Thursday 19 March 2015

Matilahnak

I can't kill myself so I killed my heart.

Sleepless

The only reason kenapa aku tak nak tidur awal is sebab aku tak nak ada waktu aku terjaga kerana hari masih awal dan aku cuba memaksa diri aku untuk tidur. Aku berbaring dan aku sedar yang aku sudah tidak ada sesiapa lagi yang sudi menemani. Sudah tidak ada siapa yang aku mahu membuat panggilan.

Cukuplah sampai sini

Mereka kata aku obses
Sebab aku hafal setiap inci diri dia
Kalau benar aku obses
Adakah obses itu satu kesalahan?

Posisi tidurnya comel persis bayi
Dengan mulut sedikit terbuka
Dengkur nipis tidak pernah lekang
Begitu juga matanya yang separa terbuka

Aksinya ketika memandu motosikal
Kepalanya pasti dihayun ke kiri dan ke kanan
Sambil bibirnya dimuncungkan sambil menyanyi
Tubuhnya juga akan digoyang mengikut rentak

Lagaknya seperti lelaki paling cool dalam dunia
Ya, dia paling cool dan paling kacak dalam dunia
Dia aku umpamakan penyelamat aku yang lost kata orang
Aku lost dengan diri sendiri dan dia tarik ke kembali ke dasar

Mungkin orang kata aku gila, kalau iya kenapa?
Aku paling suka tengok dia tersenyum dan ketawa berdekah
Aku paling suka saat aku nampak keseluruhan giginya
Sebab dia sedang gegeh tertawa sampai nak terkatup matanya (sepet!)

Lelaki paling selalu merungut pasal keserabutan rambut
Dan tidak pernah mengambil sebarang tindakan cuma menyarung topi
Oh, aku mahu bilang pada dia betapa kacaknya dia dengan rambut baru
Cuma aku tk berkesempatan lagi untuk memujinya secara berdepan

Ada bahagian yang paling buat aku mahu ketawa contohnya?
Dia selalu menyumbat balik bulu hidungnya yang terkeluar (type sambil ketawa)
Dia juga ada hobi aneh dan tak mungkin di buat orang cuma dia
Dia punya hobi dan hobi dia korek hidung aku







Penat jugaklah

Sudah lama aku tidak menulis dikamar ini. Maafkan kesibukan aku. Bukan terlalu mengejar dunia, cuma aku cuma melaksanakan tugas aku sebagai seorang manusia. Telalu banyak masalah yang datang, tak kurang juga dengan yang pergi. Masalah tidak mungkin tinggalkan aku sendiri. Mungkin aku terlalu gebu dan mungel sehingga mereka begitu berat mahu meninggalkan aku. Hai Masalah, kamu memang sahabat baik aku. Teruslah menemani aku. Sehingga satu hari nanti aku sudah tidak berdaya, aku sendiri aku tunduk dan menyerah.