Sunday 30 October 2016

Aku nampak tadi. Senyuman. Senyuman yang menghidupkan dan ada sedikit harapan terselit di situ. Senyuman yang aku rindukan. Aku tadi seperti orang kelaparan dan kemudian dihidangkan sebuah makanan kegemaran. Sayang, tadi saya kenyang :) terima kasih!

Tuesday 18 October 2016

At the best, or your worst. I still want you :)

Awak nampak penat. Jangan lupa berehat, ya? ☺

Sekurang-kurangnya I still can hear your voice even suara tu bukan ditujukan untuk saya. I still hargai gelak awak yang disebabkan jenaka orang lain. Saya masih hargai lirik awak memandang saya dengan wajah kosong. Saya masih hargai awak di setiap inci tanpa gagal. Awak, still awak yang saya kenal dan selalu mahu sejak 3 tahun sudah.

Wednesday 5 October 2016

Argh, lamanya tak menulis kat sini... Apa tah yang aku busy sangat pun aku tak pasti, yang pasti aku kat sini asal ada masa je aku nak tido. Aku tak nak buat apa-apa selain tido. Ahahaha, aku dah macam bukan aku which is yang selalu ada benda nak dibuat. Entahlah, selalu rasa penat dan apa lagi? Aku akhirkan dengan menarik selimut dan lipat diri aku. Ahah. Okaylah, sem kedua semestinya aku masih lagi dengan 10 subjek yang ada atas bahu aku. Nak kata mudah, tak mudah. Nak kata susah, apa benda yang senang pada permulaannya. Kan? Kalau ada pun, yang senang akan menjadi semakin susah dan susah sampai kau rasa nak cabut kepala otak kau letak kat tepi jap dan kau boleh bebas berjalan tanpa memikirkan apa-apa dan bila balik rumah baru kau pasang balik otak kau. Kalau boleh, dah lama dah buat... Dan kalau boleh, dah semua buat dan kebarangkalian untuk dunia menjadi keriau dan bising amatlah tinggi sebab semua orang decide untuk keluar rumah tanpa membawa otak mereka bersama. Kau bayangkan kalau kita semua tinggalkan otak dekat rumah. Apa kita akan buat masa dekat luar? Ahah, dah tentulah kita main buat je tanpa befikir sebab nak berfikir menggunakan apa pun tak tahu sebab otak dah tinggal kat rumah.

Okay, sebenarnya bukan nak cerita pasal tu pun. Aku nak cerita pasal sorang mamat yang aku nampak masa dekat kandang. Dia tinggi, pakai kemeja kotak-kotak fit, dia pakai kasut casual, dia berkulit kuning langsat dan ada kumis nipis dikeliling bibirnya. Aku secara rasminya telah memerhatikan dia dari tepi memandangkan dia duduk dekat tepi aku. Maksud aku, meja sebelah tempat aku duduk. Aku ushar dia... Dan aku secara tak langsung telah memuji keindahan yang ada pada diri dia. Oh, fyi aku tak pernah memuji mana-mana lelaki kacak di tempat aku belajar ni selain dari bekas pacar aku and now this boy. Aku susah nak puji orang lagi-lagi tempat aku belajar ni memang ketandusan lelaki kacak dan lelaki tuleh ofcoz lah malas nak cerita pasal tu sebab muka kacak last-last jalan kepit. Aduh, spoil! Ekceli, lelaki yang aku kaji tadi tu bukanlah macam  aku punya taste sangat sebab dia jambu tak jambu, manly tak manly entahlah. Tapi dia berjayalah buat aku ushar dia. Aku cerita dekat Maria, Yuyu dan Maria eksaited nak tengok lelaki tu sebab dia tau. Aku punya taste macam mana dan oh! Aku dengan Maria ada taste yang sama dalam memandang seorang lelaki. Ini tak bermaksud kami dick hunting. Oh, semestinya tidak. Dia  macam lelaki memandang perempuan dan menjadikan perempuan tersebut sebagai topik, perempuan pun ada, okay! Cuma bukan ke arah intim atau ke arah yang lebih ekstrim.

Selepas kejadian tu, aku jadi tercarik-carik lelaki tu. Macam nak tengok dia for the second time or maybe lebih dari itu. Apa salahnya, kan? Hikhik... Sebenarnya agak mengecewakan sebab lelaki tu aku jarang jumpa dia mungkin sebab di jenis lelaki yang duduk rumah tak melepak dekat kandang atau!!! Dia jenis jaga kulit sebab dia kelihatan bersih dan kemas. Mungkin dia ada sintom sama macam bapak aku yang tak nak baju berbau jadi dia mengelak untuk turun makan. Banyak kemungkinan yang berlaku. Tapi, tak apa. Aku takdelah nak tengok lelaki tu sangat. Kalau jumpa, aku kira macam rezeki akulah masa tu. Eheh...

Selepas beberapa hari tak terserempak dengan lelaki tu, harini.... Aku punya rezeki dah tertulis dalam buku rezeki aku. Aku jumpa lelaki tu dekat library masa aku lepak dengan Ani konon nak buat esaimen. Lelaki tu harini pakai tshirt long sleeve, rambut sedikit tercacak, seluar skinny, dan....... Erm, selipar bowling. Hihi