Friday 30 March 2012

Sama-sama

Dia kata aku berkepalakan ego,
Bila aku hamburkan segala amarah aku,
Segala ketidakpuasan hati aku.
Apa jua yang aku makan seorang,
Aku sembur semua,
Aku muntahkan segala.
Biar teresak sekarang,
Biar luntur semua makeup aku,
Hanya hari ini saja.
Bukan untuk selamanya.
Aku dah tak mahu menangis hanya dalam kelambu,
Akibat makan hati yang teramat.

Hey bangkai,
Mari kita menangis sama2.
Mari maki hamun segala.
Mari kita lawan tinju,
Mari lakukan segalanya.
Berdua.
Hey sampah,
Mari kita tersedu sedan sama2,
Mari kita bertumbuk dalam hujan,
Mari kita bersepak dalam semak,
Bukankah aku penduduk jiwa kau?
Pelengkap tulang rusuk kau?
Kita satu, kan?

1 comment: