Tuhanku sahaja. Aku tak pernah memaksa diri untuk menyukai seseorang apatah lagi memaksa orang untuk menyukai aku. Aku susah nak ada perasaan, "Aku nak ke dia." Tapi kali ini lain sungguh rasanya. Aku nakkan dia. Mungkin bukan buat masa sekarang, atau mungkin aku tunggu "one fine day" itu sampai. Entah. Kawan aku kata, teruskanlah berjalan Amirah, dia tak mungkin jadi kau yang punya. Aku sikit pun tak melatah. Aku kata, "Rara, kau tahu aku. Kan? Aku paling susah nakkan orang. Tapi bila aku nak, pernah kau nampak aku main-main? Takkan? Aku kalau suka, biar suka betul-betul. Mana boleh suka separuh-separuh. Suka adalah anugerah dan anugerah ni kita kena hargai dengan cara menyebarkan suka walaupun kita tahu akhirnya kita akan tersakiti, akan ditinggalkan dan mungkin orang tu akan pergi dan lenyap paling teruk dia akan kata "Maaf Amirah Syazwani, saya akan berkahwin." Tu pun paling koyak, menangis belakang pintulah. Kita tak ada hak nak memaksa orang untuk menyukai kita semula dan kita tak meminta untuk kita menyukai sipolan-sipolan. Susahnya. Haha. Aku rasa macam nak buang hati aku tempat lain dan hidup tanpa hati. Biar aku tak rasa apa-apa. Senang. Tapi takleh gak, sebab hidup perlukan warna dan warna-warna tersebut lahir daripada apa yang kita rasa dan gambarkan. Aku telah menyukai seseorang yang nyatanya milik satu orang perempuan lain. Wahai perempuan, maafkan aku kerana telah menyukai satu orang lelaki yang hampir 4 tahun menjadi sebahagian daripada kamu. Wahai perempuan, maafkan aku andai aku menyakiti kamu atas perbuatanku. Bersenang-senanglah kamu wahai perempuan. Apa pun asaku, dia tidak mungkin berpaling darimu. Wahai perempuan, bersenang-senanglah kerana akan tiba masanya, aku akan angkat kaki dan meninggalkan lelakimu dengan sebuah pengharapan yang amat besar. Namun kamu harus tahu, sebesar mana pun pengharapanku tidak akan bisa menandingi besar hatinya buatmu. Wahai perempuan, selamat bersenang-senang. 

Post Emosi



Saat aku tak menemukan sebab mengapa harus aku kuatkan diri, kenapa aku perlu gagahkan senyuman, kenapa aku perlu teruskan apa yang aku sudah mulakan, kenapa aku perlu berdiri disetiap perit yang menghiris, kenapa aku perlu mengangkat diri sendiri dari kejatuhan, kenapa aku perlu sentiasa tersenyum dan kata pada diri "Kau boleh Amirah. Kau kuat.", aku menemukan, inilah sebabnya. Ibu Abah Abang dan Yiyin (tak ada dalam gambar). Aku selalu mahu mereka berasa bangga dengan aku. Aku mahu selalu buat mereka berkata "Aku bangga denganmu, wahai anakku." Terima kasih untuk 22 tahun yang tak pernah lekang dari bertikam lidah, tarik muka, lari dari rumah. Mintak maaf sebab selalu jadi anak yang paling sukar untuk dijaga. Yang selalu degil tak mendengar kata. Yang selalu melawan bila dimarah. Yang selalu mengingkar arahan. Kakak minta maaf. Maaf selalu susahkan hati Ibu Abah. Maaf selalu buat Ibu Abah sedih. Maaf selalu menafikan apa yang Ibu Abah cakap. Maaf selalu nak argue dalam setiap perkataan. Amirah minta maaf. Amirah masih cuba berubah. Amirah minta maaf, gagal tamatkan diploma dengan dekan. Amirah tahu Abah dan terutama Ibu, sedih sebab pointer Amirah jatuh 20 markah. Kalaulah Ibu dan Abah tahu, betapa Amirah kecewa dengan diri sendiri. Terima kasih kawan-kawan (Didi, Nyna, Maria) yang ada masa Amirah paling bawah di Sri Menanti. Amirah kecewa dengan diri sendiri sebab Amirah biarkan masalah kawal hidup Amirah. Amirah down, tapi Amirah mana boleh tunjuk dekat Ibu Abah. Nanti Ibu Abah lagi sedih. Amirah bersyukur Amirah berjaya menamatkan diploma walaupun dengan satu bintang. Amirah selalu jadikan Abang sebagai rolemodel. Abang selalu bijak. Abang kreatif. Amirah cemburu. Orang selalu puji Abang dekat Amirah, Amirah terus nak jadi macam abang. Abang power. Abang pointer tak pernah bawah 3.5... Abang mesti dapat lebih. Abang tak perlu bayar PTPTN sebab abang dapat ANC. Abang ada selimpang merah jambu. Amirah nak jugak! Hihi, Abang hampir dapat pengiktirafan sebagai pelajar terbaik Degree tapi bukan rezeki Abang. Banyak benda nak ditangiskan, nak disenyumkan, jadi Amirah memilih untuk senyum. Sebab senyuman kebanggan Ibu dan Abah sudah cukup untuk buat Amirah bekerja lebih keras. Amirah akan pastikan Ibu dan Abah bangga ada anak macam Amirah.