Wednesday 15 August 2012

Habit, mungkin..

Di dalam pekatnya malam,
Di atas tilam empuk pinjam,
Tak kira penat atau tidak,
Di hadapan aku,
Ada laptop, juga dipinjam.

Apa yang aku buat seterusnya?
Aku tekan butang switch on,
Aku lari masuk bilik,
Ambik purse dalam beg.

Keluarkan pendrive yang kau hadiahkan,
Dengan niat mahu imbas semula,
Video sempena hari jadi aku.
Aku putar berulang kali,
Lenguh aku senyum..

Setelah puasnya tersengeh,
Aku tarik balik pendrive,
Aku masukkan semula kedalam purse,
Aku switch off laptop,
Aku melangkah masuk ke dalam kamar,
Aku lelap mata.

Terima kasih, Abang.

No comments:

Post a Comment