Saturday 9 June 2012

Jamban

Kalau kita perasan, cari boyfriend ni macam jamban jugak. Perasan tak? Tak perasan? Okay takpe. Biar aku terangkan. Aku ambil contoh paling dekat, diri aku. Bila aku berak, aku suka jamban yang cangkung berbanding jamban duduk. Sebabnya, aku lebih selesa dan proses aku melancarkan bom beracun yang boleh membawa kematian senang dilancarkan. Kalau jamban duduk, dah tentu aku tak selesa dan proses pembuangan aku terbantut lalu melahirkan rasa ketidakpuasan hati. Faham tak setakat ni, apa yang cuba aku sampaikan? Tak faham? Ermmm.. Macam ni, pada aku memang jamban duduk lagi cantik dari jamban cangkung. High class. Cantik pun cantik? Lagi2 zaman sekarang, macam2 warna kita boleh pilih. Tapi tidak pada jamban cangkung. Kekal dan atau mungkin akan terus berwarna putih. *mungkin sebab aku hanya nampak jamban cangkung dekat rumah aku. Tapi kalau aku tak selesa, nak buat apa. Kan? Macam tulah jugak boyfriend. Buat apa boyfriend yang handsome, kaya raya sampai purse nak masuk poket pun tak lepas, sedangkan aku sikit pun tak selesa? Fikirkan.. "Cari kekasih persis memilih jamban. Pilihlah yang mana buat kita selesa. Bukan cerita tentang rupanya saja." -

No comments:

Post a Comment