Wednesday 29 October 2014

Peknek

Bila kau perlukan aku?
Bila kau butuhkan pepek untuk menyambut mani kau
Disitu kau tahu mana nak cari aku.

Monday 27 October 2014

"Semoga Tuhan mendekatkan kita tanpa perlu kita berselisih kulit antara satu sama lain."

Sunday 26 October 2014

Calar

Dalam badan ada organ
Ada organ nama hati
Hati orang dijaga rapi
Hati sendiri calar seribu.

Saya suka awak, dengar tak?

Aku tidak punya dia namun aku masih cemburu pada yang dekat dengannya

Aku tidak punya dia namun aku masih cemburu pada yang cuba berbuat baik dengannya

Aku tidak punya dia namun aku masih cemburu pada yang berbual dengannya

Aku tidak punya dia namun aku masih cemburu pada yang mengomen di instamomenstatusnya

Aku tidak punya dia namun aku masih cemburu pada yang menyukainya dalam senyap

Aku tidak punya dia namun aku masih cemburu pada yang dapat menghidu harum kulitnya

Aku tidak punya dia namun aku masih cemburu pada yang dapat bermain dengan rambutnya

Aku tidak punya dia namun aku masih cemburu pada yang selalu berbalas pesanan ringkas dengannya

Aku tidak punya dia namun aku masih cemburu pada yang melahirkan senyum sehingga menampakkan batang giginya

Aku tidak punya dia namun aku masih cemburu pada yang dia sukai.

Saturday 25 October 2014

Secretly loving you

Sesuatu yang aneh mula menular keseluruh organ terutamanya hati kerana ini adalah rasa yang dahulu aku miliki dan kehilangannya dan sekarang milikinya kembali.

Sore itu

Aku adalah perempuan sore yang kamu ketemu pada hari itu dan cuma saat itu kemudiannya tiada lagi kamu dalam aku.

Friday 24 October 2014

Jangan macam ni,

Bibir yang tidak pernah mengucapkan kata-kata suka itu telah membuatkan aku terjatuh dan terus jatuh sehingga aku terlupa dimana harus aku letakkan tanda noktah.

Long Lasting

Aku yakin rasa ini bukan sementara kerana setiap satunya aku hidup apabila mendengarmu.

Aku mahu

Kerana tidak memilikimu menjadi kegembiraanku

Kerana memiliki kamu tidak menjamin kau untukku

Semoga Tuhan dengar kehendak dan keinginan aku

Agar dapat bersama menjadi satu denganmu, menjadi menantu pada ibu bapamu, ipar kepada adik beradikmu, ibu kepada anak-anakmu.

BUBBBB

Ada satu detik dimana aku mahu sendiri menyepi dan sendiri. Aku semakin jelak dengan dunia yang semakin hari semakin dipenuhi dengan manusia topeng-topengan.

Persoalannya, adakah aku punca manusia disekeliling memasung topeng atau mereka sedari mula sudah merencana sesuatu sehingga aku terlupa manusia topeng-topengan sedang mengelilingi aku.

--------- menanti masa yang sesuai dan BANG!!!!!!!!

Sepasang telinga gegendangnya masih berfungsi menangkap suatu bunyi, dan

BUBBBBBBBBB----------

Hati terjatuh.

Thursday 9 October 2014

Celaka kuasa dua

Maaf kalau aku perempuan paling celaka yang pernah masuk dalam hidup kamu, tapi kamu juga perlu tahu kamu adalah lelaki paling celaka pernah muncul dalam hidup aku. Kita fair kita square kita sama-sama celaka. Haha, manisnya kita. Kan Sayang kan?

Kalau Tuhan dah kata bukan, kenapa kau nak melawan? Ye, aku tahu. Kau cuba untuk ikhtiar sebab kau tahu Tuhan tak bagi semuanya depan mata. Yes, aku setuju. Tapi, kau kena sedar nanti kau akan jumpa satu titik, dan dititik itulah kau harus sedar kau perlu berhenti.

Selepas kamu, aku.

Asal kamu tahu, setiap kali aku menyedari bahawa aku trlah menyakiti kamu, aku adalah manusia yang paling sedih selepas kamu.