Sunday 19 February 2012

Separuh Aku


Aku paling benci bilang kita bertengkar,
Ada saja aku buat tak kena,
Barang yang seringan tisu pun bisa jatuh,
Nak lukis senyuman pun tak mahu.

Kita bertengkar tentang hal yang remeh temeh,
Mereka-mereka yang mendengar aku mengadu tergelak,
Mereka kata hal kecil mengapa nak dibesarkan?
Aku tunduk dan terdiam.

Aku bukan nak menagih kasihan dari kau, 
Cuma cukuplah kalau kau sudi bazirkan sedikit masa kau untuk aku,
Tak minta 24 jam kau,
Tak minta 7 hari seminggu kau,
Cukuplah kalau sekadar bertanyakan khabar aku dalam sehari.

Aku bukan apa,
Aku cuma perempuan,
Yang rindukan kau,
Lelaki yang dah menggenggam kejap hati aku,
Minta-minta kesibukan kau,
Tak menjarakkan hati kita,
Separuh aku ada pada kau,
Jagalah dia.

B, kucing rindu tuan dia.

No comments:

Post a Comment