Friday 22 November 2013

Takda muka, ke?

"Dia minta kita 5. Itu pun liat. Kita minta Dia satu, sepuluh dia jamu kita. Itupun masih nak simpan tadah. Kedekut!"

Fly. Fly. And Fly


Kekasih sudah datang,
Hati rasa mahu terbang.
Selamat pulang ke sarang sayang,
Janji terbang jangan tak pulang.


Tap. Tap. Tap. The tears fall down.

Kehadapan Syurgaku,

                              Tahukah engkau betapa cintanya aku kepada kamu? Tahukah engkau betapa dalamnya kasih ini buat kamu? Tahukah engkau aku ini pemuja sepimu? Aku begitu membanggakan kamu. Tetapi tidak mungkin akan aku katakan tepat kepadamu kerana aku anak yang masih punya ego untuk dijaga. Diizinkan Dia darahmu mengalir didalam aku saja sudah cukup membuat aku merasa bangga kerana aku memang asalnya dari benih yang kamu semai penuh cinta dengan dia, Suamimu. 

Wahai Syurgaku,
                         
                     Mungkin selama ini aku tidak dapat berikan apa yang kamu inginkan. Aku tidak belajar tinggi seperti abang. Aku tidak sepintar adik. Tetapi, tahukah kamu? Aku mahu selalu saja menjadi apa yang kamu inginkan? Apa yang kamu harapkan. maafkan aku kerana gagal menuruti segala kehendak dan telunjukmu. Tetapi percayalah, suatu hari nanti akan aku lahirkan sinar bahagia dari mata itu. Aku janji.

Kepada Raja Dalam Jiwa,

                   Terima kasih untuk setiap titis-titis keringat yang terlahir hanya untuk menyenangkan aku, Anakmu. Terima kasih kerana selalu cuba untuk memenuhi segala keperluan walaupun kau sedang kesusahan. Maafkan aku, kerana adakalanya aku gagal memahami rautmu yang mengatakan tidak. Tetapi untuk kesenangan aku, senyuman aku, kamu iakan juga akhirnya. 
\
 Khas Buat Kedua Maharaja dan Maharani,

              Pada saat ini, aku meletakkan ego aku ke tingkat paling bawah untuk menyatakan betapa aku cinta kepada kamu berdua. Cinta ini sudah lama aku pasakkan dengan rela. Dan terima kasih kerana mengizinkan darah kamu berdua, mengalir didalam aku. Terima kasih kerana selalu membanggakan aku yang tidak seberapa. Terima kasih kerana selalu melindungi aku dari terik dan ketidakselesaan.  Terima kasih untuk segala semua yang dah diberikan. Jangan pernah mengungkit. Kerana aku tahu sendiri, hutang ini bukan sekampit.





Tuhan saja tahu berapa tinggi aku punya cinta.

 

Turn off



TENOTTTTTTTTTTTTT.



Itu bunyi daerah yang aku baru sahaja padamkan tenaganya.
Dia perlukan rehat yang secukupnya sejak daripada tragedi yang maha tragis situ.

Biarlah dia rehat. Biarlah dia sendiri. Dia tidak mahu lagi, terus-terusan disakiti. Dia mungkin sudah lelah dan mahu cepat-cepat merasa mati.

Maafkan aku jiwa, aku terpaksa turn offkan kamu buat seketika.
Kita tunggu dan lihat nanti.
Siapa yang berani mencurimu dari aku tuanmu.
Dan kalau dia sukses meng-log in kamu dengan kata laluan yang betul,
Maka aku akan izinkan kamu berkhidmat semula.
Tetapi buat masa ini, padamlah kamu dengan aman.



I want to be a part of it

Masih aku ingat,
Pada saat paling pertama guli hitam mataku tertancap pada susuk itu.
Tidak dapat aku menafikan betapa cerlangnya dia.

Mula dari saat itu, aku mula meluluk pelusuk wajah dia.
Mula dari rambutnya yang kerenteng. Arghhhhh! Ini memang kegilaan aku!
Selepas itu, matanya yang berwarna coklat seperti gula yang sedang dihanguskan diatas kuali itulah yang telah membusur mataku.
Kemudian jatuh pula pada hidungnya yang mancung seakan terapkan dengan acuan berdarah arab.
Bebola mataku kemudiannya melirik ke arah bibirnya yang seakan buah ceri masak ranum yang sedang memanggil-manggil untuk diratah.

