Tuesday 9 October 2012

Post Tak Bertajuk #Part2 (5 March)

Tak malukah kamu wahai Adam?
Dimanakah kamu letakkan harga diri kamu?
Kamu merayu rayu cinta dari seorang Hawa,
Mengalahkan pengemis.
Tapi bila hati Hawa telah kamu tawan,
Ini yang kamu balas.

Berjalanlah kamu sambil bersarungkan topeng dimuka,
Biar tak terpancar kejahatanmu walaupun dari riak wajah.

Berjalanlah kamu sambil bertunduk,
Bagaikan kamu sedang berjalan dalam kebogelan.
Sama seperti mana kamu bogelkan hati kamu,
Untuk diperlihat Hawa.
Untuk dibuktikan pada Hawa betapa tulusnya kamu.

Ronyokkan saja kata2 mu ke dalam tong sampah,
Kerana bait2 yang keluar dari kerongkongmu,
Semuanya bersalut dusta.

No comments:

Post a Comment