Saturday 18 January 2014

Aku puncanya



Mata terbuka luas
Memaku pandangan pada siling
Mata tertumpu pada kipas
Hanya bunyi putaran yang kedengaran

Kini hanya aku dan kipas saja di sini
Aku memandang tiada berkelip
Butiran mula terbit di tubir mata
Sengaja aku biarkan mengalir

Di corong telinga
Bertubi tubi tujahan aku terima
Kesal dia tiada terkira
Kerana aku dia kecewa.

Hebuslah tiupan semangat biar menjadi sebahagian dari darahku




Titisan-titisan air mata mula membasahkan muka yang sedari tadi pucat serinya tiada. Tangisan dalam setiap menunggu. Adakah ini rasanya wahai Tuhanku? Aneh sungguh perasaan ini ya Tuhanku. Rasanya seperti ratusan lembing di lontar tepat ke permukaan dadaku. Lalu mengundang segerombolan kesakitan. 

Ya Tuhanku, beginikah rasanya melepaskan cinta pergi? Rasanya seperti membawa aku turut mati bersama cinta yang tak menjadi. Ya Tuhanku, bebanan apakah yang kau cuba longgokkan ke atas aku? Rasanya seperti tidak termampu untuk aku tanggung. Ya Tuhanku, apa perlu wujud cinta yang sia-sia? Rasanya seperti aku tiada berdaya lagi.  

Hembuslah sebanyaknya tiupan semangat biar meresap jadi darahku. 





Dua cabang

Kalau kamu mahu pergi
Larilah kamu sepenuh hati
Jangan di fikir tentang diri aku
Fikirkan dahulu tentang diri kamu
Aku sedia melepaskan kalau itu jadi pilihan
Kerna aku bukan berdiri disini sekadar perhiasan.

Khayal



Ibu. Aku tahu, pasti semua orang membayangkan yang indah-indah tentang insan yang bernama ibu. Berlemah lembut dalam setiap kata, bermanja bila bersama, di pujuk penuh cinta. Bukankah ini semua idaman kita sebagai seorang anak? Ia, aku juga punya impian mahu memiliki perempuan seperti itu dalam hidup aku. Tetapi malangnya kehadiran aku seperti tidak dijemput walaupun aku sudah dibenarkan menetap dirahimnya selama 9 bulan. 

Lidah aku sepertinya kelu bila berbicara tentang ibu. Apabila teman-teman aku bersoksek tentang ibu mereka aku mula memaling muka. Mereka begitu membanggakan ibu mereka. Mereka kata, ibu mereka adalah tempat mereka berkongsi rasa. Ibu? Tempat aku berkongsi rasa? Hah! Jijik aku dengan gelaran itu. Terkadang buat aku terfikir dengan lebih dalam lagi layakkah seorang perempuan yang melahirkan setiap bayi di dunia ini di panggil ibu? Pastinya mereka akan menderhakan aku sebagai seorang anak apabila mencaci hina sehingga terasa jijik mahu memanggil perempuan yang melahirkan aku sebagai seorang ibu.

“Engkau adalah anak yang paling menyusahkan aku. Kau ingat aku kuli batak kau nak kemas tempat tidur kau? Nak masakkan kau? Kau fikir aku ada masa nak layan kerenah kau? I’m so sorry. Kau tak layak untuk pinjam masa aku yang mahal ini. Kau fikir kau layak nak keluar dengan aku? Dengan badan kau yang macam tu? Keturunan aku tak pernah ada badan yang segedempol macam kau ni. Kalau kau nak aku mengaku aku ni ibu kau, kau cermin diri kau. Kau ubah diri kau. Selagi kau berbadan macam paus, bau macam ikan, muka macam tenuk, jangan kau harap aku akan anggap kau anak.”

Aku tidak mahu mempersoalkan kerja Tuhan. Kerana ini memang sudah Dia tuliskan buat aku dan pastinya ada jawapan disebalik persoalan. Terima kasih Tuhan, kerana mengizinkan aku untuk menghirup udara bumi dan harum bau syurga, Ibuku. 

Colours.


"Can you really describe, what the love is? Because I can't."