Wednesday 26 August 2015

Malu kita dibuatnya

Kita pernah bersua. Dalam satu jamuan kecil yang dihadiri oleh cuma beberapa orang (boleh dikira dengan jari). Kita mungkin saling memerhati antara satu sama lain tanpa ada satu orang pun yang mengetahui mengapa kita kesana. Ya, mengapa kita menghadiri satu jamuan kecil yang kalau pada akal normal kita, ini bukan kegemaran kita. Tetapi kali ini, beda. Kamu dan aku punya muslihat tersendiri. Aku mahu melihat kamu sacara zahir dan kamu juga begitu walaupun tak terlahirkan di mulut namun Tuhan kita tahu. Kita ada masanya bertembung bola mata dan argh! Kita secara tiba-tiba bertukar menjadi dua ekor kucing yang pemalu. Kamu jantan dan tentulah aku, betina. Kita malu! Kita tertunduk lalu, senyum! Mungkin akan ada yang akan menyatakan yang kita gila, gila kerana tersenyum sendiri. Apa mereka terlalu buta sehingga kelucuan kamu bagaikan tidak wujud pada mereka. Atau, cuma aku saja yang menganggap kamu lucu? Kamu lucu, kamu juga punya lesung pipit yang walaupun di dalam sains dipercayai terhasil berpunca dari urat yang cacat, namun kecacatan kamu merupakan kecacatan paling indah dan mengagumkan! Kita saling menyalahkan diri sendiri apabila kita nyatanya melepaskan peluang keemasan untuk saling berkenal dan berbual atau mungkin sedikit bersentuhan apabila kamu bertingkah lucu dan aku terhiburan dan secara automatiknya tangan aku menampar lembut bahu kamu. Hiks

Tuesday 18 August 2015

Stay strong. Yang lain, pergi mampus.

Saya tak mahu marah, tapi saya tahu. Makin saya sabar, Tuhan akan makin menguji saya. Tuhan mahu lihat sejauh mana kekuatan saya menahan ujian. Namun saya dah bertekad, saya mahu berubah. Saya tak mahu jadi orang yang duduknya sama taraf dengan singa dan ibu tiri. Saya mahu selalu memanjakan. Saya mahu selalu berkata elok. Saya mahu selalu menjadi chillpill buat semua orang. Makanya, orang yang mahu berubah itu, amarahnya sentiasa diuji. Stay strong Amirah. Kau boleh.

Surat buat orang-orang tua

Aku tak berapa pasti, tapi benda ni memang pasti. Ada orang tua akan merasa dirinya sentiasa betul dan sebagai seorang anak tugasnya hanyalah menunduk dan mengiyakan apa yang dikatakan orang tua masing-masing. Pelik. Kenapa beri anak dia dorang tu kehidupan, kalau dah tentu-tentu dia nak tentukan dalam semua hal. Okay, semua hal! Sama macam hal bila mak/bapak suruh anak pilih apa dia nak. Contoh:- "Okay, kakak pilihlah mana yang kakak nak.'' Kata seorang ibu kepada anaknya. Anaknya yang berusia 6 tahun pun membuat pilihan "Nak yang ni Mami." Kemudian ibunya berkata "Ish, ni tak cantiklah kakak. Kakak amek yang ni eh? Okay?" See... Apa guna kau suruh anak kau memilih kalau kau yang nak tentukan semua hal?! Ye ye ye  kau memang orang tua, tapi kau tak ada hak untuk jadikan anak kau macam kereta alat kawalan jauh yang ikut je mana remote kau tekan. Kalau kiri, kirilah dia. Kanan, kananlah dia. Ye kau mak bapak, dan sebab kau mak bapaklah kau kena fikir anak-anak pun ada nafsu dan kehendak! Kau kena tahu, sebelum kau tua, apa yang kau mahukan! Jangan kalau sebab kau tak dapat buat semua benda, kau dendam dengan mak/bapak kau, then kau balas dendam dengan cara tak bagi anak kau buat apa dia nak. Wahai kamu orang tua, kamu memang tua, dan tak kiralah berapa guni garam pun yang telah kamu telan, kamu tetap akan melalukan kesilapan! Bukalah matamu wahai orang tua, jika kamu mahu dihormati, kami jugak sebagai anak muda juga mahu dihormati. Kamu memang tua, tapi kamu tak selamanya tepat.
Salam maghrib.
Peace 

Friday 14 August 2015

Bonda jumpa Ayah Ali semalam

13 Ogos 2015 boleh jadi tarikh yang paling mengembirakan dalam hidup saya.

Tuesday 11 August 2015

Kalau ada bahagian tubuhmu yang boleh aku pilih untuk aku simpan sebelum kamu pergi meninggalkan aku, aku akan memilih ketiakmu kerana disitu aku jumpa haruman yang bikin aku senang dan tenang juga jemarimu yang sentiasa membelai aku dengan lembut dan ya, jari itu juga yang memegang aku tidak kira waktu. Aku mahu semuanya kembali kepada asal (rutin) supaya alur hidup aku tidak seperti sekarang (kacau). 

Saturday 1 August 2015

Berkurung

Aku pandang sekeliling lantas aku bertanya pada diri sendiri "kenapa ramai sangat awek yang kurus? Or, am i the only one gemuk girls yang tinggal?"
*pasrah*
*masuk rumah*
*hempas pintu*
*kurung diri*
*tak keluar setahun*
*ibu bukak pintu*
*keluar surat khabar muka depan*