Sunday 8 July 2012

Benci

Sedang sibuk diganggangan telefon, Tiba2 aku menangis dengan dia. Aku kata, aku tak suka diri aku. Aku mahu jadi aku yang lain. Ya, aku sewaktu tinggal Keramat. Yang mana marahnya masih terkawal, perrcakapannya masih lembut bila menyentuh cuping telinga, yang lebih banyak mendengar dari bercakap, yang kurang pencarutan dalam pertuturannya. Aku disini begitu bertentangan dengan aku sewaktu disana. Disini aku menjadikan carut itu sebagai rencah dalam perbualan, amarahnya tak bisa dikawal2, tengkingan, teriakan tak pernah tak terdengarkan, bercakapnya tiada berhenti. Mungkin aku hanya berhenti berceloteh bila waktu aku beradu. Kekerasan dalam percakapan tiada berpenghujung. Sumpah. Sungguh. Sangat. Aku tak suka aku yang menjejak kampung sendiri. Aku mahukan aku yang menumpang dikampungan orang. Sebab disana, aku lebih terkawal. Aku mahu berubah. Aku tak mahu jadi sibuta yang terus berlagak celik. Bantu aku, hulurkan tongkat. Benarkan aku mengorak langkah. Pada arah yang lebih terurus.

Saturday 7 July 2012

Baru

Berdepan dengan komplikasi di dasarnya hati. Ya, tak mudah aku sorokkan gulana gundah. Mananya yang namanya senyum? Datanglah berdamping dengan diriku. Aku seru kehadiranmu senyum. Datanglah temankan aku. Hadirlah bersama cahaya yang bisa membuat aku rasa terbang di awangan biru. Yang bisa buat aku rasa baru.

Friday 6 July 2012

Peringatan

Hidup ini jangan selalu kita hidangkan alasan. Jangan kita jamukan orang2 sekeliling kita dengan ayat kasihan. Simpati. Percayalah, sekali dua boleh diterima dek akal. Untuk yang ketiga kali, mungkin kau makan kaki.