Kalau ada yang bertanya berapa bilangan jerawat di permukaan wajah itu,
Pasti aku akan bangkit dan jawab dengan penuh yakin!
Kerana aku sudah khatam menelaah wajah itu.

Jika ditanya apa mahuku,
Aku akan katakan pada mereka yang aku mahu benar menjadi sebahagian daripada jerawat di wajah dia.
Biar aku selalunya bisa menghidu harum kulitnya yang tanpa gagal membuat aku hilang kewarasan dan kembali berimiginasi secara tidak terkawal.

Dan...

Pada hari-hari yang berikutnya,
Aku masih menjalankan aktiviti yang sama,
Sehingga aku tersenyum dalam tidur.


Friday 8 November 2013

Sebab awak bukan that shit itu

Tahu nak menghukum, tapi takut dihakimi. Kenapa? You think you perfect enough? No, you never be that shit.

One day kita mesti belajar

"Berhenti kejar benda yang kau dah tahu tak akan pernah wujud dalam pita filem hidup kau."

786

"You know, kita tak akan happy macam yang kita nak. But, atleast bila kau bangun kau still hidup. And, hope still ada."

2 kali 2 atau 2 tambah 2 = 4

Kita cuba singkir dia
Kita kata dia pendusta
Dia bermuka dua
Kita lupa kita juga serupa
Depan memuja suka
Di belakang meludah cerca.

Apa aku akan ingat sampai mati? Kali pertama.

Waktu pertama kali melihat dia.
Waktu pertama kali bersua muka.
Waktu pertama kali terkaku melihat.
Waktu pertama kali berbalas pesanan ringkas.
Waktu pertama kali berborak sakan.
Waktu pertama kali kejut ke kelas.
Waktu pertama kali merasa debar.
Waktu pertama kali rindu terasa.
Waktu pertama kali  keluar berdua.
Waktu pertama kali berpegangan tangan.
Waktu pertama kali melafas cinta.
Waktu pertama kali berbisik manja.
Waktu pertama kali belanja makan.
Waktu pertama kali bertengkar.
Waktu pertama kali  meninggi suara.
Waktu pertama kali menangis berdepan.
Waktu pertama kali merajuk.
Waktu pertama kali bercium.
Waktu pertama kali bawa jumpa famili.

End

Aku sepertinya sedang memakai satu gulungan pita
Satu-satu tentang kita melintasi ruangan mata
Aku hanya duduk. Kaku.
Aku senyum. Aku ketawa. Aku gembira. Bahagia.
Dan akhirnya.
Aku sugul. Aku berduka. Aku kecewa. Aku hampa.

Gelap.
Padam.
Dan.
Mati.

Bila A B C cannot describe what and how I feel, now.





dhbhweuywefbhwebebfhdbdncdncrhfuhjlkwj
dndhweryubfhwedamankbdhyeuw
dbdeyqbdksbhbdyedwwbdjwdn
dkkbwehbwuefuywbdhbd
jedwefwueygfu3g4yg.
 
Rindu.

Tuesday 5 November 2013

Cerita Tabung

Aku ada tabung
Dia ada tabung
Kami ada tabung

Aku ada impian
Dia ada impian
Kami ada impian

Kami akan beli impian kami
Kami akan beli guna duit tabung kami
Kami akan kecap kepuasan kami
Kami akan usaha guna cara kami

Mini Cooper
Awak tunggu kami, ya? :)

Dedicated

"Sebab kita nak bercinta dengan awak sampai jasad kita dimamah bumi."

                                                                                                 - seseorang

Tinggal. Padam. Lenyap.




Jangan cuba kau mendekat
Jangan cuba kau menghalang
Jangan cuba kau berpura mahu menyelamatkan

Mengapa baru kini
Kenapa sekarang
Kenapa tidak dari dulu lagi
Kenapa tidak di saat kau tersedar dari lena
Kerana terdengar derap jantungku seakan menuju perlahan
Rekah-rekah yang kau sendiri ciptakan, merebak ke seluruh hati
Kenapa tidak menempelnya semula dengan segala sesuatu yang kau ada
Seperti dulu, saat kau mahu menakhluki aku?

Kenapa tidak menghidupkan aku semula?
Seperti kau menghidupkan aku yang termatikan oleh bekas kekasih?